Thursday 11 December 2014

TRAVEL :: Hatyai trip

Sawadeeka~

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni, entry hatyai trip datang menemui pembaca setia. Puihh! Bajet ada loyal reader or stalker blog sepi kau ni ha?! Takpelah, biarlah gua terus syok sendiri.
Setelah merapu 2 baris ayat, kini gua akan terus ke point penting. Selari dengan tajuk entry, cerita kali ini ialah tentang trip gua ke Hatyai. Yeay! Applause cikit!

Gua ke sana dengan classmate gua. Actually, kitorang ke sana sebab nak buat assignment. Tapi bukan gua punya assignment. Gua menempel je. Saja nak berjimba. Assignment gua pergi Cameron Highland je.

Kitorang pergi hari Khamis naik train dari Butterworth sampai Padang Besar. First time gua naik train der! Kebetulan bag pack gua penuh sangat, so perasaan teruja tu tak mampu disimpan. Saat itu tiba-tiba gua jadi friendly sembang dengan orang sebelah. Penumpang sebelah gua tu dari Taiwan, so alang-alang gua mintak dia kirim salam kat Mike He bila balik Taiwan nanti.

ni bukan penumpang Taiwan yang tangkapkan ye...


tiket train. Murah sebab seat not guaranteed


Perjalanan yang disajikan dengan keindahan sawah bendang di utara Malaysia membuatkan gua tak sedar 2 jam setengah berlalu (padahal 18 kali gua asyik tengok jam, bila nak sampai,bila nak sampai).
Akhirnya sampai kat Padang Besar Perlis. Sempadan Malaysia-Thailand. Memula lalu emigresen Malaysia, then depan sikit Siam punya. Yang Siam ni hampeh sikit sebab kena bagi rasuah. Dalam passport tu selit la singgit. Kalau tak dia taknak cop. Citt! Dah tinggal RM199 je duit gua! Gua bawak RM200 je nok!




Sampai Padang Bezar Thailand, kitorang naik Van ke Hatyai. Jauh jugak la, dalam sejam lebih kot.
Sebelum ke hotel kitorang singgah money changer dulu tukar duit. Saiz duit siam besar sangat, tak muat purse gua. Nombornya pun besar. Rm100 sama dengan 1000 baht. Takdelah ngam ngam. Ada la beza sikit beberapa sen.
Coki and Yus


Kitorang tinggal kat Presiden Hotel. Gua tak tau hotel ni berapa bintang. Tapi not bad la. Gua bagi 3 bintang. Tapi takde iron! Gua tolak satu bintang. Malam tu kitorang cari makan dekat area hotel tu je. Ada la jumpa gerai tepi jalan. Lapar punya pasal singgah je la. Tapi bila dah order baru gua nampak 2 3 ekor tikus main kejar kejar bawah meja. Comel sangat sampai rasa nak muntah. Then tetiba ada bau hancing entah dari mana.  Tak sempat nak bla makanan pun sampai. Mmmm…habis jugak nasi gua. Nasib baik tak kena food poisoning.
lobby Presiden Hotel


view depan hotel dari bilik kitorang


Kawan kawan gua beli nombor siam sebab nak guna internet. Tapi bagus la, internet kat Thailand murah gila doh. Kalau tak silap, RM1.70 sehari. Unlimited koata. Rasanya la…hehe. Gua dengar member gua cakap la. Kalau salah maki diorang jangan maki gua. Gua tak beli sebab kat Malaysia pun gua tak pernah guna mobile internet.

Esoknya kitorang sewa tuk tuk berjimba dari pagi sampai petang. Abang tuk tuk tu bawak kitorang pergi Chang Puak Camp, Pantai Somila, Tang Kuan Hill and Floating market. Sewa tuk tuk tu RM 120 je. Boleh naik 10 orang.



ambil gambar dengan gajah 200 baht

selfie dalam tuk tuk

naik kuda kat pantai somila 150 baht 

mermaid..ada dongengnya kat pantai ni

Tang Kuan Hill

Floating market

Tuk tuk merah!


Malamnya pergi pasar malam. Barang kat pasar malam tu lebih kurang Malaysia jugak. Harga pun lebih kurang. Tapi ada jugak yang memang murah tak macam Malaysia. Tengok jenis barang la.
Hari sabtu kitorang naik van yang disewa siap-siap dari Malaysia. Bapak mahal dia tibai. RM600! Baik naik tuk tuk baru Rm120. Sepanjang hari tu member gua buat video untuk grup assignment diorang. So gua selfie je la.





