Tuesday 3 December 2013

POSITIVE THINKING

Alhamdulillah…

Today I’m officially 21!! !Yeay! Happy happy~
Syukur sebab masih hidup bahagia dan selesa hingga ke hari ini.Walaupun  kedatangan usia 21 ni diraikan dengan ‘kesihatan’ tubuh badan yang teramat sangat!Sangat amat!Ya ALLAH!Amat amat sangat!Haha..

Dalam 2 minggu kebelakangan ni rasanya hampir setiap hari ada je yang tegur pasal badan aku yang makin ehem ehem ni…excuse me..ehem ehem tu bukan refer kepada badan ala ala che ta ye,tapi ala ala enot.

Tapi bila difikirkan balik memang badan aku dah makin naik pun.Berat badan pun dah naik 6 kg daripada awal-awal masuk UiTM.Alasan yang dapat diberikan disini ialah semester 2 ni aku masuk kitchen.So asyik makan je……….walaupun kelas tu hanya seminggu sekali.Tak kisah la!Tolong la terima alasan aku ni!Tak tau dah nak cakap apa bila orang tegur pasal badan aku ni.

Sebab tu aku decide nak join kelab taekwondo budak diploma.Dulu masa sekolah aku memang aktif taekwondo (Walaupun selalu ponteng latihan).Tapi sejak form 6 dah stop sebab tak de kelab taekwondo kat sekolah tu.Berat aku memang naik mendadak jugak la sejak stop taekwondo.Naik 6 kg.Eh!apasal asyik naik 6 kg je berat aku ni..naiknya tak agak agak.Nak turunnya punya la payah.Sekilo pun jenuh!

Tapi sempena usia aku 21 tahun ni aku bukan nak berazam kuruskan badan ke apa ke..tapi aku nak buat eksperimen.kalau aku teruskan gaya hidup aku yang sekarang ni apakah yang bakal terjadi pada diri aku?Adakah mak aku berpeluang mendapat menantu bongsu dalam masa 10 tahun ni atau aku terpaksa ke London Weight Management dan seterusnya ke agensi mencari jodoh demi menunaikan hasrat sebagai seorang gadis yang ingin hidup berumahtangga.

Okey aku dah melalut nampaknya.

Tapi dalam situasi ni aku nak berfikiran positif.Jika orang tegur badan aku gemuk dan ada jugak mulut-mulut yang gatal tegur aku pendek (Kuang ajo!)…so formulanya di sini ialah :

            Gemuk + pendek = comel

Jadi kesimpulannya ialah saya seorang yang comel!hehe….Bukti formula di atas ialah doraemon.Doraemon tu kan gemuk and pendek.Tapi comel..Kalau anjing and kucing pun orang akan kata yang gemuk,fluffy,gebu and katek tu comel.Mana ada kucing yang kurus pastu kaki panjang orang kata comel..Kan?


Maka disini saya ingin berterima kasih kepada semua yang menegur saya ‘comel’ walaupun secara kiasan.hehehe….aku dah 21 la wei!So always think positive.Yeay!!Gambate!Omedeto tanjobi to myself~~~  ^^

gemuk ke??

Saturday 30 November 2013

Erti usia 21

Assalamualaikum.

    Hari ni dah 30 november 2013. Mean lagi 3 hari usia aku genap 21 tahun...Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih bila kenangkan umur aku yang makin meningkat.....

   Usia 21 bermaksud aku bukan lagi di bawah tanggungan keluarga walaupun pada hakikatnya masih lagi ditanggung sepenuhnya.

   Usia 21 bermaksud aku sudah cukup dewasa untuk hidup berdikari, tak lagi susahkan hati family.

   Usia 21 bermaksud aku tak lagi lalai dalam ibadah khususnya yang wajib.

   Usia 21 bermaksud aku tak lagi mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak solehah.

   Usia 21 bermaksud aku tak sepatutnya menambahkan lagi dosa yang ada,dan tak akan membiarkan arwah abah turut menanggung dosa aku.

Mungkin fikiran aku yang agak sempit sebab takut mengenangkan usia yang meningkat.Tapi itu la hakikatnya..aku terfikir jugak, adakah aku sempat menempuh usia 21 tahun atau Allah menjemput aku terlebih dahulu. Entah kenapa emosi aku sejak kebelakangan ni rasa sedih je..Asyik terkenangkan arwah abah and arwah adik.Rasa rindu sangat dekat mereka.Aku selalu harap arwah abah and adik akan muncul dalam mimpi aku setiap malam supaya dapat lepaskan rindu. Tapi setiap kali mimpikan mereka hati aku jadi makin sedih. Kenapa ya? Kadang-kadang aku terfikir adakah aku masih tak mampu terima hakikat yang mereka dah tak ada..........

  Usia 21 ni aku berazam untuk menjadi muslimah dalam erti kata sebenar iaitu yang mampu memelihara aurat serta ibadah dengan sempurna, menjadi anak yang solehah,yang tak pernah lupa mendoakan mak dan abah.Menjadi manusia yang lebih berdikari dan berdisiplin.Menjadi insan yang lebih matang dan rasional,sentiasa mendahulukan perkara yang wajib dan penting serta mengurangkan perkara-perkara lagha.

 Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.Bagi aku usia 21 sangat besar maknanya walaupun angkanya tak sebesar mana..

Semoga kita sama-sama mampu menjadi insan yang beriman dan sentiasa menuju ke arah kebaikan.Amin.

