Tuesday 25 February 2014

segmen : Cari kenalan & Bloglist Mawar Putih

Assalamualaikum,

Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.

Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.

Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.


SYARAT MUDAH DAN SIMPLE. TIDAK MENGAMBIL MASA LAMA..
1. Follow blog Mawar Putih.
2. Like Official Page FB Mawar Putih sebelah kanan tu..
3. Buat Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih
4.Copy coding yang disediakan ke dalam ruangan HTML dan siap untuk publish..
5. Tinggalkan URL entri ke dalam ruangan komen entri ini
 
 

CIRI-CIRI BLOGLIST DICARI & ADAT BERSEGMEN:
1. Jujur follow blog ini. Follower akan diupdate untuk memudahkan semua peserta saling berkenalan. Jangan risau, i oll follow balik semua follower. Kalau dah follow tu, tetap follow juga sampai bila-bila.hehe
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.

Keputusan bloglist akan dibuat dalam masa seminggu selepas tarikh tutup segmen. Kesudian anda melawat ke Mawar Putih amat dihargai..=)

segmen review blog sampai lebam by DJH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 


Thursday 20 February 2014

segmen Mencari Kawan by El-Arifah




Morning! Jumaat yang indah, berbelog dari pagi sampai lebam! Ho yeah....semalam lepas je balik kerja, dari pukul 5 sampai pagi tadi baru aku bangun..Tersangat lah buruknye perangaiku ini..Time maghrib pun tidur, kan dah mimpi bukan bukan..hmmm....


Abaikan tentang aku, sekarang nak cerita tentang El-Arifah. El-Arifah ni ada anjurkan segmen mencari kawan..ye..tak payah explain pun korang boleh baca kan? Tak pe aku memang suka menaip sambil membebel.hihiii~

so bloggers kat luar sana tu..mai la join segmen ni..sangat simple syaratnya...

#just buat entry yang bertajuk 'Segmen mencari Kawan by El-Arifah

#Copy paste gambar banner ni kat blog korang

#follow blog El-Arifah (and blog aku jugak....haha)

#Then tinggalkan link entry anda kat ruangan komen blog El Erifah.


Banyak manfaatnya kalau korang join segmen ni Insyaallah. So sama sama la kita memeriahkan dunia blogging ni sambil menambah kenalan. Bubye!

Saturday 15 February 2014

CINTA EGOIS :: Chapter 5

   
    “Aduh! Sakit la bonda,perlahan la sikit.” Rengek Ben.
    “Padan muka Kanda. Siapa suruh sesuka hati kata orang hodoh. Kan dah kena.” Ujar bonda sambil menyapukan ubat di muka anak terunanya.
    “Perempuan tu yang psycho! Dia memang selalu cari gaduh dengan Kanda. Mula-mula dulu dia sepak kereta Kanda sampai calar. Lepas tu dia hempas handphone Kanda sampai rosak.Tak cukup barang Kanda dia nak jahanamkan,muka Kanda ni pun dia nak hancurkan?! Aishhh!! Tak faham la dengan perempuan tu!” Penuh emosi Ben menceritakan kepada bonda.
     Bonda mengemaskan kotak first aid.Kemudiannya dia memandang wajah anaknya dengan penuh kasih.Wajah kacak anaknya itu diwarisi daripada suaminya,Tengku Arman.Namun wajah kacak itu terdapat sedikit lebam.Menurut dua anak kembarnya,kesan lebam itu akibat ditumbuk oleh seorang perempuan yang tak dikenali.
    “Takkan la dia saja-saja nak cari gaduh dengan Kanda.Mesti Kanda yang
     mulakan dulu.”
    “Bonda tak percayakan Kanda ke?”
    “Bukan tak percaya,tapi bonda bertanya.”
    “Tak ada maknanya Kanda yang mulakan dulu.Perempuan tu yang sengaja cari
     pasal dengan Kanda.Entah apa yang dia tak puas hati dengan Kanda pun tak
     tahu la.”Ben membelek-belek wajahnya di cermin.
    “Tapi macam kes hari ni Kanda yang terlanggar dia dulu and Kanda juga yang
     kata dia hodoh kan?”Bonda cuba memerangkap.
    “Kenapa bonda nak backing perempuan tu sangat?Bonda bukannya kenal dia
     pun.Kanda yang lebam ni bonda tak kesian ke?”Ben cuba meminta simpati.
    “Alololo…mesti lah bonda kesian.Habis muka handsome anak bonda ni.Kurang
     la saham lepas ni.”Bonda sengaja menyakat.Ben sudah menarik muka masam.Mengalahkan perempuan perangainya.“Tapi ni bonda nak nasihat sikit.Just try to be nice to her.Not just that girl, but with other girls or women in this world.Berlembutlah sikit dengan perempuan.Macam mana Kanda layan adik-adik dan bonda,macam tu la Kanda layan perempuan kat luar sana.Jangan la sombong sangat.Garang sangat pun tak boleh.Perempuan ni kan sensitif.Kalau berterusan la perangai Kanda ni,sampai ke sudah la bonda tak merasa menantu perempuan.”Lembut sahaja bonda menasihatkan anaknya.Takut juga kalau anak bujangnya itu terasa hati.
     Ben memandang wajah bondanya lama.Kemudiannya dia mengangguk lemah.Adakah dia terlalu berkasar dengan perempuan?Dia sendiri pun tidak pasti.Tetapi kalau dengan perempuan yang ‘satu’ itu memang dia tidak boleh bagi muka langsung!Yang itu dia tersangat pasti!


