Thursday 26 February 2015

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

Sunday 22 February 2015

Praktikal @ Teluk Batik Resort.

Cuti semester kali ni sama macam tahun lepas jugak, gua kena buat latihan industry selama 6 minggu. Yakni bermaksud selama gua cuti semester tu la. Kalau tahun lepas sebulan sebelum praktikal pun gua dah update, kali ni lagi sehari nak tamat latihan baru gua update. Sebab gua yakin, takde orang yang penasaran pun nak tahu pasal aktiviti harian gua. Huahuahua~ (gelak ke teghiak?)

Kali ni gua praktikal dekat Teluk Batik resort. Senang sikit, still dalam Perak. Kalau time off day pun gua boleh balik rumah. Nasib baik mama gua mulia hati nak bagi pakai kereta. Senang gua nak merayap balik bila gua rasa rindu dekat tiang rumah gua.

Untuk 3 minggu yang pertama gua masuk department housekeeping. Gua redha je sebab gua memang memiliki ciri ciri isteri solehah yang pandai mengemas rumah. Best tau jadi housekeeping ni, boleh main dengan habuk. Kalau lepas guest check out tu pi la selongkar peti ais. Untung-untung ada guest tinggalkan semangkuk aiskrim. Takpun sate ikan sekampit.

Nak lagi best time takde guest check in/out, housekeeping takde keja nak buat, bukak la mana mana bilik yang agak-agak best. Lepak dalam tu sambil tengok TV cite Sehangat Asmara. Jangan kata gua makan gaji buta sebab gua buat keja tak dapat gaji pun. Kekekee..

Then, 3 minggu seterusnya tiba-tiba gua kena tukar department. Apahal?! Gua dah cukup bahagia jadi housekeeping. Apahal campak gua masuk front office? Adakah muka gua ayu sangat sampai layak duduk kat kaunter receptionist tu??? Atau suara gua tersangat lunak untuk jawap telefon??Ya! Yang ayu tu betul. Tapi gua rasa tak rela duduk kat front office. Sebab dekat front office gua kena hadap macam macam kerenah manusia. Contohnya masa CNY, time tu memang peak giler sampai jem kat Teluk Batik. Call in pulak beratus ratus jangan cakap la. Yang gua tak paham tu dah nak berak baru nak gali lubang. Apasal tak buat reservation awal-awal??? Ini tak..

“Dik, ada bilik kosong lagi tak untuk malam ni?”
“Maaf cik, kami full house minggu ni.”
“Apartment pun takde ke?”
"Semua hotel dan apartment kami dah penuh cik.”
“Takde bilik spare ke?”

Dalam hati gua…Wak lu! Lu ingat lu sape gua nak tinggalkan bilik spare untuk lu. Memang gua tahu lu nak telepon time time busy cenggini pooonnnn….!
Lagi satu, time nak check in. Masa guest buat reservation lagi kami dah inform yang time check in pukul 3. Yang lu datang pukul 12 tu kejadahnya?? Lepas tu nak marah marah gua. Gua rasa nak maki lu balik je makcik.

“Dik, akak ni dari pukul 12 lagi dah sampai tau. Sekarang dah pukul 1, tak boleh check in lagi ke?”
“Maaf cik, masa check in memang pukul 3. Lagi pun bilik cik tak siap kemas lagi jadi kami tak dapat nak bagi cik check in sekarang.”


****Sejam kemudian.****


“Ha! Dah siap tak bilik akak?”
“Maaf cik, bilik cik tak siap lagi.”
“Tadi kata pukul 3, takkan tak siap lagi kot! You all buat apa lembab sangat!”

Dalam hati gua….lu yang lembab kak. Gua memang kata pukul 3 tapi lu sekarang ni tahu tengok jam ke idok?

Lagi satu yang gua menyampah bila ada guest yang bongkak takbur sangat dengan occupation dia. Contohnya….

“Cik, bilik yang saya duduk sekarang ni kabel dia dah nak terbakar. Bahaya tau nanti boleh black out. Saya ni engineer tau. Jadi saya tahu yang kabel tu memang dah bahaya. Kalau you all ada wayar pendek bagi saya, saya boleh buat. Saya ni engineer tau.

Dalam hati gua…Lu engineer ke brader? So what???! Perlu ke mention sampai dua kali??? Sebab lu engineer gua rasa bengang pulak dekat lu sebab crush gua budak engine jugak. Sekarang dah jadi engineer gamaknya. Jadi lu pergi balik bilik lu sekarang! Esok lusa je la gua panggilkan maintenance pergi repaire bilik lu!
Satu lagi situasi bila si bini bangga sangat dengan laki dia.

Gua :       Cik, ini beg remote astro dan air-cond. Tapi untuk remote ni kami akan kenakan                cajDeposit RM30. Waktu check out nanti kami akan pulangkan balik deposit cik.
Makcik :   Kena deposit bagai jugak ke? Tak payah la dik, takdenya kami nak curi. Lagipun                dia ni polis.
Gua:        @#$%^&*()!

So what?? Bapak gua askar mak gua tak bongkak pun. Lu ingat laki lu polis gua heran ke? Kalau laki lu menteri sekalipun tetap kena bayar jugak! Dasar makcik harapkan duit laki!

Kalau baca ayat gua memang macam gua biadap dengan guest. Tapi hakikatnya tidak begitu ye kawan kawan. Kerana gua sangat menitik beratkan budi bahasa sewaktu bekerja. Bila kena maki ke apa ke gua senyum je control ayu. Lagipun tak semua guest kerek macam ni. Guest yang aku cerita ni je yang poyo lebih. Yang lain semua okay. Lagi best bila ada guest foreigner or chinese. Diorang semua peramah. Siap boleh bergurau macam dah kenal lama je.

Cuma bila jumpa dengan guest yang kejutan budaya ni payah la sikit. Kena banyak sabar sebab guest ni semuanya tak reti sabar. Diorang ingat bilik hotel tu memang diorang yang punya. Diorang lupa yang hotel ni jual bilik kat semua guest. Maksudnya kalau diorang check in hari ni tak bermaksud semalam takde orang check in kat bilik tu. So, kami nak kena tunggu guest check out dulu baru boleh housekeeping bilik.

Apa-apa pun aku enjoy sepanjang kat sini. Pagi-pagi boleh joging tepi pantai. Petang lepas habis kerja pulak pergi makan aiskrim tepi pantai. Best kan? hehe...

Ni last aku praktikal. Lepas ni masuk semester 5 pulak. That mean ada lagi setahun aku nak habiskan study.  Lepas habis study ni tak tahu pulak kemana arah tuju. Entah entah kerja dekat Teluk Batik Resort jugak. Hahaha!