Thursday 21 November 2013

CINTA EGOIS :: Chapter 4

   

    “Esok Kanda ada kelas ke?”Ben yang sedang hendak menyuap nasi itu memandang Dania yang duduk di hadapannya.
    “Ada.Pagi je.Kenapa?”Jawab Ben sambil mengunyah nasi yang disuap tadi.
    “Ha!Boleh la Kanda temankan Nia and Mia pergi shopping esok!”Ujar Nia sambil tersenyum teruja memandang kembarnya,Mia.Tengku Hannis Dania dan Tengku Hanna Damia adalah sepasang kembar seiras yang juga merupakan adik kepada Ben.Hubungan mereka bertiga sangat akrab.
    “Ala….Kanda baru ingat nak main game je kat rumah lepas habis kelas esok.”Tutur Ben sambil mencapai gelas untuk diminum.
    “Hish!Tak best la Kanda ni…jom la temankan kita orang esok.Nia nak beli buku.Mia pun sama.”Dania menguis-nguis nasi di pinggannya dengan sudu.Mukanya sudah monyok seakan-akan merajuk.
     Ben memandang wajah adik bongsunya itu.Dania memang kuat merajuk.Sikapnya lebih keanak-anakkan berbanding Damia.Namun kedua-duanya sama sahaja manjanya.Lebih-lebih lagi dengan dia.
    “Okay la….”akhirnya Ben bersetuju.Bukan main lebar senyuman Dania dan Damia.


    “You guys can check kat i-learn. I dah post kan your assignment kat situ. Due  date to submit assignment is one day before mid-term break. Jangan lupa buat revision sekali  untuk quiz and test next week.Tolong jangan ambil remeh ye.Even you guys baru part one,jangan ingat you guys boleh enjoy or ber‘honey moon’ pulak ye.Kalau part  one ni pun you guys tak boleh score, part two, three and above conform akan  jadi lagi susah.Silap-silap ada yang kena tendang.So…belajarlah anda sebelum anda jadi kurang ajar.”
   
    Bergema kelas itu dengan gelak tawa pelajar.Encik Zamri yang merupakan pensyarah untuk subjek Law itu memang suka berjenaka.Mungkin dia tidak mahu terlalu serius kerana tidak mahu pelajar-pelajar rasa tertekan.Lebih-lebih lagi subjek Law itu sering dianggap susah oleh kebanyakan pelajar.
     Para pelajar membontoti Encik Zamri untuk keluar dari kelas itu.Kelas mereka untuk hari ini telah selesai.Sepatutnya mereka ada kelas Akaun dengan Puan Hayati,tetapi pensyarah muda itu telah membatalkannya kerana ada urusan lain.
     Ieqwa kelihatan tergesa-gesa untuk pulang.Liyana dan Sakinah berlari-lari anak mengejar Ieqwa yang seperti lipas kudung itu.Entah apa yang si Ieqwa tu kejarkan pun entah la,bukannya ada laki di rumah pun yang hendak cepat sangat.
   
    “Ieqwa!”Laung Sakinah.Ieqwa yang sedang menuruni anak tangga itu mendongak ke atas.“Apa?”
    “Tunggu la wei,kau nak kemana cepat-cepat ni?”
    “Aku nak balik la.Nak tidur ni,ngantuk.”
    “Ek eleh..ingatkan apa la yang nak rushing sangat.Tak payah balik la wei,keluar nak?Boring la duduk dalam bilik.Awal lagi ni,jom la keluar.”Pujuk sakinah sambil menggoyang-goyangkan tangan Ieqwa.
    “Iiiiishhh!!Mengarut la kau ni.Aku mengantuk la.Aku tak tidur tau malam tadi!”Separuh menjerit suara Ieqwa. Orang yang lalu lalang di situ memandang mereka.
    “Memang la malam tadi kau tak tidur sebab petang semalam kau dah puas tidur kan?!”Bidas Sakinah.Ieqwa mati akal untuk bersuara.Dia memandang Sakinah dengan wajah tidak puas hati.Eee…kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni!
    “Dah dah dah….tak payah nak buat muka mintak kaki tu kat sini.Kau tunggu sini,tunggu si Yana tu.Dia pergi toilet tadi.Entah apa yang dibuatnya kat jamban tu lama sangat pun entah la.Sembelit kot.Aku nak pergi ATM jap.Tunggu tau!Jangan balik pulak!”Pesan Sakinah sambil dia berjalan meninggalkan Ieqwa di tepi tangga itu.
    “Tahu lah!”Jawab Ieqwa seakan-akan marah.“Membebel macam mak nenek je la makcik ni……aku nak tidur tak dapat.kalau nak keluar,keluar je la.Buat apa ajak aku sekali?Macam la aku ni bodyguard kau orang.”
 
     Habis setiap kedai dilawati Dania dan Damia.Kononnya dari rumah tadi hendak membeli buku.Tapi apabila tiba di situ kedai pakaian dan kasut yang menjadi tumpuan mereka.Ben dari tadi menjadi pengikut setia.Apa sahaja yang hendak mereka beli diturutinya.Dia memang jenis yang tidak berkira dengan adik-adiknya.
    “Bukan ke semalam Nia and Mia kata nak beli buku?Dari tadi Kanda tengok beli baju je…Mana bukunya?”Sindir Ben.Dania yang sedang membelek baju itu tersengih manja.“Lepas ni kita pergi la beli buku.Kita kan tak lalu kedai buku lagi….dah lalu nanti singgah la.”Lambat-lambat Dania menghabiskan ayat.
    “Ha’ah la Kanda.Mmm…Kanda pun beli baju sekali nak tak?Baju ni nampak sesuai sangat dengan Kanda.Mesti handsome kalau Kanda pakai baju ni!”
    “Eleh..nak bodek la tu.Kanda kalau pakai apa-apa pun tetap handsome la.Tak pakai baju lagi handsome.”Ben menjentik dahi Damia.
    “Auchh!Sakit la…..”
    “Padan muka!Dah la,jom pergi kedai buku.Lepas tu boleh makan,Kanda dah lapar ni.Lepas tu kita balik ye.Bonda pesan balik sebelum maghrib kan tadi.”


