Friday 23 May 2014

segmen: cari followers Mei




Assalamualaikum







setelah sekian lama tak join segmen, kali ni gua merajinkan diri menaip. Sebenarnya gua tengah dalam rehearsal majlis penutupan KASIH a.k.a Karnival Seni Islam Harmoni. Gua as a one of biro protokol. Kan gua dah cakap tadi gua bukan 3c's student. 

    Back to the main purpose gua buat entry kedua untuk harini, gua just nak melengkapkan syarat untuk join Segmen Cari Followers by Suriana Abd Kadir ni. Congrates to beliau sebab segmen beliau yang dapat sambutan ramai.

  Semoga gua tersenarai dalam bloglist beliau and beliau dapat menyajikan entry yang menarik. and jangan lupa jenguk jenguk blog gua jugak lepas ni. hehehe..

Tu je, semoga terus maju jaya.


                   #GuarasaguakenabuatsegmentorGAjugakkotlepasni.

Opkim jalinan Kasih Skuad MDAB

FYI, I'm not a 3c's student. Class, college and cafe. Because sometime I go to library, or LS (laman siswa, a place for students do revision), also PI (pusat Islam).......and weekend I'm not just sleeping or relax by watching running man all the time from Friday until Sunday midnight. But I will fulfil my time with join university, faculty or club activities. If not, I will hangout with house-mates.......at room only. Save cost!

    Okay, now I will proceed with my main point. Gua pun tak tahu kenapa tetiba gua nak kena buat intro bangga diri ni. My main point in this entry is...just nak cerita pasal kita punya program minggu lepas. hikhikhik (gelak sambil sentuh bibir)

   Haritu kan.....kita pergi Opkim Jalinan Kasih kat Kg. Perak Batu Kurau anjuran Kelab Skuad MDAB. Ya, kelab kita la tuew~ a.k.a Kelab anak dara gojes. muahahaha!

   Opkim ni 3 hari, gua and rombongan bas UiTM bertolak pukul 3.30 and sampai kat sana around 5.30 gitu. Dekat je....Sampai je sana, dari atas bas lagi dah nampak ramai mak-mak and ayah-ayah tunggu ketibaan bakal anak-anak diorang. Actually, Opkim kali ni kitorang buat sekali dengan anak angkat, senang.....jimat kos untuk penginapan. ngeh ngeh ngeh....
we are here!

selfie dulu deh..

    Lepas majlis perasmian and bahagikan anak angkat, terus pulang kat rumah family angkat masing-masing. Setiap family ambil 2 orang anak angkat. Gua and Dayah. malam tu aktiviti bebas la dengan family angkat masing-masing. Ada yang pergi Safari night Zoo Taiping, ada yang pergi pekan Simpang makan McD and ada jugak yang spend time dengan mak angkat sambil berzikir. (gua la tu)

   Esok paginya pulak ada senamrobik dengan penduduk kg, lepas tu ada sesi LDK dengan murid darjah 6 SK Kg Perak sampai pukul 4. Then balik rumah masing-masing. Sepatutnya pukul 5.30 ada gotong royong dekat masjid, tapi kami dengan lupa dirinya menyalahgunakan motor yang dipinjamkan oleh mak bapak angkat dengan membawa berkonvoi dari kampung ke kampung. Rasa macam YB pulak.

we are adopted sibling

makcik makcik senamrobik ni lagi gojes dari gua

LDK

ceramah PU Shahol


   Gua dah tak tahu macam mana nak describe feeling masa tu. Sangat awesome! Best! and......feeling pretty.....apekejadahnyepuntah! Tapi memang best. Kitorang 6 buah motor berkonvoi dari Kg perak pergi ke kg Sempenyeh, patah balik lepas tu pergi Kg.Lalang apa tah lupa namanya. View kat Kg sempeneh tu cantik sangat sangat sangat!! Ada sungai, bukit, gua.....ronda pulak petang-petang sambil gerimis manja. Feeling feeling kat oversea uolls!