     Ieqwa mencampakkan begnya ke atas katil.Terkejut Zetty yang sedang menghadap laptop ketika itu.“Kau ni dah kenapa?Asal balik je nak mengamuk.Gaduh ke?”Soal Zetty separuh menjerit.Ieqwa tidak menjawab.Dia terus mencampakkan badannya ke atas katil Zetty dan mengiring menghadap dinding.
    “Oi!Sesuka hati je baring atas katil orang.Katil sendiri ada tak nak baring.Dah la aku tanya kau buat tak tahu je.”Zetty menguis badan Ieqwa namun tiada tindak balas agresif seperti selalu.
    “Jangan kacau la,aku tak ada mood ni.”Ieqwa menjawab lemah.
    “Kau ni dah kenapa?Gaduh dengan Kinah ke?Ataupun gaduh dengan Yana?Ke…kau gaduh dengan lecturer?”Zetty menduga.Tiba-tiba terdengar esakan daripada Ieqwa.Cuak Zetty ketika itu.Ieqwa menangis?Ini penemuan terbaru!Sepanjang dia mengenali Ieqwa sejak dari Asasi,inilah pertama kali dia melihat Ieqwa menangis.
    “Aku ni ada macam kaki gaduh ke?”Tersedu sedan Ieqwa bertanya sambil membenamkan muka ke bantal.Terlopong Zetty sekejap sebelum dia berlari ke bilik sebelah untuk menyiasat pokok pangkal cerita sebenar.Ieqwa berpusing mencari kelibat Zetty.Tiada‘.Ciss!Bukannya nak pujuk aku.’
     Tanpa mengetuk pintu,Zetty terus meluru masuk ke dalam bilik Sakinah dan Liyana.Kedua-duanya sedang santai berbaring di atas katil masing-masing.
    “Kawan kau orang sebelah sana tu dah kenapa? Moody je.”Zetty menunjuk ke bilik sebelah melalui isyarat kepala.Sakinah dan Liyana berpandangan sesama sendiri.“Hmm…apa lagi.Entah macam mana boleh terjumpa dengan si poyoman tu kat shopping complex tadi.Dan macam biasa mereka pun bergaduh.Yang paling dahsyatnya Ieqwa tumbuk mamat tu.”Lambat-lambat Liyana bercerita.
    “Ha!Ieqwa tumbuk mamat tu?Habis tu kenapa dia pulak yang menangis?”Soal Zetty terperanjat.“Ha?!Ieqwa menangis?”Serentak Sakinah dan Liyana menyoal.Zetty yang tidak hilang lagi terkejut dengan khabar yang baru didengarnya,bertambah terkejut dengan paduan suara Sakinah dan Liyana.
    “La..kau orang tak tahu ke?”
    “Tadi mana ada dia menangis.Dari shopping complex tadi sampai ke sini elok je
     pok pek pok pek mulut dia caci maki mamat tu.Apa hal pula tiba-tiba je
     menangis?”Tanya Sakinah hairan.
    “Tanya aku pulak.Mana la aku tahu.Yang dia pergi tumbuk mamat tu kenapa?”
     Liyana melepaskan keluhan sebelum memulakan cerita.“Tadi kita orang singgah KFC.Macam biasa si Ieqwa tu pun volunteer pergi queue nak order menu.Nak dijadikan cerita si poyoman tu pun nak makan kat situ rupanya.Dalam setiap cerita pasti ada kebetulan,dan kebetulannya dalam cerita ni ialah si Ieqwa tu boleh pulak ‘ter’queue belakang si poyoman tu.Ala-ala drama melayu,dia orang pun terlanggar.Habis la tertumpah air poyoman tu kat baju Ieqwa.”
     Zetty mengangkat kening.“Itu je?Takkan sebab air tertumpah pun dia sampai nak tumbuk orang?”
    “Dia tumbuk sebab poyoman tu kata dia hodoh.”Tambah Liyana.
    “Mamat tu kata dia hodoh?Kurang ajarnya dia.Macam mana ayat dia?Dia cakap
     direct ke?”Ala-ala Mami Jarum Zetty bertanya.
    “Eeee…malas la aku nak cerita satu per satu.Tahu itu je sudah la.”Liyana sudah menggaru-garu kepala tanda rimas diasak dengan pelbagai soalan.Sakinah pula hanya mendiamkan diri mengingatkan kembali peristiwa di shopping complex tadi.Betapa nekadnya Ieqwa menumbuk si poyoman itu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling dan akibat daripada perbuatannya itu..
     Mana tahu kalau-kalau si poyoman itu menyamannya.Tapi kelakar juga dia apabila teringatkan si poyoman yang pucat lesi dan terkesima selepas ditumbuk.Itulah panahan penumbuk Ieqwa.Dahsyat juga si Ieqwa ni.Tak berani la aku nak cari pasal dengan dia lepas ni.