Esoknya dalam pukul 10 pagi tu kitorang gerak balik naik Van yang cekik darah tu. Balik dia kira tambang lain hokay! Tapi gua tak hangin sangat la sebab tak keluar sesen pun nak bayar duit van tu. Actually sebelum pergi tu kitorang dah gather RM150 seorang untuk transport and hotel. So RM200 yang gua bawak tu cuma untuk belanja shopping and makan gua sendiri je la. Bunyi macam sikit kan? Tapi belambak jugak gua shopping. T-shirt je 5 helai. Siap balik Malaysia ada baki 35 baht lagi (RM3.50). Anyway, best la sebab first time holiday dengan kengkawan. Next sem kami plan nak ke Bandung pulak. Insyaallah kalau jadi. Tu je bye!
nah, belanja selfie sikit sebelum balik

ni barang yang aku shopping..




daaa!!







Friday 26 September 2014

Journal Journey :: Penang Official Trip


Gua malas sangat nak menaip der..tapi gua nak update jugak blog gua ni. maka, gua upload gambar je la. 

Selfie 1 : sambil tengok peta.

Muzium Burung Hantu Bukit Bendera

Selfie 2 : sambil jalan ke Taman Burung

jangan tanya gua itu apa. gua pun tak tahu


Ayam tu garang sangat ! Gua rasa nak babab je ayam tu...

Anak sape tah gua rembat je


LoveLock. Gua acah je tu..jangan kata gua khurafat plak


Sama kaler ngan baju gua





Penat gua posing..yg si Fizah tu boleh ambik gambar kepala je..




Pasembor Padang Kota. banyak ni RM5.

ABC RM4

Bergambar ngan si lonjong dari Netherland. Lupa plak nak tanya nama

dah macam terencat plak gua posing ni.....




Tu je...next trip :: Hatyai



Bubye!

Tuesday 16 September 2014

Karangan Kuantan

  Pada hari Jumaat yang lepas, saya, ibu, abang, atuk dan makcik telah ke Kuantan untuk ke rumah abang sepupu. Perjalanan yang memakan masa berjam-jam sangat menyakitkan seluruh badan. Sebaik sahaja tiba di rumah abang sepupu pada jam 12.30 malam, kami terus mengambil posisi masing-masing untuk beradu berehat. Memandangkan keempat-empat anak saudara saya sedang nyenyak tidur, maka tiada mood bagi saya untuk beramah mesra bersama abang sepupu dan isteri yang lebih mesra dipanggil yoeb dan yong oleh kami. Tambahan pula kami baru sahaja berjumpa beberapa minggu yang lalu ketika hari raya. So....good night!




zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........



  Keletihan yang teramat sangat membuatkan saya terlajak tidur hingga jam 8 pagi. Anak saudara saya yang nombor dua telah ke sekolah kerana dia ada sekolah ganti sempena Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi. Saya yang masih berpisat-pisat di atas tilam mengiring ke kiri kerana lenguh dengan posisi terlentang sejak malam tadi. Bibir yang masih bersisa air liur basi itu mengulum senyuman tika terpandang dua gadis genit di sebelah. Entah sejak bila mereka di situ. Autometik saya menjadi gagah bangun dari tilam empuk semata- mata untuk mencubit pipi gebu mereka.

   Di sebelah tengahari abang mengajak saya ke pantai yang berhampiran. Rumah abang sepupu memang sangat berhampiran dengan laut. Namun tidaklah terlalu hampir kerana abang sepupu saya takut dilambung ombak, maka tidak berumah di tepi pantai. Hanya beberapa minit perjalanan dengan menaiki kereta Proton Wira, kami tiba di Pantai Batu Hitam. Jika menaiki kereta Ferrari mahupun Lamborghini perjalanan mungkin hanya memakan beberapa saat. Namun kami lebih berbangga dengan jenama tempatan.

  Walaupun ombak jauh dari tebing, saya dengan semangat waja turun ke bawah untuk bermain ombak. Tidak tahu kenapa air laut sangat kering ketika itu. Mungkin faktor cuaca yang terlalu terik. Setelah tiba di gigi air, saya melabuhkan punggung di batu-batu yang semulajadinya hidup di situ. Mata dipejam seketika sambil memasang telinga mendengar deruan ombak.  Tiba-tiba bayangan tsunami menjelma. Segera mata dibuka. Insaf saya seketika.

