Friday 26 September 2014

Journal Journey :: Penang Official Trip


Gua malas sangat nak menaip der..tapi gua nak update jugak blog gua ni. maka, gua upload gambar je la. 

Selfie 1 : sambil tengok peta.

Muzium Burung Hantu Bukit Bendera

Selfie 2 : sambil jalan ke Taman Burung

jangan tanya gua itu apa. gua pun tak tahu


Ayam tu garang sangat ! Gua rasa nak babab je ayam tu...

Anak sape tah gua rembat je


LoveLock. Gua acah je tu..jangan kata gua khurafat plak


Sama kaler ngan baju gua





Penat gua posing..yg si Fizah tu boleh ambik gambar kepala je..




Pasembor Padang Kota. banyak ni RM5.

ABC RM4

Bergambar ngan si lonjong dari Netherland. Lupa plak nak tanya nama

dah macam terencat plak gua posing ni.....




Tu je...next trip :: Hatyai



Bubye!

Tuesday 16 September 2014

Karangan Kuantan

  Pada hari Jumaat yang lepas, saya, ibu, abang, atuk dan makcik telah ke Kuantan untuk ke rumah abang sepupu. Perjalanan yang memakan masa berjam-jam sangat menyakitkan seluruh badan. Sebaik sahaja tiba di rumah abang sepupu pada jam 12.30 malam, kami terus mengambil posisi masing-masing untuk beradu berehat. Memandangkan keempat-empat anak saudara saya sedang nyenyak tidur, maka tiada mood bagi saya untuk beramah mesra bersama abang sepupu dan isteri yang lebih mesra dipanggil yoeb dan yong oleh kami. Tambahan pula kami baru sahaja berjumpa beberapa minggu yang lalu ketika hari raya. So....good night!




zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........



  Keletihan yang teramat sangat membuatkan saya terlajak tidur hingga jam 8 pagi. Anak saudara saya yang nombor dua telah ke sekolah kerana dia ada sekolah ganti sempena Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi. Saya yang masih berpisat-pisat di atas tilam mengiring ke kiri kerana lenguh dengan posisi terlentang sejak malam tadi. Bibir yang masih bersisa air liur basi itu mengulum senyuman tika terpandang dua gadis genit di sebelah. Entah sejak bila mereka di situ. Autometik saya menjadi gagah bangun dari tilam empuk semata- mata untuk mencubit pipi gebu mereka.

   Di sebelah tengahari abang mengajak saya ke pantai yang berhampiran. Rumah abang sepupu memang sangat berhampiran dengan laut. Namun tidaklah terlalu hampir kerana abang sepupu saya takut dilambung ombak, maka tidak berumah di tepi pantai. Hanya beberapa minit perjalanan dengan menaiki kereta Proton Wira, kami tiba di Pantai Batu Hitam. Jika menaiki kereta Ferrari mahupun Lamborghini perjalanan mungkin hanya memakan beberapa saat. Namun kami lebih berbangga dengan jenama tempatan.

  Walaupun ombak jauh dari tebing, saya dengan semangat waja turun ke bawah untuk bermain ombak. Tidak tahu kenapa air laut sangat kering ketika itu. Mungkin faktor cuaca yang terlalu terik. Setelah tiba di gigi air, saya melabuhkan punggung di batu-batu yang semulajadinya hidup di situ. Mata dipejam seketika sambil memasang telinga mendengar deruan ombak.  Tiba-tiba bayangan tsunami menjelma. Segera mata dibuka. Insaf saya seketika.

   Kamera di tangan diaktifkan lalu beberapa keping gambar berjaya diabdikan kedalam kamera digital Olympus pemberian ibu. Saya termenung seketika memikirkan bagaimana untuk memasukkan gambar saya sekali kedalam kamera tersebut. lalu saya kembali semula ke tebing di mana abang saya berada. Dengan wajah yang comel saya meminta pertolongannya. Malangnya abang saya anti pada gadis comel. Kerana itu jugalah dia tidak sukakan saya sejak saya lahir. Setelah merasuah abang saya dengan aiskrim, dia bersetuju untuk membantu. Setelah bergambar kami pulang ke rumah abang sepupu pada jam 3 petang.

    Ketika sedang melihat semula foto-foto yang diambil di pantai tadi, anak saudara saya yang bongsu, Auni datang mengganggu. Kamera bertukar tangan lalu bertambahlah koleksi gambar didalam kamera itu dengan gambarnya sendiri. saya tidak sangka kanak-kanak berusia  lingkungan 2, 3 tahun masa kini sudah pandai berselfie.

   Di sebelah petang kami kerumah kakak sepupu, kak Shima di kawasan perumahan yang berhampiran.  Kemudian ke rumah sepupu ibu yang juga tidak jauh dari rumah abang sepupu. Saya tidak tahu kenapa semua sepupu ini duduk berhampiran. adakah begitu seronok tinggal di Kuantan? Jika begitu saya pun mahu membeli rumah di sana dewasa kelak.

   Di sebelah malamnya pula abang sepupu telah belanja kami makan malam di restoran steamboat dan BBQ. Seperti biasa, saya yang sememangnya kurang gemar steamboat hanya menikmati hidangan BBQ terutama sekali daging lembu kegemaran saya.

    Keesokan paginya kami ke pasar tani di hadapan UTC Kuantan. Tiada apa yang menarik di situ kerana ianya tidak jauh beza dengan pasar tani Teluk Intan di tempat saya. Setelah bersarapan kami bersiap untuk bertolak pulang ke Perak. Betapa sayunya wajah Auni dan Maisarah ketika kami mahu pulang. Auni menangis ketika saya melambai ke arahnya. makin seronok saya melambai. sememangnya saya suka membuli anak-anak saudara.

    Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Genting Sempah untuk membeli buah berangan. Kemudiannya ke Putrajaya untuk singgah sebentar di rumah ayah saudara merangkap adik kepada ibu. Setelah dijamu makan malam, kami meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di rumah pada jam 11.30 malam selepas menghantar atuk dan makcik di Tapah. Walaupun penat tapi seronok kerana dapat berjumpa dengan sanak saudara.