Thursday 28 February 2013

MDS UITM PULAU PINANG

hallluuu~

waduh waduh!rindu banget gue sama belog gue...ngeh ngeh ngeh....kok tiba tiba gue speaking indon sih?okey,back to normal...........harini buat pertama kalinya aku meng'update' blog dengan status sebagai mahasiswi....(poyo je)sepanjang 6 hari kat uitm ni alhamdulillah semuanya baik,seronok dan menggembirakan.23 haribulan aku daftar masuk.Daripada tarikh tersebut sampai 27 berlangsungnya Minggu Destini Siswa(MDS).MDS ni kiranya orientasi la untuk pelajar yang baru berdaftar.Sepanjang MDS ni kami dipimpin oleh Pemimpin Mahasiswa(PM) yang juga terdiri daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswa yang lebih senior.
      Sumpah cakap MDS ni seronok.PM semuanya baik,cantik and kacak..oops!hehe....Penang pun best.tak sangka aku dapat jugak masuk uitm penang.Masa form 5 dulu aku berazam nak masuk sini.alhamdulillah dapat jugak akhirnya....UITM dihatiku~
     aku tinggal kat kolej Delima.Serius cakap kolej Delima ni merupakan kolej yang tercantik antara kolej kolej uitm yang lain even shah alam sekalipun.heeeeee~kolej Delima ni ada 10 tingkat and aku tinggal di tingkat 9.Dalam 1 rumah ada 2 bilik and dalam setiap bilik ada 4 orang.Memang selesa tinggal kat sini.Bilik air ada 2.Katil and meja studi seorang satu.Senang cakap semuanya lengkap la.
        Pelajar yang sama kemasukan dengan aku kat penang ni cuma ada 36 orang je.semua lecturer and senior kata kami pelajar baru yang paling sikit membuat pendaftaran.Biasanya pelajar yang mendaftar untuk program ijazah ada beratus ratus.kalau diploma pula beribu ribu.Kami special sikit sebab tu sikit.hehe...
         Tapi yang paling menyedihkan,cuma ada 2 orang je pelajar yang ambil kos Pengurusan Hotel Dan Pelancongan!Aku and Sue(kawan baru).Tak sangka pula makin tinggi aku belajar makin sikit classmate aku..Haha!Lecturer kata kalau selepas 2 3 minggu nanti tak ada pertambahan pelajr,kemungkinan besar kami akan ditukarkan ke kampus Dungun..OMG!!takmau takmau!!aku nak dok sini jer~tak mau g Terengganu.Harap harap ramai la yang akan masuk untuk sesi rayuan nanti..insyaallah~
      Tamat je MDS,aku and housemate terus je g carefour.Carefour dekat je,dekat belakang uitm je.Boleh pergi jalan kaki.Kami pergi jalan kaki sampai tersesat sesat la jugak walaupun dekat.huhu~Tapi tu semua dah jadi kenangan yang manis.^_^
               dari kiri..aku,sher,Sue and imah
              Ini abang abang PM and siswa baru.Dia orang ni gila pose!
                          Kita orang kumpulan Tiga and dapat nombor tiga.
           Dari kiri Sher,Sue,Mira and Imah...dia orang housemate aku.
                                       yang kiut miut tudung kuning tu namanya Hasnah..Comel kan?!

dah habis MDS baru nampak perangai sebenar abang abang PM..hehe
           Rasa sayu pulak bila tengok gambar ni...hurmm....MDS dah tamat.
     
               Lepas ni aku kena setting balik niat aku masuk ke UITM ni iaitu untuk dapatkan degree dengan cemerlang and dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang aku niLakukan segalanya kerana Allah,Insyaallah segalanya akan dipermudahkan......No COUPLE or LOVER okey!!!
                             Itu je,nak tido ni bubye!^_^

No comments:

Post a Comment