Tuesday 18 March 2014

SELFIEE~


Dunia digembar-gemburkan dengan fenomena selfie. Hinggakan perdana menteri Malaysia pun terpengaruh dengan gejala ini. Selfie bukan lagi perkataan asing dalam kehidupan seharian malah ia telah menjadi satu budaya yang menyebabkan sesetengan makhluk macam gua ketagih.Muahahaha!!


cakkk!

    Pembuka bicara haruslah mengagambarkan ciri-ciri pelajar yang pernah merangkul anugerah Terbaik Bahasa Melayu STPM. Dulu pernah berangan nak jadi wartawan macam Nurul Shuhada Nurul Ain tapi sebab bibir gua tak nipis macam bibir dia jadi terpaksa batalkan niat ngada-ngada tu. Bibir gua seksi doh macam Anjelina joling!

    Berbalik pada topik asal, gua sejak 2 menjak ni dah ketagih dengan aktiviti yang digelar 'selfie' ni. Tapi bila dikenangkan balik sejarah hidup gua, bukan sejak 2 menjak ni tapi dah lama sebenarnya gua suka menginterferemkan wajah dalam mana mana gajet yang mempunyai aplikasi kamera. Tidak kiralah daripada kamera zaman kodak dulu mahupun kamera henpon nokia yang bersaiz 2 megapixel. Tapi sudah semestinya aplikasi kamera 360 yang menjadi kegilaan gua.

    Bukan kerana gua mengikuti arus semasa, tetapi kerana aplikasi tersebut telah berjaya membuatkan gua jatuh cinta pada rupa sendiri. Tapi itu bukan bermaksud gua kecewa dengan hidup gua yang telah lama kontang jiwanya ini tanpa kehadiran seseorang yang bernama 'kekasih' . Tapi kerana gua memang typical girl. Typical girl kat Malaysia ni mahupun Nusantara atau Timur tengah memang suka menatap wajah sendiri (ke...gua je macam tu?)

   Gua tabik la dengan sape genius yang cipta kamera 360 ni. Mesti dia banyak makan kismis sebab tu otak ekselen. Ia bukan sahaja mampu menghapuskan jerawat gua tanpa perlu pakai concealer mahupun menjalani rawatan di New York Skin Solution selama 8 kali, malah menjadikan kulit gua flawless bak Nora Danish bak hang! Gua dah tak payah nak guna picasa lagi demi menghapuskan seketul seketul jerawat gua yang dah jadi koleksi peribadi ni.

   Oleh yang demikian gua telah menjadikan selfie ni sebagai aktiviti rutin yang wajib setiap hari terutama sekali sewaktu mengantuk dengar lecturer membebel pasal kod kod airport atau lebih dikenali sebagai IATA code sambil diselang selikan dengan nama nama negara mahupun negeri yang sumpah gua tak pernah dengar selama gua hidup 21 tahun ni.

    Walaupun henpon gua takde aplikasi 360 ni, tapi itu bukan masalah bagi gua sebab kawan-kawan gua semua up to date. Gua sorang je yang old school sikit sebab takde kamera 360, takde whatsapp, weechat, instagram, line, kakaotalk mahupun simsimi. Kalau gua teringin nak semua tu gua rembat je la mana-mana henpon kawan gua. Hidup gua simple je der.......gua tunggu barang free je.  Sebagai contoh henpon subsidi dari abang gua, kamera digital hadiah dari emak gua, beg kakak gua yang dia simpan dalam almari gua curi, kereta pusaka bapak gua, dan topup maxis henpon gua yang gua dah amanahkan kat mak gua untuk topup tiap tiap bulan.

Simple right?

Sebagai penutup gua nak tepekkan wajah gua yang gua rasa bangga bila tengok. Sampaikan abang gua nyaris muntah darah sebab tengok tahap kecomelan gua yang melebihi paras normal ni. Gua pun rasa nak sepak muka sendiri 3 kali sebab rasa bersalah menipu diri sendiri. Sekian laporan dari gua, wassalam.



sebelum kelas Finance...

sebelum kelas Economics...

selepas kelas Economics...

selepas kelas BEL..

waktu intern dulu...lepas habis kerja....

time EXKEP..we are from Skuad MDAB! kelab janda kata Izzat.....

time kelas Jepun..sensei tengah membebel kat depan..kore kore..demo..ja....hai!

time photoshoot untuk MT Skuad MDAB. Janda? Hello! we olls anak dara hokey!