Thursday 13 February 2014

Gua dean list weyh!

  
   okay..tarik nafas dalam dalam dan sediakan baldi sebelum baca. Sebagai persediaan kalau korang nak muntah ke apa ke..masih mengekalkan entry emosi tapi kali ni version happy tahap riak sikit.ngeh ngeh ngeh~
   Hari ni 14 feb result exam student degree uitm keluar...aku yang kononnya daripada hari first exam cakap kat kengkawan and diri sendiri "result keluar nanti aku tak nak cek, kompom hampeh punyer"
Tup tup..pepagi buta kau dah cek kat student portal..haha!malam tadi tunggu emel masuk takde plak..orang lain boleh cek result kat emel je kenapa aku punya tak boleh??hmmm...biaq pi la asalkan aku happy...

    Sumpah aku menangis bila tengok result. Macam berpinar-pinar mata. Bukannya apa, memang aku target hampeh result aku sem ni. Housemates aku pun tahu aku macam mana time study week and sepanjang exam haritu. Aktiviti aku tengok drama, mendowload, baca novel, tengok maharaja lawak mega, tengok betul ke bohong, maharaja lawak mega lagi, lagi dan lagi, seterusnya betul ke bohong, Shahrol, shiro, Shahrol lagi dan hasilnya aku berjaya hafal semua dialog video yang aku tengok berpuluh kali tu!

    Sampai kengkawan aku menyalahkan Shahrol sebab aku tak study time exam haritu. Oh tidak wahai sahabat! Jangan sesekali kau menyalahkan Shahrol kerana dia langsung tidak bersalah. Aku menyalahkan diriku sendiri atas kelalaianku..hehehe....ayat pun banyak pengaruh drama der...