     Restoran makanan segera KFC menjadi pilihan tiga beradik itu menjamu selera.Ben beratur untuk membuat pesanan manakala Dania dan Damia pula menunggu di meja kosong yang tersedia.Selepas membuat bayaran,Ben mengangkat dulang untuk dibawa ke meja.Sewaktu berpusing,dia terlanggar seseorang.
    “Adoi!!”Jerit orang yang dilanggarnya.Akibat kurang kestabilan,habis air yang dipesannya tadi tumpah ke lantai.Nasib baik snack plate dan dua ketul burger tidak turut jatuh ke lantai.
    “Sorry cik saya tak sengaja.”Ucap Ben dengan penuh rasa bersalah.Gadis yang dilanggarnya itu sedang tunduk mengelap bajunya yang basah.Sebaik sahaja dia mendongak…
    “Kau!”Serentak mereka bersuara.Masing-masing dengan mata terbeliak bagai mahu menelan orang.
    “Kau memang sengaja kenakan aku kan?”Tengking Ieqwa.
    “Hah!”Ben melepaskan keluhan berat.“Kau yang main langgar je,nak salahkan
     orang lain pulak?”
    “Kau yang jalan tak pakai mata.Hei!kau jalan mata tu letak mana ha?Buta
     ye?Tak Nampak orang?”
    “Maaf la ye.Mata aku ni hanya nampak orang yang cantik je.Kalau perempuan hodoh memang susah nak nampak!”
     Ieqwa kehilangan kata-kata untuk membidas.Bengkaknya hati dia ketika itu.Sudahlah bajunya basah,dikata hodoh pula.Dia menggigit bibir sambil merenung tajam lelaki dihadapannya.
    “Hei poyoman,kau dah buat silap besar sebab cari pasal dengan aku.”Lemah sahaja Ieqwa bersuara….



Wednesday 6 November 2013

Malang atau cuai?

Assalamualaikum...

sambil berbaring malas kerana mengantuk dan kekenyangan aku taip entry ni..sebenarnya macam malas nak buat apa apa..tapi rasa macam malas pulak kalau tak buat apa apa..jadi apa yang aku harus buat sebenarnya?mmm...i have no idea..jadi aku putuskan untuk berblogging..yeay!!!saya suka saya suka!

Semester 2 ni aku banyak kelas praktikal.kalau nak diikutkan takde la banyak pon..ada 2 je..cuma kerana tempoh kelas yang terlalu lama (8 pagi - 2 petang ) aku rasa macam banyak la..

Hari isnin aku ada kelas serving.Waktu kelas serving ni kami kena buat mock restaurant la supaya dapat feel macam real je..So dalam mock restaurant ni kena la ada supervisor (SOD),waiter,runner and steward.

Supervisor tu supervisor la..takkan tak tahu kot?Waiter pun.....takkan tak tahu kot?Ala...yang tukang ambil order,serve guest kat meja tu...tu waiter la tu.Runner ni pulak kejanya tukang ambil makanan kat kitchen.Kiranya runner ni pembantu waiter la,waiter suruh ambil itu ini,diorang pun pegi la ambil.Best tau jadi runner,rasa macam tengah shooting Running Man....Sparta!haha!!

Okey maaf..pengaruh Running Man agak kuat merebak dalam diri,maka begini la jadinya..Berbalik pada mock restaurant aku tadi..the last one is steward.Steward ni bukan adik beradik Kristen Steward atau Martha Stewart ye..tapi si pencuci pinggan kat hotel atau restoran..nama glamournya steward la.Takkan nak panggil budak pencuci pinggan je kot.Nama jawatan tu kena la seiring dengan harga sepinggan salad.Eh!apa yang aku lalutkan ni...?

Okey,setakat ni semua tu aku dah pernah jadi dah..SOD,waitress,runner and steward....and setakat ini juga dah 2 kali aku pecahkan pinggan!!!yeay!!Tahniah....!Orang lain tak berani buat aku je yang buat!huuuuuuuuu....

Pertama masa aku jadi runner.Waktu tu dah nak abis klas dah..nak simpan balik semua pinggan.Sambil aku tatang pinggan tu bagai minyak yang penuh..entah macam mana dia jatuh.Mungkin sengaja nak bagi aku glamour kot sebab kejadian tersebut berlaku kat lobby hotel UiTM yang dipenuhi dengan pelajar sem 1 yang tengah ada klas Front Office (FO) and pekerja pekerja hotel tu la.Dah la Lantai Lobby tu mosaic,can u imagine macam mana bunyinya kalau 7 8 biji pinggan kaca jatuh ke atas lantai mosaic???Kalah bunyi bunga api time deepavali!Kalau tak percaya try la kat rumah.

Second time waktu aku jadi steward.Oleh kerana hubungan aku dengan mesin memang agak tak baik..maka mesin pencuci pinggan tu pun boikot aku.habis satu rack pinggan jatuh!Kecangg!!Sedap sangat bunyinya.Macam bunyi duit siling dalam tabung burger kita..hewhewhew~~
Kan aku dah cakap aku tak percaya kat mesin!!!!

Okey,settle kelas serving..Kita pergi ke kelas kitchen pulak.Kelas kitchen kami hari khamis.Waktu kelas kitchen ni kami main masak masak..Yeay!!Aku paling tak suka memasak!! (sigh)
Setakat ni jugak dah 2 kali aku terpotong jari!yuhuuuu~Bravo bravo!!Orang lain tak berani potong jari sendiri aku je yang buat!!

