Tuesday, 6 December 2016

puisi :: Jangan Aku Didera

Jangan Aku Didera


Sunyi,
Hidup ini sunyi,
Aku ingin dikasihi,aku ingin dicintai,
 Walau hanya secebis perasaan,
Aku mahu!
Walau hanya sebaris ayat,
Aku rela!

Hati ini yang telah lama ketandusan,
Kontang tanpa dihujani,
Layu tanpa dibajai…
Sunyi tanpa ceria…
Hanya ada rasa derita…..

Tinggalkan sedikit perasaan sebagai seorang insan,
Tinggalkan sedikit naluri keibuan,
Tinggalkan sedikit kasih kebapaan.
Jangan aku didera!
Jangan aku diseksa!

Aku hanya insan kecil yang pingin dijaga..
Aku hanya insan lemah yang mahu dibela..
Walau hanya………..secebis perasaan……..

Asal jangan……aku….didera……







. . . buat semua insan yang bergelar ibu dan bapa 





                                                   -farah ann-