   Kamera di tangan diaktifkan lalu beberapa keping gambar berjaya diabdikan kedalam kamera digital Olympus pemberian ibu. Saya termenung seketika memikirkan bagaimana untuk memasukkan gambar saya sekali kedalam kamera tersebut. lalu saya kembali semula ke tebing di mana abang saya berada. Dengan wajah yang comel saya meminta pertolongannya. Malangnya abang saya anti pada gadis comel. Kerana itu jugalah dia tidak sukakan saya sejak saya lahir. Setelah merasuah abang saya dengan aiskrim, dia bersetuju untuk membantu. Setelah bergambar kami pulang ke rumah abang sepupu pada jam 3 petang.

    Ketika sedang melihat semula foto-foto yang diambil di pantai tadi, anak saudara saya yang bongsu, Auni datang mengganggu. Kamera bertukar tangan lalu bertambahlah koleksi gambar didalam kamera itu dengan gambarnya sendiri. saya tidak sangka kanak-kanak berusia  lingkungan 2, 3 tahun masa kini sudah pandai berselfie.

   Di sebelah petang kami kerumah kakak sepupu, kak Shima di kawasan perumahan yang berhampiran.  Kemudian ke rumah sepupu ibu yang juga tidak jauh dari rumah abang sepupu. Saya tidak tahu kenapa semua sepupu ini duduk berhampiran. adakah begitu seronok tinggal di Kuantan? Jika begitu saya pun mahu membeli rumah di sana dewasa kelak.

   Di sebelah malamnya pula abang sepupu telah belanja kami makan malam di restoran steamboat dan BBQ. Seperti biasa, saya yang sememangnya kurang gemar steamboat hanya menikmati hidangan BBQ terutama sekali daging lembu kegemaran saya.

    Keesokan paginya kami ke pasar tani di hadapan UTC Kuantan. Tiada apa yang menarik di situ kerana ianya tidak jauh beza dengan pasar tani Teluk Intan di tempat saya. Setelah bersarapan kami bersiap untuk bertolak pulang ke Perak. Betapa sayunya wajah Auni dan Maisarah ketika kami mahu pulang. Auni menangis ketika saya melambai ke arahnya. makin seronok saya melambai. sememangnya saya suka membuli anak-anak saudara.

    Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Genting Sempah untuk membeli buah berangan. Kemudiannya ke Putrajaya untuk singgah sebentar di rumah ayah saudara merangkap adik kepada ibu. Setelah dijamu makan malam, kami meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di rumah pada jam 11.30 malam selepas menghantar atuk dan makcik di Tapah. Walaupun penat tapi seronok kerana dapat berjumpa dengan sanak saudara.

Wednesday 2 July 2014

CINTA EGOIS :: chapter 7

     Kereta Proton Inspira berwarna hitam itu meluncur laju di lebuh raya. Perjalanan yang menghala ke utara tanah air itu memakan masa dua jam setengah untuk keluar di exit tol Simpang Pulai. Tidak sampai sepuluh minit keluar dari tol, mereka tiba di rumah yang terletak di Bandar Seri Botani.

    “Mama, Kakak cuti dua minggu ni kita ada pergi mana-mana tak?” Tanya Ieqwa sewaktu mengangkat beg dari boot kereta. Puan Asma yang sedang membuka kunci rumah memandang Ieqwa.” Nak pergi ke mana? Kakak je yang cuti dua minggu. Abah dengan mama tetap kena kerja, mana ada cuti.” Jawab Puan Asma. Ieqwa memuncung, hampa. Terlupa pula dia yang cuti penggal di Universiti tidak selaras dengan cuti penggal persekolahan.

     Walaupun dia bercuti selama dua minggu, abah dan mamanya yang bekerja sebagai guru itu tetap perlu bekerja. Hasratnya ingin pergi bercuti tidak kesampaian. Nampaknya cuti dua minggu ini hanya akan dihabiskan di rumah sahajalah. Secara tidak langsung akan menyumbang kepada bil eletrik yang melambung tinggi.

     Mana tidaknya, pasti dia akan mengisi masa selama  dua minggu ini dengan menonton televisyen. Bosan menonton televisyen, dia berkalih menghadap laptop. Radio di biliknya pula wajib berkumandang sentiasa sepanjang dia berada di rumah. Penghawa dingin sudah tentulah dua puluh empat jam terpasang. Kata abahnya,jika dia tidak pulang bercuti dalam sebulan, bil bulanan mereka jimat dua kali ganda.