Hubungan aku dengan bab bab dapur ni memang tak baik.Lebih lebih lagi minyak.Aku tak suka main goreng goreng sebab aku tak suka minyak and minyak tu pun tak suka aku.Sebab tu dia suka percik percik kat aku..grrrrrrrr!!!!

Tapi lecturer aku selalu pesan.Try to love what you are doing now because it will be your future career.Emm..lecturer mana yang cakap tu ek?entah le..eh silap!Tu mak aku yang pesan!hehe...jadi aku edang cuba untuk suka bidang yang aku ceburi ni..Kata nak pakai kereta mini cooper,kena la blaja rerajin kan?!hihiii

ni masa aku jadi SOD..so diorang ni staff aku la

ni waktu first klass kitorang..sebab tu eksited kemain nak bergambar

ni pon first klass untuk kitchen..sebelum g klass snap pic dulu ^^




okey itu je..bubye!!!

Tuesday 8 October 2013

How to communicate with others?

  Assalamualaikum.

Lately,aku baru perasan something dalam diri aku yang agak kurang enak perasaannya.Apa itu?
Kalau nak diikutkan,benda ni takde lah teruk sangat sampai tahap kronik atau menjejaskan maruah diri.Cuma sedikit rasa keyakinan diri terjejas dan akan menimbulkan tanggapan negatif orang lain terhadap diri aku.

Dari aku form 1 lagi,kawan aku,Azah kata aku ni sombong.Siap kena pulau lagi (Kesian aku...).Masa form 2 aku pindah sekolah (bukan sebab kena pulau ye....),kawan kat sekolah baru,Yana pun kata aku sombong.Masa form 5,my friend Bieyla transfer kat sekolah aku.Dia duk kat meja sebelah aku.Lepas kami jadi kawan rapat dia bagitau yang aku ni tersangatlah sombong masa awal awal kenal.

Ada mamat mamat sewel kat fb pun kata aku ni sombong,berlagak,poyo and segala macam jenis sifat mazmumah yang sama waktu dengannya la kat aku.Semuanya gara-gara aku tak balas diorang punya hai and salam perkenalan yang menjurus ke arah lagha tu.(Maaf kerana bajet bagus sikit)

Masa register and dalam tempoh MDS kat UiTM ni pun kawan kawan aku kata aku ni sombong giler.Siap ingat aku ni umur 26 tahun lagi sebab nampak macam berlagak giler.Kurang ajer sungguh kalian!!Haha...Aku pun rasa hairan jugak la.Betul ke aku ni sombong?Atau aku ni kedekut senyum?Kedekut duit tu aku mengaku la.Tapi kalau kedekut senyum tu tak pasti la pulak....

Kalau nak katakan diri ini seorang yang pendiam....rasa geeeeliiii pulak nak mengaku.Orang yang kenal rapat dengan aku pun mungkin akan muntah kuning kalau baca statement palsu aku ni.

Nak katakan pemalu,ada la sikit......(Sila sediakan baldi di sisi anda).My mom pun pernah kata yang aku ni pemalu tak bertempat orangnya.hikhikhik...rasa macam gadis melayu terakhir sangat!

Kesimpulannya,aku ni cuma tak pandai nak berkomunikasi je.Bukanlah bodoh sangat...cuma tak pandai sikit je......hekhekhek...ditambah pulak dengan sifat pemalu sedikit.Maka dua gabungan ini akan menghasilkan satu perasaan yang dipanggil malu-malu miow...ngeeee~

So,kepada semua kenalan,rakan rakan,guru guru,lecturer lecturer,sedare mare and semua jenis hubungan yang wujud lagi dalam muka bumi ni.....jika anda lihat saya membuat bodoh,mempamerkan wajah yang tiada perasaan mahupun cuba menyorok di belakang badan mummy atau abang saya,silalah datang menegur saya tanpa rasa ragu ragu.Kerana peratus untuk saya menegur anda terlebih dahulu sangat lah rendah atau mungkin negatif!

Namun jangan risau,saya seorang yang tak lokek dengan senyuman.Apa gunanya Allah kurniakan saya lesung pipit jika tidak dipersembahkan kepada umum.........walaupun lesung pipit saya telah dikaburi oleh jerawat...(*&^%#@)

Akhir kata,aku pun tak tahu apa yang aku melalut kat sini.kalau ada iktibar silalah ambil dan manfaatkan dalam kehidupan anda.Kalau takde...cari je la isi tersurat dan tersirat dalam entry ni ,kemudian buat ringkasan dan submit.Hahaha!

Mungkin dek kerana otak ni terlalu tepu dengan tekanan,maka entry yang dihasilkan sebegini rupa jadinya.




..............................................






......................................................................







......................................................










......???










ARGGHHH!!!!STRESSSSSSS!!!!!!!CEPAT LA CUTI!!!


Saturday 5 October 2013

LEADER WANNABE??

Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri.Ada yang pandai matematik,ada yang pandai sains,ada yang cantik,pandai memasak,pandai akademik,pandai putar belit and macam-macam jenis pandai lagi la!Itu memang lumrah hidup.Tak ada yang sempurna and tak ada yang terlalu kekurangan.Allah tu kan maha adil.

   Begitu juga dalam kepimpinan.Setengah orang ni memang dikurniakan bakat untuk memimpin atau menjadi leader.Setengah lagi ni tak.Kalau semua jadi pemimpin siapa yang nak dipimpin??

    Kalau macam aku memang langsung tak ada ciri ciri seorang pemimpin.Itu aku sendiri akui.Tak payah orang lain nak bagitahu.Aku sendiri pun tak berminat nak menjadi pemimpin atau berada dalam barisan tertinggi kepimpinan.Mungkin aku ni jenis yang simple minded.Tak bercita cita tinggi.Prinsip aku senang je.Asalkan aku dapat buat perkara yang aku suka,berada di sekeliling orang yang aku sayang and orang sekeliling pun selesa (dan sayang aku) sudah lah.