  

Sunday 16 March 2014

CINTA EGOIS :: chapter 6

     Seminggu sebelum cuti penggal bermula,rata-rata jadual pelajar dipenuhi dengan kuiz dan ujian. Untuk menghadap dua perkara ini pun sudah cukup untuk  membuatkan para pelajar bersengkang mata. Belum dicampur dengan assignment yang bertimbun. Jika tiga benda ini tidak diambil berat, potensi untuk repeat paper pada semester akan datang sangat cerah.

     Ieqwa termenung menghadap skrin laptop sambil menongkat dagu. Fikirannya melayang. Niat asalnya hendak menyiapkan assignment. Entah kenapa otaknya tiba-tiba terasa kosong. Laptop dihadapannya itu ditutup kembali. Kali ini buku teks Law pula dikeluarkan. Cadangnya mahu membuat ulangkaji. Sehelai demi sehelai muka surat diselak.Setelah menyelak beberapa helaian, dahinya berkerut dan helaian buku itu makin laju diselak hingga ianya tertutup kembali.

     Satu keluhan berat dilepaskan. Entah kenapa satu perkara pun tidak menjadi. Lama dia termenung sehinggalah dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada orang menghubungi. Dia tersenyum senang sebaik sahaja melihat nama pemanggil di skrin handphone.

    “Hello,ma. Assalamualaikum.” Riang Ieqwa menyapa sebaik sahaja punat hijau ditekan.
    “Waalaikumsalam. Kakak sihat? Tengah buat apa tu?” Tanya Puan Asma.
    “Sihat alhamdulillah.Tak ada buat apa pun.Dok termenung je.” Jujur Ieqwa menjawab. “Mama sihat ke?”
    “Mama sihat je.Termenung? Kakak dah tak ada benda lain lagi ke nak dibuat?”
     Ieqwa ketawa mendengar soalan mamanya itu. “Tak ada mood la mama. Satu benda pun tak menjadi hari ni.Tak tahu la kenapa.Kakak rasa macam nak balik rumah je.” Ieqwa cuba mengadu kepada Puan Asma.
    “Kakak solat subuh tak pagi tadi?”
    “Solat la mama. Tapi entah la…mungkin homesick kot. Sebab tu jadi macam ni.”Nada Ieqwa bertukar manja.
    “Emm…elok la. Jangan tinggal solat. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah.Selalu berdoa, Insyaallah segala urusan kakak dipermudahkan. Mama pun sentiasa doakan kakak. Kalau kakak homesick, mai la balik. Sekarang baru pukul 10 pagi. Lagipun esok kan ahad. Kakak tak ada apa-apa program kan?”
    “Memang la tak ada program. Tapi minggu ni banyak test and quiz. Kakak kena study. Assignment pun belambak tak siap lagi ni. Cuti mid-sem nanti je la kakak balik.”
    “Ye la. Kakak start cuti next week kan? Ala…bukannya lama lagi pon….sabar je la. Study je elok-elok. Homesick tu kakak simpan je dalam beg. Nanti balik rumah baru kakak keluarkan.”
     Terburai ketawa Ieqwa. Mamanya memang begitu. Suka bergurau dan pandai memujuk dirinya. Serba sedikit moodnya yang hilang tadi kembali datang.
    “Adik tak bangun lagi ke mama?” Ieqwa menukar topik perbualan. Adik lelakinya yang berusia 5 tahun menjadi persoalan.
    “Dah bangun dah. Awal dia bangun hari ni. Tapi dia ikut abah pergi pasar. Belum balik lagi.”
    “Ooo…okey la mama. Mood kakak dah datang balik ni. Nak sambung buat kerja yang tergendala tadi. Nanti kirim salam kat abah and tolong cubitkan pipi adik untuk kakak ye.”Ieqwa menitipkan pesan.
    “Ish! Kakak ni, tak kira jauh ke dekat ke…tak habis-habis nak kacau adik. Kesian dia.” Sedikit tegas suara Puan Asma.
     Ieqwa hanya ketawa sebelum talian diputuskan.Dia tersenyum lebar dan kemudiannya memulakan kerja yang tidak menjadi tadi.