     Ieqwa merebahkan badan di atas katil. Dia bergolek-golek untuk melepaskan rindu di tilam empuk itu. Tidak berapa lama kemudian dia terlena sendiri.
     Kehadiran Ieqmal yang melompat-lompat di atas katilnya itu mengganggu lenanya. Ieqwa terpisat-pisat namun masih malas untuk bangun. Cadangnya dia mahu menyambung tidurnya yang terganggu itu. Tetapi tindakan Ieqmal yang melompat duduk di belakang badan Ieqwa membantutkan segalanya.

    “Arkk!” Ieqwa menjerit kesakitan. “Sakitlah budak kecik oi!” Ieqmal makin seronok menjadikan badan kakaknya sebagai ‘kuda’.
    “Hishh! Susahlah bela budak kecik ni, turunlah!” Separuh menjerit Ieqwa menyuruh adiknya turun.Ieqmal pula hanya ketawa keriangan.
    “Degil ye? Siap kau!” Ieqwa memberi amaran. Dia berpusing dan melenyek badan adiknya di tilam. Menjerit Ieqmal dibuatnya. Kedua-dua belah tangan adiknya dipegang lalu digigit perlahan. “Padan muka!” Ujar Ieqwa sebelum melarikan diri ke ruang tamu. Ieqmal turut mengejar kakaknya.

     Encik Zainal yang sedang menonton televisyen memandang anak-anaknya yang sedang berkejaran itu. Ieqwa terus duduk di sebelah abahnya. “Kenapa ni main lari-lari dalam rumah?” Encik Zainal bertanya pada Ieqwa yang tercungap-cungap.
    “Tak ada apa abah.Saja je.” Jawab Ieqwa sambil ketawa. “Abah bila balik?” Tanya Ieqwa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
    “Pukul enam petang tadi abah dah balik. Kakak yang tak perasan sebab lena sangat tidur.” Ujar Encik zainal sambil menyambut salam Ieqwa.
    “Petang? La…sekarang dah petang ke? Rasanya kakak tidur sekejap je tadi.”
    “Petang apanya? Sekarang dah malam la kakak oi! Tak nampak ke abah tengah tengok berita ni?” Encik Zainal menunjuk ke arah televisyen yang sedang menyiarkan Buletin Utama itu. Ieqwa memang begitu, kalau dapat tidur tak ingat dunia. Siang dan malam pun dah tidak boleh di beza.
    “Dah malam?”Membulat mata Ieqwa.Dia betul-betul rasa yang dia hanya tidur beberapa minit sahaja.Tidak sangka pula yang rupa-rupanya dia telah tidur hampir empat jam.Adiknya, Ieqmal mentertawakan dia.