    Apa-apa pun aku bersyukur sebab result sem ni lagi baik dari sem lepas. Eventhough aku busy dengan kelab MDAB and aktiviti luar serta busy melayan semua aktiviti lagha yang menjadi kewajipan aku setiap hari. So, for next sem aku dah buat slogan sesiap..'pelajaran didahulukan, Shahrol diutamakan.' hekhekhek...gediks sungguh daku. Mesti shahrolians kat luar sana tu menyampah kat aku. choii! ada daku kesah? Aku dah lali dimenyampahi...(^,^)

    Akhir kata dari aku, berusaha la untuk mencapai kejayaan. jangan jadi macam aku yang hanya mengharapkan kejaiaban. Wah! sejak tulis novel ni ayat aku makin berpuisi. Kengkawan aku pun dah cair taik telinga dengar madah puitis yang keluar dari mulut aku. Walaupun dekat UiTM takde subjek Bahasa Melayu, jiwa aku tetap sastera and cita-cita nak jadi penulis tetap terpahat di hati. Doakan daku ye sahabat!

Nah hadiah..muka happy posing depan Intekma.


p/s : choi betul subjek cost control,buat cacat result aku je....


Tuesday 11 February 2014

entry emosi :: Puisi Buat Arwah...

Rindu
Saat ini perasaan rindu menghantuiku
Aku buntu
Tak tahu arah tuju
Apa harus aku lakukan
Berjumpa? Mendengar suara? Atau…melihat dari jauh?
Semua itu tidak mampu aku lakukan lagi
Kerana mereka tiada lagi di dunia ini
Saat bersama sudah berlalu
Saat gembira hanya tinggal kenangan
Gelak tawa mahupun suara  marah tidak dapat aku dengar lagi

Rindu…
Hati ini terlalu pilu apabila mengenangkan kenangan yang telah berlalu
Ku cuba tenangkan hati yang lara
Memujuk agar ingat pada maha pencipta
Kerana DIA lebih berkuasa
Setiap ketentuannya ada hikmah pada kita
Setiap yang hidup pasti akan kembali jua padaNYA
Aku tahu itu
dan aku juga pasti akan menyusul mereka
aku berharap agar pada waktu itu aku sudah bersedia menghadapNYA
Allahuakbar!
Al-fatihah buat abah dan Dayat.
Kalian insan yang sangat aku cinta
Terlalu cinta……

Dayat,
Saudaraku yang paling rapat
Satu-satunya adik yang manja, degil, nakal dan comel
Satu-satunya insan yang memanggilku dengan gelaran ‘Kak cik’
Kak cik terlalu sayangkan Dayat
Kenangan kita bersama tidak akan Kak cik lupakan
Pernah dulu sewaktu cuti tahun Baru Cina
Kak cik yang ketika itu di tingkatan 3 bercuti seminggu
Kak cik ceritakan tentang kisah nabi daripada buku yang kak cik pinjam di sekolah
Ada sebuah kisah tentang anak-anak nabi Adam di mana kematian pertama yang berlaku di dunia

Dayat tanya pada kak cik
“Sakit tak mati?”
Kak cik hanya menjawab..
“Satu hari nanti Dayat juga akan rasa mati…
Tapi jangan risau, lambat lagi sebab dayat masih kecil”
Kuasa Allah
Mati tidak kira usia
Seminggu kemudian Kak cik yang sudah pulang ke asrama dapat berita paling buruk seumur hidup kak cik
Dayat meninggal dunia akibat lemas
Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan Kak cik
Bagai mahu gugur jantung ini
Kau terlalu kecil dik ketika itu
hanya 8 tahun 5 bulan!
Kak cik selalu risau memikirkan yang Dayat akan takut berada di ‘sana’ sendirian
Tapi mak selalu kata pada kak cik
“adik lebih bahagia di sana, kerana dia insan istemewa yang hanya dipinjamkan Allah kepada kita..sudah tiba masa Allah mengambil semula hakNYA.”
Kak cik harap Dayat bahagia sepanjang menjadi adik Kak cik

Abah..
Di ruang mataku ini sering terbayang abah yang sihat dan bertenaga
Abah yang bertugas sebagai tentera
Abah yang menjual kuih selepas bersara
Abah yang selalu menghantar dan ambil ku dari sekolah
Abah yang selalu mencubitku jika menyampuk perbualan orang tua
Abah yang suka menonton berita
Abah yang akan mengajar anak-anaknya niat puasa setiap kali sahur bersama
Abah yang tenang dalam apa jua perkara
Abah yang berwajah garang dan tak banyak kata

