Jangan Aku Didera
Sunyi,
Hidup ini sunyi,
Aku ingin dikasihi,aku ingin
dicintai,
Walau hanya secebis
perasaan,
Aku mahu!
Walau hanya sebaris ayat,
Aku rela!
Hati ini yang telah lama
ketandusan,
Kontang tanpa dihujani,
Layu tanpa dibajai…
Sunyi tanpa ceria…
Hanya ada rasa derita…..
Tinggalkan sedikit perasaan
sebagai seorang insan,
Tinggalkan sedikit naluri
keibuan,
Tinggalkan sedikit kasih
kebapaan.
Jangan aku didera!
Jangan aku diseksa!
Aku hanya insan kecil yang
pingin dijaga..
Aku hanya insan lemah yang
mahu dibela..
Walau hanya………..secebis
perasaan……..
Asal jangan……aku….didera……
. . . buat semua insan yang bergelar ibu dan bapa
-farah ann-