     Deringan telefon di ruang tamu mengganggu tumpuan Ieqwa yang sedang menonton televisyen. Dia yang sedang berbaring di sofa itu tidak mengendahkan deringan telefon tersebut. Mama dan abahnya pula keluar bekerja. Siapa lagi yang mahu menjawab telefon? Adiknya yang sedang meniarap sambil membaca buku cerita itu dikuis-kuis dengan kaki.
    “Adik, pergi angkat telefon tu.” Dengan kuasa veto yang ada, Ieqwa memberikan arahan.
    “Okay!” Tanpa membantah Ieqmal menurut perintah. Segera dia berlari untuk menjawab telefon. Ieqwa tergelak kecil melihat telatah adiknya. Walaupun dia selalu membuli Ieqmal, namun si kecil itu sangat mendengar kata-katanya.
    “Opah!” Ieqmal menjerit keriangan apabila mendapat panggilan daripada opahnya. Ieqwa segera menoleh memandang Ieqmal. Pantas dia berlari dan mendapatkan gagang telefon daripada Ieqmal.
    “Hai opah!” Sapa Ieqwa. Ieqmal melompat-lompat untuk mendapatkan gagang telefon semula.
    “Assalamualaikum.” Suara opah kedengaran di hujung talian.
    “He he he. Waalaikumsalam. Opah sihat?” Tersipu-sipu Ieqwa kerana disindir.
    “Sihat Alhamdulillah. Tadi adik yang jawab telefon. Kenapa tiba-tiba boleh dengar suara kakak pula?”
    “Ooo…adik, dia…nak tengok tv, tu yang dia pass telefon kat kakak.” Bohong Ieqwa. Ieqmal pula menjerit-jerit mengatakan kakaknya penipu.
     Terdengar tawa opah di hujung talian. “Ye la tu kakak oi. Tak payah nak bede’ah! Macam le opah tak kenal kakak tu. Kecik-kecik dulu opah yang bela tau.”
     Ieqwa menahan tawa. Jari telunjuknya di letakkan di bibir, tanda menyuruh adiknya senyap. “Mana ada bede’ah opah. Kakak rindu kat opah la, sebab tu ambil telefon dari adik tadi. Opah tak nak cakap dengan kakak ke? Kalau tak nak tak pe la…kakak kasi balik telefon kat adik.” Ieqwa berpura-pura merajuk.
    “Eee..Ya Allah! Dah tua-tua bangka nak meghajuk. Getik aih!” Tutur opah dengan loghat Perak yang masih melekat walaupun telah lama berhijrah ke Pulau Pinang.
     Terburai tawa Ieqwa.
    “Kakak cuti lama ke?” Opah menukar tajuk perbualan.
    “Dua minggu je opah.” Jawab Ieqwa.
    “Uiihh! Lama tu. Mai la balik rumah opah.” Pelawa opah.
    “Balik rumah opah? Buat apa? Sama je dengan sini. Opah pun tinggal kat pekan. Kalau kampung ada sawah padi ke, sungai ke best la jugak.” Tutur Ieqwa jujur.
    “Bertuah punya budak. Rumah aku tak best katanya. Kalau aku tahu dah beso jadi ghupe ini, tak sio aku bela dari kecik dulu.” Tawa Ieqwa makin menjadi. Seronoknya dia dapat memain-mainkan opah. Memang hobi dia membuat orang sekeliling naik angin dengannya. Tapi tidak semua orang boleh dibuat main sebegini. Hanya orang tua yang sporting seperti opah dan ibu bapanya sahaja yang boleh. Kalau dengan orang lain pasti akan di’cop’ kurang ajar.
    “Ye la opah. Nanti kakak tanya mama dengan abah. Kalau dia orang izinkan, opah nak datang ambil kakak ke? Kakak tak nak naik bas.”
    “Suruh le abah kamu tu anto kan. Bukannya jauh sangat pun. Tak kuasa la opah nak datang ambil. Opah busy
    “Ala opah ni. Baik tak payah ajak kalau macam tu. Abah mana ada masa.”
    “Alah! Abah kamu tu pegawai PPD je. Bukannya Perdana Menteri yang sibuk memanjang. Tapi,kalau dah tak ada masa sangat, kakak naik je la bas. Kalau tak nak naik bas naik keretapi. Kalau tak nak keretapi naik kapal terbang. Apa susah? Kenderaan awam belambak zaman la ni. Zaman dulu ye la payah.” Panjang lebar opah menerangkan.
    “Opah tu pulak cikgu pencen. Busy apa ke bendanya?” Ieqwa memulangkan paku buah keras.
    “Apa ingat cikgu pencen tak busy ke? Opah kemas rumah, memasak, tanam bunga, mengajar tuisyen. Eh!Macam-macam lagi la opah kena buat. Lagi busy daripada abah kamu tu tau.” Bersungguh-sungguh opah cerita satu per satu.
    “Ye la opah. Kalau cakap dengan opah memang semua orang selalu kalah. Memang layak sangat la opah jadi juara debat masa kat universiti dulu.” Akhirnya Ieqwa mengalah. Malas mahu bertikam lidah dengan nenek sendiri.
    “Tahu tak pe.” Kata opah sambil ketawa.
    “Okay la opah. Nanti kakak tanya abah macam mana ye. Opah siap-siapkan je la  tempoyak kat rumah tu. Nanti kakak nak makan tempoyak ikan patin.” Opah tergelak kecil mendengar permintaan Ieqwa. Faham sangat dia dengan kegemaran Ieqwa yang satu itu.
     Mereka berbalas salam sebelum talian di matikan.


Tuesday 10 June 2014

southern trip

Ho yeah!

Memandangkan gua rindu rumah and mummy gua, maka kali ni gua nak buat entry family trip time mid sem break aritu. Plan asal nak pergi Singapore. Time gua cuti tu mummy gua banyak event kat sekolah. Khamis baru last sekolah so mean Jumaat tu dah start cuti la. Tapi sebab kebetulan our Sultan mangkat hari Rabu and Khamis tu isytiharkan cuti kat Perak, so Jumaat tu mummy gua still kerja la sebab event hari khamis tu postpone ke Jumaat.