Rindu..
Semua itu cerita bertahun tahun yang lalu
Sejak abah diserang strok pada 2006 semuanya berubah
Abah jadi pemarah
Abah jadi lemah
Abah tidak lagi memandu
Abah tidak lagi menjengukku di asrama atau di sekolah
abah hanya bergantung pada tongkat
tangan dan kaki kiri abah tidak lagi mampu bergerak
namun abah masih mampu berdikari
mampu menguruskan hal sendiri tanpa bantuan sesiapa
aku kagum dengan abah
jika aku ditempatnya belum tentu aku mampu menanggung sakit itu bertahun lamanya
6 tahun!

Abah pergi jua dengan penyakit yang ditanggung selama 6 tahun
Di hujung-hujung usiamu abah kelihatan terlalu uzur
Setiap kali wajah uzur abah terbayang di ruang mata
Air mataku mengalir dengan sendirinya
Terlalu pilu rasa hati melihat derita yang abah tanggung selama ini
Hingga saat abah menghembuskan nafas yang terakhir, kami sekeluarga hanya mampu mengucap melihat seksanya tercabut nyawa dari jasad
Aku bersyukur kerana pada malam sebelum abah pergi aku sempat bersama denganmu, berbual sebagai anak beranak buat kali terakhir
Aku memohon ampun dari abah
Seolah-olah tahu yang abah akan pergi
Walaupun abah terbaring dan tidak sedarkan diri
Namun aku yakin abah mendengar segalanya
Cuma tidak lagi mampu membalas kata.
Ya ALLAH…peritnya hati ini bila membayangkan keadaan abah ketika itu
Semoga roh abah dan Dayat ditempatkan dalama kalangan orang orang yang beriman
Al-fatihah…




Monday 10 February 2014

Guideline for new students UiTM Penang



Assalamualaikum. 

Wah! Rasa macam dah lama je tak update blog..padahal baru seminggu.
Okay, straight to the point je. Seperti tajuk yang tertera, entry kali ni aku nak bagi panduan sikit untuk bakal mahasiswa/siswi UiTM Penang. Almaklum la, hujung bulan ni diorang dah nak daftar sebagai pelajar baru kan? Teringat aku tahun lepas. Rindunyeerr~

Entry ni bukan terhad untuk bakal student UiTM Penang je, UiTM lain pun boleh.. tapi kebanyakan info yang aku nak bagi ni memang kat UiTM penang je kot.....mmm...



MDS
Okay firstly, barang-barang yang korang perlukan..macam biasa la, pakaian harian,alat mandi, alat tulis and semua yang korang rasa perlu la. Bantal memang perlu sebab kolej tak sediakan bantal. Untuk student yang akan lalui tempoh MDS (Mengubah Destini Siswa) kiranya macam orientasi la...bagi yang perempuan, korang perlu bawa kasut sarung, baju kurung, tudung putih, baju kurung putih (macam baju sekolah) and kain hitam. Baju putih and kain hitam ni korang perlu pakai time penutup MDS nanti. Kasut sarung, tudung putih and baju kurung pula untuk sepanjang tempoh MDS.
 Memang bunyinya macam skema, tapi bagi aku MDS ni best! haha! Kalau MDS diploma memang tak best sebab PM (Pembantu Mahasiswa/fasilitator) suka buli students baru. tapi untuk degree tak. Semua sporting. lagi best kalau abang abang PM tu hensem. Tapi untuk semester ni mungkin tak best kot abang PM korang sebab takde mr ZA. haha!

Tapi pengarah MDS korang best! Namanya Taufik. hehe..YDP MPP tuuuu...huhu...kalau tak aku pun mungkin salah seorang PM, tapi nak buat macam mana, aku praktikal pulak sem ni.