    Malam tu ada ceramah PU Shahol kat masjid sempena Israk Mikraj and hari ibu. Then, esoknya pulak a.k.a last day, kitorang breakfast kat rumah pengusaha herba Misai Kucing. Dia belanja. Kitorang pun makan lepak sambil borak-borak jap sambil bergambar berselfie makan lagi dan seterusnya ke tandas kemudian baru blah dari situ. next destination is pergi sungai and kaki bukit. What can I say is...BEST!

ni la performance yang ke laut tu

ke.........laut........

yeay! abes dah...

snap with mak we ols! sopan tak gua?


    Around 12 pm baru start majlis penutup. Kitorang ada buat performance tapi ke laut so malas nak cite panjang pasal tu. Lunch dengan family angkat for the last time before kitorang balik ke UiTM. Tamatlah sudah Opkim semester ni. Tunggu next semester pulak. Bubye!

    

Tuesday 6 May 2014

a day as a tourist in Penang

Yuhuuu~~
selamat tinggal mood sedih! Sekarang mood untuk bersuka ria.
Semalam aku dengan classmate, housemate, roomate and bestmate aku, Fizah pergi Pulau untuk buat research pasal group assignment kitorang.

Actually, plan asal nak pergi jauh sikit. Tapi memandangkan kesuntukan masa dan bajet...pergi Pulau je la. Our topic is Visit Malaysia Year: Impact to tourism industry after negative incident. So we ols decide nak buat research kat Kementerian Pelancongan Penang je.


Nasib tak menyebelahi. Sape suruh datang tak buat appointment. Kan dah takde pegawainya. Ada meeting kat Putrajaya la pulakkk.....

Tapi takpe..as i mention in previous entry...life must go on..muahaha! We ols pun apa lagi. Menyamar jadi tourist la..Kebetulan aku pakai jubah dengan pashmina. Agak-agak ada tak yang sangka we ols tourist dari Arab ke? Pakistan ke? hehe....

Sumpah best. aku tak pernah rasa nikmatnya jalan kaki kat tengah pekan. Ini la first time. Sebelum ni pernah jugak sekali holiday kat Penang dengan family. Tapi time tu aku drive sendiri. Berbaku bakul la carut maki dan sumpah seranah yang keluar dari mulut aku sepanjang drive tu.

Seriously, kat Pulau lagi best jalan kaki or naik public transpot je. Sebab pekannya sempit and jalan selalu jem. Lagipun kalau nak pergi 1 tempat ke 1 tempat bukannya jauh sangat pun. and one more thing, banyak benda interesting yang kita boleh jumpa kat tepi tepi jalan atau lorong lorong kalau kita jalan kaki.


sudah menjadi kemestian untuk berselfie..kenapa ye??

that's Komtar! View from the ferry.

Then we ols naik bus pergi Komtar. Saje je teringin nak masuk dalam Komtar tu. First time masuk dowh.....hidup segan mati tak mahu je rupanya kedai kedai dalam tu. Mungkin sebab dah ada Prangin Mall and Parkson kat sebelahnya. Fizah sempat siggah gunting rambut kat dalam tu. Memula aku pun ingat nak gunting rambut jugak. Tapi bila tengok makcik tu macam tengah uli doh roti canai je buat kat Fizah tak jadi la aku.

our senior. Praktikal kat Kementerian Pelancongan Penang.


Eh! ada paparazi. feeling2 retis mak nokk..

3D museum


uncle ni soooo nice!

Fizah tengah gunting rambut. Kite selfie~


Then pergi Prangin Mall. Lepas tu keluar cari bus stop. Naik bus tapi separuh jalan je. Disebabkan bosan dengan kesesakan jalan raya, aku and Fizah turun dari bus and sambung jalan kaki dekat Little India. Singgah makan ABC and roti poratta jap.

Best la jalan kaki macam tu sebab kita boleh ramah mesra dengan ramai orang. Aku rasa semua orang friendly sangat. Termasuk la foreign.

Prangin Mall

mm...apa namanya ni ye? tapi interesting.Banyak kat tepi tepi jalan

ada lagi.....

dan lagi....banyak seni kat lorong lorong Penang ni

ekk..lentok habis

bubye Island..kembali ke tanah besar


tu je daaa!