    Aku ni bukanlah orang yang suka buat perkara yang di luar tabii atau batasan sebagai seorang perempuan.Benda yang aku suka buat pun benda yang simple simple je.Contoh macam yang aku buat sekarang ni la.Tulis blog,tulis novel,melancong,karaoke,lepak kat laut atau sungai (waktu siang je...),menikmati keindahan alam,tengok drama,tengok running man,baca novel and banyak lagi la benda yang terlalu mudah yang aku suka buat!Simple kan??

    Nak jadi leader..........................memang bukan gaya aku.Bukan bermaksud aku suka jadi kuli,cuma aku tak pandai nak memimpin.Mungkin aku mampu tapi agak makan masa untuk jadi pemimpin yang berdedikasi.Salah satu sikap buruk aku ni la,tak suka pegang tanggungjawab.


    Tapi aku akan belajar dari kesilapan.Cuba baiki kekurangan diri,tambahkan keyakinan dan mantapkan pengetahuan!Insyaallah aku pun boleh!!(^_^)

    aku pun tak tahu apa relevannya binatang ni dengan topik entry aku.Tapi disebabkan haiwan berbulu ni terlalu menarik, aku tayang la dia kat sini.Kucing ni kacukan siam sebab tu comel.Tapi biasalah lumrah hidup...yang cantik atau comel memang sombong!!!sama la macam aku..eh?hahaha!

Tuesday 1 October 2013

Colours of my life


         Bayangkan jika dunia ni tiada warna.Bosankan??Tak colourfull and tak ceria......Sedar tak yang warna ni sangat memberi impak dalam hidup kita.Normally mestilah impak yang positif.Hidup lebih bahagia dan ceria dengan warna.Sama la macam astro warna!Rancangan kat astro warna semuanya yang buat kita gelak sambil menangis kan??Mmm..bunyi macam gila la pulak..okey whatever...!

         Setelah siap introduction satu perenggan aku,disini biarlah aku terus kepada main point nya ye...Setelah dikaji kaji,terdapat beberapa warna yang sangat sangat rapat dengan aku..sampaikan kalau orang tengok warna ni orang akan teringatkan aku..ye ke??haha!Warna yang di tempat pertama ialah.......................jeng jeng jeng............................................................................!



Merah Jambu!

sila buat tak nampak je pada kotak dan recycle beg yang menjadi background tu.

ini hanya sebahagian barang aku yang warna pink.


       Okey yang seterusnya ialah..............................................................................


Hijau!!!


        Sebenarnya kaler hijau ni tak pernah tersenarai dalam kaler feveret aku pun..Cuma disebabkan katak,hidup aku penuh dengan warna hijau!Ini hanya daripada sebahagian koleksi katak aku.Ada lagi kipas katak,bekas cermin mata katak,eksesori katak dan beberapa katak hidup yang dibela di longkang belakang rumah.Okey,yang last tu aku menipu!

         Yang seterusnya ialah..........................................................................

??????


   Mmmm...macam tak layak masuk senarai je..Aku tak pernah suka kaler oren.Cuma kebetulan ada beberapa barang peribadi aku dalam bekas yang berwarna oren.And.....purse oren tu aku rembat kakak aku punya.Haha!malas nak keluar duit beli baru,baik ambil yang free je.Purse lama aku kaler pink.hihi~

    Ada banyak lagi la kaler lain seperti biru,merah and purple.Ni antara warna yang aku selalu pilih kalau nak beli barang.Selalunya aku beli barang mesti tengok warna barang tersebut.Bukannya harga atau brand.barulah hidup jadi ceria!!hihiii~





Tuesday 17 September 2013

Penang Trip

Assalamualaikum...

Tajuk entry macam tak boleh bla je..dah dekat setahun dok penang ,boleh pulak buat family trip kat penang..eh!apasal pula tak boleh kan??hokey!sebelum saya melalut lebih panjang,biarlah saya ceritakan point utamanya.hikhikhik

    masa cuti semester lepas,lepas raya haritu...family I bercuti ke Penang.Yeah!!!Aku suka pergi bercuti.Trip kali ni just 3 hari 2 malam.Pergi jumaat malam,petang ahad balik.tak boleh lama-lama sebab isnin dah sekolah.

    hampir separuh belanja trip kali ni disponsor oleh abang zainal merangkap abang sepupu aku.Dia yang nak belanja.Dia jugak yang ajak bercuti.Alang-alang dah kaya apa salahnya belanja sedara mara kan?!haha

    Masa nak pergi tu ada masalah sikit.tak de la masalah sangat.Aku je yang bermasalah.Pukul 8 malam still kat R&R sg perak.Hotel kitorang dekat belah pulau sana,Hotel Vistana.Masalahnya disini ialah nak menyeberang laut tu memalam buta adalah satu masalah yang sangat beasr bagi aku!!!!

    Kitorang pergi 3 buah kereta.Kereta aku,aku la yang drive.Aku ni dah la takut air waktu malam.Lebih-lebih lagi laut!Menyeberang jambatan Pulau Pinang tu waktu malam ibarat bunuh diri bagi aku.Seram sungguh!!!Ketaq lutut ceq!Kering darah!kaki rasa macam dah lumpuh dah....haishh!!gila sungguh...

   Alhamdulillah berjaya melepasi jambatan dengan selamat walaupun drive tutup mata.wakakaka!!teror gilak aku!

    Kitorang pergi bukit Bendera,Batu feringgi and........kemana lagi ek?pusing pusing satu Penang kot...aku pun dah lupa kemana je kitorang pergi.well....saya ni memang mudah lupa kenangan manis..ahakz!!