REGISTRATION COURSE AND VALIDATION
Lepas tamat MDS, biasanya tak sampai seminggu pun MDS ni..korang perlu alert dengan semua aktiviti or info tentang korang punya study. Kat U semua kena buat sendiri and semuanya guna online. Paling penting korang kena alert tentang tarikh untuk register course, tarikh validation course and banyak lagi la..tapi jangan risau,semua tu akan didedahkan lebih terperinci masa MDS.




KOLEJ
Yuran untuk kolej RM210 untuk satu semester. Sangat murah dan berbaloi sebab kolejnya cantik dan selesa!mmm....perempuan sahaja lah. Kolej lelaki tersangat lah buruk dan uzurnya. haha! Yuran kolej ni korang kena bayar melalui bank islam. Boleh bayar manual or autopay dekat mesin ATM. tapi resit nanti jangan buang sebab kena bagi dekat pejabat kolej sebagai bukti pembayaran.

YURAN BARANGAN ELETRIK
Okay, yang ni pulak maksundnya bayaran untuk setiap barang eletrik yang korang bawak. Terhad 3 barang je. Biasanya charger handphone, charger laptop and iron. Tapi macam aku biasanya bayar untuk 2 barang je sebab aku tak bawak iron, guna iron kawan je. hehe...by the way, satu barang RM10 je untuk tempoh 1 semester.

SAHSIAH RUPA DIRI (SRD)/ ETIKA PAKAIAN
Setiap hari isnin korang perlu pakai pakaian formal. Untuk perempuan baju kurung, jubah, dress or whatever la. Lelaki pula mesti pakai kemeja lengkap dengan tali leher. Hehe..tapi biasanya tak ramai yang ikut rule ni. Tapi aku bagitau awal awal la, kalau polis bantuan UiTM tu tahan korang nanti korang kena bayar saman RM50 untuk satu kesalahan. Paling penting, NO SELIPAR! One more, kad metrik kena pakai ye sapanjang dalam kampus. tapi kalau aku nampak korang pakai kad metrik pergi kafe aku gelakkan je.haha!

tu je la kot yang asas untuk pelajar baru. yang lain ada lagi la macam kuliah, kelab persatuan dan sebagainya.  Oh ye, dengan berbesar hatinya aku nak jemput korang join kelab SKUAD MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa). Kelab ni sangat suci murni dan diterajui oleh gadis gadis jelita seperti aku. Hekhek...

Akhir kata, selamat menjadi pelajar UiTM Penang and kalau jumpa aku sila la tegur sebab aku suka kalau orang tegur aku dulu..perasan femes plak..haha! Sekian dari aku, bubye!




Saturday 1 February 2014

Hello February Goodbye March! :: First GA by Izni Sofea

    





Comeback with new GA..haha...kemaruk join GA pulak aku kebelakangan ni...tapi giler bapak spesial hadiah untuk GA ni..Samsung S4!!! Siapa taknak....siapa yang taknak sila angkat kening sekarang..hmmm..semua nak nampaknya.....

Salah satu syarat untuk GA ni macam biasa la, kena buat entry tentang GA ni..tapi honestly aku tak tahu nak cerita pasal apa...sebab tajuk kat banner tu pun aku kurang ngerti kok..kenapa hello february, goodbye march? Bukan goodbye january ke?? It's okay..abaikan..orang lain tak kecoh pon..aku je yang gatal jari nak persoalkannya..(^,^)

Tapi seriously,dah February rupanya ye..huhu...sekejap je masa berlalu..umur aku pun esok dah genap 21 tahun 2 bulan. rasa macam baru je lagi kena prank dengan kawan masa birthday hari tu..hihi~

Bulan march ni aku tamat LI and kehidupan sebagai mahasiswi akan diteruskan seperti biasa..next semester dah sem 3..cepatnya!!rasa macam baru je aku habis MDS bulan lepas!!

Okay.....macam banyak cakap pasal diri sendiri je..huhu...sorry Izni~ Anyway, GA Izni ni memang bapak giler gempak...so.....harap saya dapat lah ye...kalau S4 saya nak kaler pink, kalau jam nak kaler pink jugak...ye la...nama blog pun akuberjiwapink kan.....hihi~ kalau beg pula....mmm...idol kpop ke??kalau macam tu saya pilih Big Bang sebab saya VIP! hihi...tu je bye!