Monday 10 February 2014

Guideline for new students UiTM Penang



Assalamualaikum. 

Wah! Rasa macam dah lama je tak update blog..padahal baru seminggu.
Okay, straight to the point je. Seperti tajuk yang tertera, entry kali ni aku nak bagi panduan sikit untuk bakal mahasiswa/siswi UiTM Penang. Almaklum la, hujung bulan ni diorang dah nak daftar sebagai pelajar baru kan? Teringat aku tahun lepas. Rindunyeerr~

Entry ni bukan terhad untuk bakal student UiTM Penang je, UiTM lain pun boleh.. tapi kebanyakan info yang aku nak bagi ni memang kat UiTM penang je kot.....mmm...



MDS
Okay firstly, barang-barang yang korang perlukan..macam biasa la, pakaian harian,alat mandi, alat tulis and semua yang korang rasa perlu la. Bantal memang perlu sebab kolej tak sediakan bantal. Untuk student yang akan lalui tempoh MDS (Mengubah Destini Siswa) kiranya macam orientasi la...bagi yang perempuan, korang perlu bawa kasut sarung, baju kurung, tudung putih, baju kurung putih (macam baju sekolah) and kain hitam. Baju putih and kain hitam ni korang perlu pakai time penutup MDS nanti. Kasut sarung, tudung putih and baju kurung pula untuk sepanjang tempoh MDS.
 Memang bunyinya macam skema, tapi bagi aku MDS ni best! haha! Kalau MDS diploma memang tak best sebab PM (Pembantu Mahasiswa/fasilitator) suka buli students baru. tapi untuk degree tak. Semua sporting. lagi best kalau abang abang PM tu hensem. Tapi untuk semester ni mungkin tak best kot abang PM korang sebab takde mr ZA. haha!

Tapi pengarah MDS korang best! Namanya Taufik. hehe..YDP MPP tuuuu...huhu...kalau tak aku pun mungkin salah seorang PM, tapi nak buat macam mana, aku praktikal pulak sem ni.

REGISTRATION COURSE AND VALIDATION
Lepas tamat MDS, biasanya tak sampai seminggu pun MDS ni..korang perlu alert dengan semua aktiviti or info tentang korang punya study. Kat U semua kena buat sendiri and semuanya guna online. Paling penting korang kena alert tentang tarikh untuk register course, tarikh validation course and banyak lagi la..tapi jangan risau,semua tu akan didedahkan lebih terperinci masa MDS.




KOLEJ
Yuran untuk kolej RM210 untuk satu semester. Sangat murah dan berbaloi sebab kolejnya cantik dan selesa!mmm....perempuan sahaja lah. Kolej lelaki tersangat lah buruk dan uzurnya. haha! Yuran kolej ni korang kena bayar melalui bank islam. Boleh bayar manual or autopay dekat mesin ATM. tapi resit nanti jangan buang sebab kena bagi dekat pejabat kolej sebagai bukti pembayaran.

YURAN BARANGAN ELETRIK
Okay, yang ni pulak maksundnya bayaran untuk setiap barang eletrik yang korang bawak. Terhad 3 barang je. Biasanya charger handphone, charger laptop and iron. Tapi macam aku biasanya bayar untuk 2 barang je sebab aku tak bawak iron, guna iron kawan je. hehe...by the way, satu barang RM10 je untuk tempoh 1 semester.

SAHSIAH RUPA DIRI (SRD)/ ETIKA PAKAIAN
Setiap hari isnin korang perlu pakai pakaian formal. Untuk perempuan baju kurung, jubah, dress or whatever la. Lelaki pula mesti pakai kemeja lengkap dengan tali leher. Hehe..tapi biasanya tak ramai yang ikut rule ni. Tapi aku bagitau awal awal la, kalau polis bantuan UiTM tu tahan korang nanti korang kena bayar saman RM50 untuk satu kesalahan. Paling penting, NO SELIPAR! One more, kad metrik kena pakai ye sapanjang dalam kampus. tapi kalau aku nampak korang pakai kad metrik pergi kafe aku gelakkan je.haha!

tu je la kot yang asas untuk pelajar baru. yang lain ada lagi la macam kuliah, kelab persatuan dan sebagainya.  Oh ye, dengan berbesar hatinya aku nak jemput korang join kelab SKUAD MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa). Kelab ni sangat suci murni dan diterajui oleh gadis gadis jelita seperti aku. Hekhek...

Akhir kata, selamat menjadi pelajar UiTM Penang and kalau jumpa aku sila la tegur sebab aku suka kalau orang tegur aku dulu..perasan femes plak..haha! Sekian dari aku, bubye!




4 comments:

  1. Salam.. Jom singgah sini http://ayuzulkifle.blogspot.com/ =)

    ReplyDelete
  2. hai ayu! thanks singgah sini ^^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hai, kalau pergi kelas pakai kasut tak bertutup boleh tk? Tq

    ReplyDelete