But its okay because holiday still go on. Yuhuuu~ tapi tak dapat ke Singapore la. Sampai JB je. Petang Jumaat tu gerak, tidur kat Melaka dulu sebab dah tengah malam. Esoknya  kitorang sambung perjalanan ke JB. Sepatutnya lepas breakfast je dah boleh gerak, tapi memandangkan abang sulung gua tu terlebih ramah mesra plus mengada ngada. Ada ke patut dia pergi jumpa kawan lama dia kat Bandar Hilir. Abang gua tu dulu duduk Melaka so ramai la kawan dia kat sana. Dekat pukul 11 baru balik hotel balik. Gua rasa nak pijak je dia. Awal-awal pagi gua dah siap cantik cantik, sudahnya sememeh balik sebab golek golek kat atas katil je sambil tengok TV tunggu dia punya lama.

Then, kitorang sambung perjalanan ke JB. Kitorang ikut jalan lama sebab nak tengok kampung-kampung kat sana. Tapi jauhnya ya Rabbi. Dah lewat petang baru sampai JB. Sampai je JB kitorang terus check in hotel. Oh ya. Tapi sambil on the way nak ke JB tu kitorang banyak singgah, sebab tu lambat sikit sampai. Paling best singgah kat Ayer Hitam (betul ke spelling ni?) mummy gua belikan gua teddy bear besar! Muahaha! Mummy gua belikan tedy bear besar untuk kanak-kanak berusia 22 tahun. ngeh ngeh ngeh...thanks mummy!

aucakk! comey tak kami....

tengok mummy gua pelok bebear

kau sekor je dah penuh boot...

Malam tu kitorang pusing JB nak cari tempat makan. Okay, area pekan JB memang dah tak termasuk dalam senarai family kitorang untuk singgah makan dah. Sesaknya Ya Rabbi!!! Pusing sampai Danga Bay pun tak jumpa jugak. Okay, actually bukan tak jumpa tapi tak berkenan and tak sesuai untuk orang yang elergi laut memalam macam gua ni.

Punya la lama pusing-pusing sudahnya beli dinner kat KFC drive thru je. Muahahaha! setakat KFC baik dok hotel je call delivery. 

Esoknya dah Ahad. Sepatutnya gua kena balik UiTM dah. Memula cadang nak  balik sendiri dari JB tu. Kebetulan dari hotel tu nak ke terminal JB tu dekat je. Tapi abang gua kata nak hantar sampai Penang. Mmm..its sound gila jugak la sebab dari JB nak ke Melaka pun dah 5 jam. Dari Melaka nak ke Penang pulak dah 8 jam. Masalahnya pukul 4.30 petang tu kitorang ada kat Melaka lagi singgah Muzium Melaka. Muahahaha! Family gua memang suka pergi Muzium. pastu naik A Famosa tu then singgah makan ikan bakar dulu. 9 malam kitorang baru gerak dari Melaka hokay!


#sukatiakulanakselfie

we are F4!! kukikukikuki~~


Sudahnya kitorang singgah rumah dulu. Pukul 3.30 pagi baru sampai rumah. Gua terus mandi and bersiap full attire untuk kelas hari Isnin la katakan. Tapi abang gua sempat lagi tidur. Ish ish ish....gua tau lu penat bro, tapi gua ada kelas pukul 8 ni der! Kelas Miss Rafidah pulak tu!

Akhirnya gua tak pergi pun kelas miss Rafidah tu sebab sampai kampus dah 8.30. Dia bukannya bagi student masuk kelas kalau datang lewat dari dia. baik gua golek golek jap atas katil, betul-betulkan urat yang dah bersimpul sebab dok dalam kereta lama sangat sambil nak tunggu next kelas pukul 11.


Itu je la...daaaa!

Friday 23 May 2014

segmen: cari followers Mei




Assalamualaikum







setelah sekian lama tak join segmen, kali ni gua merajinkan diri menaip. Sebenarnya gua tengah dalam rehearsal majlis penutupan KASIH a.k.a Karnival Seni Islam Harmoni. Gua as a one of biro protokol. Kan gua dah cakap tadi gua bukan 3c's student. 