   Hokey la,malas nak taip...saya post gambar je la ye!!

anak abang zainal merangkap anak sedara aku..ilhan namanya..panggil iyan


aku suruh dia buat peace..tapi tak jadi

baru jadi!

iyan kata ni kapal lanun

excited tengok kapal lanun..haha!!


iyan nak tembak kakak???sampai hatii~~

curi spek kakak ye......

mummy and my sister!

Tokyo?Mascow?Sydney?Jakarta?



haha!mummy tak larat naik tangga!!

take a break!

orang tak ready dia dah snap!


my sister..she's 26!Berkenan?Pm me..haha!

Penang view from bukit bendera



itu je..papai!

Wednesday 4 September 2013

CINTA EGOIS:: Chapter 3


     Pon!Pon!Pon!Ben menekan hon keretanya berkali-kali.Ieqwa,Liyana dan Sakinah serentak menoleh.Mata mereka terpaku pada kereta Mitsubishi Lancer yang mengehon tadi.

     Mereka tertanya-tanya tujuan pemilik kereta tersebut membunyikan hon.Adakah mahu mengorat atau sekadar hendak menunjuk-nunjuk kereta?Mentang-mentanglah mereka hanya berjalan kaki.Cermin kereta yang gelap menyukarkan mereka melihat makhluk yang berada dalam kereta tersebut.

     Ben menurunkan cermin tingkap di sebelah pemandu.Dengan wajah yang angkuh dia mengarahkan agar ketiga-tiga gadis tersebut ketepi melalui isyarat tangan.Walaupun terbit rasa tidak puas hati,namun mereka terpaksa akur dengan arahan ‘bisu’ tersebut kerana malas mahu mencari masalah.Sedangkan jalan tersebut masih terbentang luas dan muat untuk dilalui lori kontena 24 tayar walaupun mereka tidak perlu ke tepi.

     Ben memberhentikan kereta apabila berselisihan dengan ketiga-tiga gadis tersebut.“Wahai makcik-makcik sekalian,lain kali jangan nak berlenggang kangkung di tengah jalan.Kalau nak praktis catwalk pun tolong jangan di sini ye.Menyusahkan orang je.”Tuturnya lembut tapi penuh sinis.Dia kemudiannya memecut kereta sambil diperhatikan sepasang renungan tajam.

    “Eee…poyo betul.Siapa mamat tu?Bukan lecturer kan?”Soal Liyana.Sakinah hanya mengangkat bahu sambil mencebik bibir.
    “Dah la,jom blah.Nanti lambat pulak.”Liyana menarik tangan Ieqwa.
    “Kita halang laluan dia ke tadi?”Ieqwa masih tidak berpuas hati.
    “Ala,biarlah dia.Kau anggap je dia tak pandai bawak kereta,habis cerita.”Sakinah hanya mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata Liyana.Ieqwa tidak berkata apa-apa.Namun wajahnya yang berkerut-kerut itu katara menunjukkan rasa tidak puas hatinya.


     Selepas habis kuliah,Ieqwa,Liyana dan Sakinah berjalan pulang ke kolej bersama.Sewaktu melalui kawasan parkir,Ieqwa terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya.“BEN 90.”Plat kereta itu dibaca perlahan.“Ini kereta mamat poyo pagi tadi kan?”Liyana dan Sakinah serentak memandang Ieqwa sebelum mengalihkan pandangan ke arah kereta yang dimaksudkan.

    “Entah la.Ye kot.Nampak macam sama je.”Ujar Sakinah tidak pasti.
    “Mmm…parking dekat tempat student.Maksudnya dia ni student la.”Kata Ieqwa seolah-olah bermonolog,namun jelas didengari dua sahabatnya.
    “Kalau student pun kenapa?Kau nak ngorat ke?”
    “Muka aku ni nampak macam desperate sangat ke?”Soal Ieqwa kembali dengan wajah yang tiada perasaan.
    “Ada la sikit.”Jawab Liyana selamba.
    “Eee…kau ni!Tak guna punya kawan!”Kaki Ieqwa mengacah untuk menyepak Liyana.
    “Ooooiii!!”Tidak semena-mena satu suara menegur dengan kasar.Mereka bertiga serentak memandang ke arah si empunya suara garau tersebut.
    “Kau buat apa dengan kereta aku ni?Nak sepak ye?Kalau calar ke remuk ke kau mampu ganti ke?!”
     Ieqwa memandang lelaki dihadapannya itu dengan wajah hairan.‘Mamat ni dah salah faham kot.’Desis hatinya.“Sorry la bro.Aku bukan nak sepak kereta kau ni.Aku nak sepak kawan aku.Itu pun bukannya nak sepak betul-betul,acah je.”Ieqwa cuba menerangkan situasi sebenar.Sakinah dan Liyana pula hanya menjadi pemerhati.
    “Eleh!Nak cover la tu.Ingat aku nak percaya?”Sindir lelaki tersebut.
    “Ek eleh mamat ni…”gumam Ieqwa.Matanya memandang lelaki dihadapannya itu dari atas ke bawah.“Lantak kau la nak percaya ke tak.Ada aku kisah?”Ieqwa menjeling dan terus berlalu tanpa pedulikan lelaki itu.Sakinah dan Liyana hanya menurut.
    “Woi!Nak pergi mana tu?Dah buat salah main blah macam tu je.Cikgu kat sekolah kau dulu ajar macam tu ke?”Ieqwa memberhentikan langkah.Dia melepaskan keluhan berat.Berdesing telinganya mendengar kata-kata lelaki itu.Dengan lagak ala-ala gangster dia berpusing dan perlahan-lahan melangkah ke arah lelaki tersebut.
    “Macam mana kau boleh tahu cikgu sekolah aku dulu ajar macam tu?Memang pun.Pandai kau teka.”Perlahan-lahan Ieqwa menghabiskan ayat.“Lagi satu kan,cikgu aku ajar…kalau jumpa orang biadap macam kau ni….patut buat macam ni je!”Tanpa teragak-agak Ieqwa menendang kereta lelaki itu.“Daripada aku tak buat,kau tuduh aku buat.So baik aku buat betul-betul je kan?”Ieqwa mempamerkan wajah selamba.