    “Ben,cuti nanti kau ada pergi mana-mana tak?”Ben yang sedang membaca nota ringkas itu berfikir sejenak sebelum menggeleng.
    “Kita pergi bercuti nak tak?”Eddy mengemukakan cadangan.
    “Apa barang pergi bercuti dengan kau?Aku bukan gay.”Selamba sahaja Ben menjawab.Matanya dari tadi tidak berkalih daripada nota ringkas yang dipegangnya.Sesekali dia memandang langit,cuba menghafal point penting yang mungkin akan keluar dalam test.
    “Ek eleh kau ni…agak-agak la sikit.Aku pun tak ada nafsu dengan kau la!”Eddy menolak tubuh Ben sedikit kasar.“Aku just teringin nak pergi bercuti,tapi tak tahu nak pergi dengan siapa.”Kali ini nadanya bertukar sedih.
    “Ajak la family kau.”
    “Kau macam tak tahu family aku tu.Masing-masing busy 24 jam.Aku ni dah macam anak terbuang dibuatnya.”Sedikit emosi nada Eddy. Ben pula ketawa mendengar ayat Eddy.
    “Kiranya kau ni kurang kasih sayang la….Nak menumpang kasih sayang dari aku la ni?”Ben sengaja memain-mainkan Eddy.Eddy pula sudah menjeling tajam.Malas dia mahu melayan,akhirnya dia pun mengambil langkah untuk berdiam diri.Nota dihadapannya dicapai lalu dibaca.
    “Alolo..merajuk ke?Aku main-main je la wei!Tak kan sentap kot?”Ben menyiku lengan Eddy.
    “Aku niat baik nak ajak kau pergi bercuti,kalau kau tak nak cakap je la tak nak.Tak payah la nak main-mainkan emosi aku.”Jelas nada rajuk dalam pertuturan Eddy.
    “Ye la ye la!Aku ikut kau la.Nak pergi bercuti kat mana,kau arrange je la.Dalam negara?Luar negara?Sampai ke hujung dunia pun aku ikut.”Akhirnya Ben mengalah.
     Eddy memandang Ben dengan sengihan yang sukar ditafsir.“Betul ni?Nanti aku plan nak pergi mana.Tapi kita share la belanja.Okey?”
    “La…ingatkan kau yang nak sponsor.Beria-ia ajak aku macam nak belanja aku je.”Eddy tidak menjawab.Sengihannya masih tidak lekang di bibir.Perbualan mereka mati di situ apabila Puan Nora masuk dan mengedarkan kertas ujian bagi subjek perniagaan.


    “Ieqwa!”Ieqmal melaung nama Ieqwa sebaik sahaja terpandang kelibat kakaknya itu.Dia melompat-lompat keriangan.Mungkin kerana terlalu rindukan kakaknya.
    “Haip!Ieqwa menunjukkan tapak tangan dengan mata yang dijegilkan.Sebelah lagi tangannya menjinjing beg.“Penampo nak?Biasa sangat panggil nama je ye?Makin nakal dia ni!”Ieqwa bersuara garang.
     Ieqmal menjelirkan lidah.“Adik,berapa kali mama nak pesan jangan panggil kakak macam tu.”Puan Asma menegur lembut.
    “Entah adik ni.Lepas tu main jelir-jelir lidah pulak.Potong lidah tu nanti padan muka.”Ieqwa menambah.Begnya yang berisi baju dimasukkan kedalam boot kereta.Kemudiannya dia mencubit pipi adiknya.
    “Aww!Sakit la!”Ieqmal mengusap-usap pipi kanannya.
    “Padan muka!”Kali ini Ieqwa pula yang menjelirkan lidah.Puan Asma menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah anak-anaknya.
    “Kakak ni tak habis-habis nak buli adik.Adik tu rindu dekat kakak tau!Tak baik buat adik macam tu.”Puan Asma menasihatkan Ieqwa.Huluran salam Ieqwa disambutnya.Lalu kedua-dua belah pipi Ieqwa dicium penuh kasih.Ieqwa membalas perbuatan yang sama pada mamanya.

    Ieqwa menoleh ke arah Ieqmal.Adiknya itu sedang memuncung tanda merajuk.
“Eit budak kecik!Merajuk ke……?”Sengaja dileretkan ayatnya itu.Ieqmal diam tidak berkutik.Kali ini Ieqwa meggeletek adiknya.Akhirnya si kecil itu ketawa kegelian.Ieqmal Fahmi,anak kecil yang sangat mudah dipujuk namun sedikit nakal.Mulutnya suka berceloteh tidak kira dengan siapa pun.Ieqwa sendiri tidak terlayankan celoteh adiknya itu.Lebih-lebih lagi apabila soalan pelik-pelik yang ditanya.