    Back to the main purpose gua buat entry kedua untuk harini, gua just nak melengkapkan syarat untuk join Segmen Cari Followers by Suriana Abd Kadir ni. Congrates to beliau sebab segmen beliau yang dapat sambutan ramai.

  Semoga gua tersenarai dalam bloglist beliau and beliau dapat menyajikan entry yang menarik. and jangan lupa jenguk jenguk blog gua jugak lepas ni. hehehe..

Tu je, semoga terus maju jaya.


                   #GuarasaguakenabuatsegmentorGAjugakkotlepasni.

Opkim jalinan Kasih Skuad MDAB

FYI, I'm not a 3c's student. Class, college and cafe. Because sometime I go to library, or LS (laman siswa, a place for students do revision), also PI (pusat Islam).......and weekend I'm not just sleeping or relax by watching running man all the time from Friday until Sunday midnight. But I will fulfil my time with join university, faculty or club activities. If not, I will hangout with house-mates.......at room only. Save cost!

    Okay, now I will proceed with my main point. Gua pun tak tahu kenapa tetiba gua nak kena buat intro bangga diri ni. My main point in this entry is...just nak cerita pasal kita punya program minggu lepas. hikhikhik (gelak sambil sentuh bibir)

   Haritu kan.....kita pergi Opkim Jalinan Kasih kat Kg. Perak Batu Kurau anjuran Kelab Skuad MDAB. Ya, kelab kita la tuew~ a.k.a Kelab anak dara gojes. muahahaha!

   Opkim ni 3 hari, gua and rombongan bas UiTM bertolak pukul 3.30 and sampai kat sana around 5.30 gitu. Dekat je....Sampai je sana, dari atas bas lagi dah nampak ramai mak-mak and ayah-ayah tunggu ketibaan bakal anak-anak diorang. Actually, Opkim kali ni kitorang buat sekali dengan anak angkat, senang.....jimat kos untuk penginapan. ngeh ngeh ngeh....
we are here!

selfie dulu deh..

    Lepas majlis perasmian and bahagikan anak angkat, terus pulang kat rumah family angkat masing-masing. Setiap family ambil 2 orang anak angkat. Gua and Dayah. malam tu aktiviti bebas la dengan family angkat masing-masing. Ada yang pergi Safari night Zoo Taiping, ada yang pergi pekan Simpang makan McD and ada jugak yang spend time dengan mak angkat sambil berzikir. (gua la tu)

   Esok paginya pulak ada senamrobik dengan penduduk kg, lepas tu ada sesi LDK dengan murid darjah 6 SK Kg Perak sampai pukul 4. Then balik rumah masing-masing. Sepatutnya pukul 5.30 ada gotong royong dekat masjid, tapi kami dengan lupa dirinya menyalahgunakan motor yang dipinjamkan oleh mak bapak angkat dengan membawa berkonvoi dari kampung ke kampung. Rasa macam YB pulak.

we are adopted sibling

makcik makcik senamrobik ni lagi gojes dari gua

LDK

ceramah PU Shahol


   Gua dah tak tahu macam mana nak describe feeling masa tu. Sangat awesome! Best! and......feeling pretty.....apekejadahnyepuntah! Tapi memang best. Kitorang 6 buah motor berkonvoi dari Kg perak pergi ke kg Sempenyeh, patah balik lepas tu pergi Kg.Lalang apa tah lupa namanya. View kat Kg sempeneh tu cantik sangat sangat sangat!! Ada sungai, bukit, gua.....ronda pulak petang-petang sambil gerimis manja. Feeling feeling kat oversea uolls!

    Malam tu ada ceramah PU Shahol kat masjid sempena Israk Mikraj and hari ibu. Then, esoknya pulak a.k.a last day, kitorang breakfast kat rumah pengusaha herba Misai Kucing. Dia belanja. Kitorang pun makan lepak sambil borak-borak jap sambil bergambar berselfie makan lagi dan seterusnya ke tandas kemudian baru blah dari situ. next destination is pergi sungai and kaki bukit. What can I say is...BEST!

ni la performance yang ke laut tu

ke.........laut........

yeay! abes dah...

snap with mak we ols! sopan tak gua?


    Around 12 pm baru start majlis penutup. Kitorang ada buat performance tapi ke laut so malas nak cite panjang pasal tu. Lunch dengan family angkat for the last time before kitorang balik ke UiTM. Tamatlah sudah Opkim semester ni. Tunggu next semester pulak. Bubye!