     Tergamam lelaki tersebut.Saat itu egonya rasa bagai dipijak-pijak.Minah ni memang nak kena!Tangannya sudah diangkat.Bersedia untuk menghayunkan penampar sulung kepada perempuan yang tak serupa perempuan baginya itu.

    “Ben!”Satu suara memanggil dari jauh.Penampar tidak jadi dihayunkan.Lelaki yang bernama Ben itu memandang ke arah suara yang memanggilnya tadi.Tercungap-cungap Eddy berlari untuk meleraikan keadaan.Dia yang sedang menapak untuk ke kereta ternampak Ben hampir-hampir menampar seorang perempuan.Mamat ni bukan boleh percaya.Kalau tak dihalang silap haribulan masuk ICU perempuan tersebut.

    Ieqwa mengambil peluang ini untuk melarikan diri.Sekuat hati dia berlari dengan langkah yang sebesar mungkin.Liyana dan Sakinah berpandangan sesama sendiri sebelum menuruti langkah Ieqwa.Gila ke nak tunggu kat situ!Silap-silap mereka pula yang kena penampar.

    “Woi!Kurang ajar punya perempuan…….”Ben hanya mampu memandang mereka yang sudah jauh melarikan diri.Pantas sungguh!Kalau masuk marathon conform top 3.Si perempuan yang menendang keretanya itu sudah tentulah juaranya.Ben menjeling Eddy yang sudah berada di sisinya.
    “Apasal?”Berkerut dahi eddy menyoal.
    “Sebab kau la perempuan tu lari.Kalau tak dia dah kena ajar dengan aku dah.”
    “kau gila ke nak tampar perempuan.Dia buat apa sampai kau nak tampar dia?”
    “Tu…”Panjang muncung Ben menunjukkan bekas tapak kasut Ieqwa di pintu keretanya.
    “Apasal tu?”Soal Eddy lagi yang masih tidak mengerti.
    “Apasal apanya lagi!Perempuan tu sepak la!Kali ini suara Ben mula meninggi.
    “Perempuan tu sepak?Apasal dia tiba-tiba sepak pulak?Kau cari pasal dengan dia
     ke?Kalau tak takkan dia tiba-tiba sepak kot.”Eddy seolah-olah tidak percaya.
    “Minah tu  psycho kot…hish!habis kotor kereta aku….”Ben mencangkung di sisi keretanya.
    “Ala..sikit je tu.Tak calar pun kan?Basuh nanti elok la.Takkan itu pun sampai
     nak tampar.”
    “Sikit apanya?Entah apa yang dipijaknya kat kasut dia tu.Taik ayam ke?Taik
     kucing ke?Mana kita tahu.Dah la kereta aku ni warna putih.”Ben masih tidak berpuas hati.

     Eddy ketawa.Cerewet sungguh sahabatnya itu.“Takde taik pun kan?Aku tengok  tu kesan tanah dengan pasir je.Kecoh je la kau ni.Tu pun nasib baik dia tak pakai heel. Kalau tak comform calar.”Eddy memandang Ben yang langsung tak berkutik.

    “Dah dah dah….jom balik!Kau pandang benda alah tu lama-lama pun bukannya
     boleh bersih.Balik nanti kau basuh la.”Eddy menekan alarm keretanya.Ben malas mahu bersuara.Mereka masuk ke kereta dan berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing.


    “Kanda!”Panggilan daripada Tengku Hanna Damia mematikan lamunan Ben tentang pergaduhan pertamanya dengan perempuan yang dibencinya itu..“Mia panggil Kanda ke?”Soal Ben.
    “Ye la.Banyak kali Mia panggil,Kanda tak dengar ke?”
    “Aaa…mmm..tak berapa nak dengar.Mia nak apa panggil Kanda?”
    “Bonda suruh turun makan.”
    “Oo..okay!Mia turun dulu.Nanti Kanda turun ye.”Tutur Ben lembut.


Monday 26 August 2013

CINTA EGOIS:: Chapter 2

    “Kinah!Kau kemana tadi?Bukan ke kau janji nak jumpa aku dekat kafe?”Soal Ieqwa berang.Sakinah,Zetty dan Liyana serentak memandang Ieqwa.
“Ieqwa,baju kau tu kenapa?”Soalan dijawab dengan soalan.Sakinah menunjuk kearah baju Ieqwa yang terdapat kesan teh tarik.Oleh kerana baju yang dipakainya berwarna putih,maka kesan teh tarik tersebut sangat jelas kelihatan.
    “Kau jangan tanya la pasal baju aku ni.Dah la sejak dari kafe tadi sampai ke sini semua orang usha aku semacam je.”
    “Apa hal wei?Kau buat hal lagi ke?”Soal Liyana.
    “Argghhhh!!!”Tiba-tiba sahaja Ieqwa menjerit.Tersedak Liyana yang sedang minum air.“Woi!Kau ni apasal?Kena sampuk ke apa?Tiba-tiba je menjerit.”Jerkah Zetty.
    “Aku bengang betul la.Mana je aku pergi mesti jumpa dengan tenuk tu.kalau aku jumpa je dia mesti ada masalah.Dia sengaja je cari pasal dengan aku.”
    “Tenuk?Siapa yang kau maksudkan ni?”Tanya Zetty hairan.
    “Ala…si poyoman yang hari tu la.”
    “Poyoman…..?”Zetty cuba mengingat orang yang dimaksudkan.
    “Alah,buffering la Zetty ni.Mamat lancer tu la.Ingat tak?”Sakinah pula cuba mengingatkan Zetty.
    “Tenuk..poyoman…mamat lancer?Owh,yang tu!Aku ingat dah.”Spontan Zetty memetik jari.
    “Slow la kau ni.Tu la,orang sekarang semua dah pakai 4G,kau still guna 3G.”Gurau Liyana.
    “Aku mana la ingat.Kau orang just cerita je pasal mamat tu kat aku.Macam mana rupanya pun aku tak tahu.Kau orang ye la ada tengok ‘drama live’ lagi.Kali ni drama apa pulak yang dia buat?”
    “Aksi.”Jawab Ieqwa ringkas.
    “Mesti aksi komedi lagi kan?Celah Sakinah dengan senyuman menyindir.