    “Rindu kat kakak ye?”Ieqwa menyoal adiknya.Ieqmal mengangguk berkali-kali.
    “kalau macam tu sayang kakak sikit.”Ieqwa membongkokkan badan.Pipinya disuakan ke adiknya.Sebuah ciuman dihadiahkan kepada Ieqwa.Kemudiannya dua beradik itu masuk ke dalam kereta untuk pulang.




Friday 14 March 2014

Entry serius :: Setia


Setia. Apa itu setia? Semua orang boleh kata mereka setia pada pasangan masing-masing. Tapi adakah mereka betul-betul setia? Topik aku kali ni aku fokuskan pada hubungan antara pasangan kekasih atau suami isteri setelah lama memerhatikan ragam manusia sekeliling termasuk sahabat sendiri.

Sebanyak mana kita meletakkan kepercayaan pada pasangan sepatutnya begitu juga kita berikan pada pasangan kita. Sejauh mana kita berharap mereka setia, begitu juga la yang sepatutnya kita lakukan terhadap mereka. Kalau kita tahu rasa marah sekiranya dapat tahu pasangan kita curang, adakah pasangan kita boleh tersenyum atau ketawa gembira jika dapat tahu kita menduakan mereka?

Cermin diri dan dalami dahulu makna setia sebelum mengaku anda setia. Setia bukan setakat menjalinkan hubungan bertahun tahun lamanya dengan kekasih tetapi dalam masa yang sama keluar secara senyap-senyap dengan lelaki/perempuan lain. Lebih curang lagi, ada yang menjalinkan hubungan dengan 2 3 orang dalam masa yang sama. Tiada istilah 'spare part' atau 'skandal' dalam perhubungan. Fikirkan dahulu perasaan orang lain sebelum mementingkan perasaan sendiri yang hanya mahu mencari keseronokan atau kesenangan dengan mendua atau mentiga empatkan pasangan anda.

Isu ni timbul bukan sebab kes Hanez Suraya mahupun Aidil Zafuan dan Zarema semata-mata. Tapi aku ambil contoh dari kawan-kawan sekeliling aku jugak. Masing-masing nak kan pasangan yang terbaik. Tapi diri sendiri masih melakukan kesalahan yang secara terang mereka tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Ya, memang tak salah berkawan. Tapi bukan berkawan rapat dengan suami orang ataupun kekasih orang. Bukan juga berkawan rapat dengan orang lain sedangkan kita tahu status kita yang sudah ada kekasih.

Jangan jadi perampas jika kita tak mahu dirampas. jangan suka berselingkuh jika kita tak suka diselingkuh. Jangan jadi pengacau jika kita tak nak dikacau. Jangan pernah berbohong jika kita tak sanggup dibohongi. Jangan pernah menyakiti jika tak mahu disakiti dan jangan pernah mengecewakan jika kita tak mahu dikecewakan. 

What you give you get back. Allah itu maha adil kan? Tak guna juga kalau bercinta bertahun tahun tapi tiada kejujuran dalam perhubungan. Apa gunanya perhubungan tanpa kasih sayang. Apa gunanya kasih sayang tanpa rasa cinta. Apa gunanya cinta tanpa kejujuran. Apa gunanya kejujuran tanpa keihlasan. 

Berbaliklah pada yang esa. Jangan pernah berhenti berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik. Aku teringatkan nasihat seorang kawan kepada aku. "Tak payahlah bercinta, buat susah and pening kepala je."
Ye. Aku memang tak bercinta dan tak pernah bercinta. Bukan sebab aku ikut nasihat dia tapi sebab memang itu prinsip aku sendiri.'Aku tak suka hubungan yang tak pasti'. Tapi orang yang memberi nasihat itu sendiri yang tidak mempraktikkan nasihatnya pada diri sendiri. Berkali-kali putus cinta dan kecewa tapi masih mengharap cinta dari manusia. Memang itu fitrah manusia. tapi carilah cinta yang sejati yang mampu bawa kita ke syurga. Bukan hanyut dengan ragam dunia.

Beristikharahlah dahulu sebelum memilih pasangan. Jangan memberi harapan jika tidak bersedia untuk memberi komitmen dalam perhubungan. Apa-apa pun, bercinta selepas bernikah itu pastinya lebih indah. ^^