     Ieqwa membisu,tidak memberi sebarang respon.Matanya lurus memandang dinding.Wajahnya sugul dan tidak bermaya.Dalam hatinya ketika itu bergelodak bermacam jenis perasaan.Sakit hati!marah!Benci!Sedih!Malu!Dendam!Kenapa tidak ada satu pun perasaan yang baik?Sedangkan sebelum ini dia seorang yang pemaaf,sentiasa ceria dan tidak berdendam.Ya!Tidak berdendam.Tetapi pada saat ini otaknya sedang ligat memikirkan idea untuk membalas dendam.Siaplah kau kalau aku jumpa kau lagi!

    “Woi!Kau berangan ke?”Sergah Sakinah.Ieqwa mengurut dada kerana terkejut.
    “Ha,tu la…berangan lagi.Mesti kau tengah berangan sedang beraksi romantik dengan mamat tu kan?”Zetty sengaja mengusik.
    “Kepala hangguk mu!Aku tengah fikir macam mana nak balas dendam la.Dah dua kali dia buli aku.Kalau masuk kali ketiga memang mintak kaki la jawabnya.Dia ingat aku ni Bawang Putih ke suka-suka je dia nak buli.”
    “Ala,dia buli-buli manja je kot.Takkan la sampai berdendam?”
    “Buli-buli manja hangguk mu!”Sekali lagi Zetty di’hangguk’kan.“Itu buli selagi mahu namanya.Mamat tu kalau kau nak tahu,dia tu busuk hati sebenarnya.Hati dia tak tenang kalau tak dapat seksa hidup orang lain.Bukan setakat hati je yang busuk.Busuk perut,busuk mulut,busuk ketiak,semuanya busuklah!”
    “Sakinah dan Liyana hanya ketawa manakala Zetty pula sudah membuat muka.“Hambek kau Zetty.Dua kali kena hangguk dengan Ieqwa.Jangan sampai masuk kali ketiga sudah.”Ujar Liyana di hujung tawa.
    “Eleh!Ingat aku takut sangat ke dengan budak Ieqwa ni?Tak goyang la wei!Dia yang goyang dengan aku.”
    Serta-merta sebiji bantal melayang tepat ke muka Zetty.Nyaris terbaring Zetty yang sedang duduk bersila di atas katil.
    “Ha!Siapa yang goyang sekarang?Kau ke aku?”
    “Apa ni wei?Tak aci la main serang hendap!”Diambilnya bantal tersebut lalu dibaling semula ke arah Ieqwa.Namun Ieqwa lebih pantas mengelak.Zetty mengejar Ieqwa yang sudah lari keluar dari bilik.

    Sakinah dan Liyana hanya mampu menggelengkan kepala.Mereka sudah lali dengan situasi yang kurang matang seperti itu.

    “Umur masing-masing dah 21 tahun,tapi perangai still macam budak 12 tahun.”Rungut Liyana.

Sunday 4 August 2013

CINTA EGOIS :: Chapter 1

  
 Gedebuk!Bagaikan buah nangka,Ieqwa jatuh tertiarap di atas lantai.'Kurang ajar betul!Kaki siapa la yang bersepah tengah jalan ni?'Dalam hatinya tak henti-henti menyumpah seranah tuan punya kaki yang menghalang laluannya sekaligus menjadikan dirinya tumpuan awam ketika itu.'Glamour la aku lepas ni.'

     Dengan hidung yang kembang kempis menahan marah dia memalingkan kepala.Matanya melilau mencari pesalah.Ada dua orang suspek disitu tetapi hanya seorang sahaja yang disyakinya.Tak lain tak bukan....

    “Woi tenuk!Kau punya kaki ke ni?”Lantang suara Ieqwa bertanya kepada ‘tenuk’ yang dimaksudkan itu.Ben memandang sekeliling.Riak wajahnya langsung tiada tanda-tanda rasa bersalah.Sebaliknya wajah poyo yang dipamerkan.
    “Kau ada nampak tenuk ke kat sini?”Ben bertanya kepada Eddy yang duduk dihadapannya.“Aku tak nampak la pulak.Tapi kalau harimau jadian tu ada la aku nampak.”Eddy hanya ketawa mendengar kata-kata Ben.

     Harimau jadian?Kenapa aku terasa ye?Dia maksudkan aku ke?Ye la!Takkan makcik cleaner yang tengah mop lantai tu pulak kot.Bagaikan orang tak betul Ieqwa dibuatnya.Dia sendiri yang tanya,dia sendiri yang jawab.Nasib baik dia hanya bermonolog.Jika tidak mungkin orang lain akan sangka dia ada tekanan jiwa.
    “Wei,makcik!Seronok sangat ke dok berposing kat atas lantai tu?Mesti kau tengah bajet posing kat swimming pool sekarang kan?”
    “Huh!Makcik?”Ieqwa meniup rambutnya yang terjurai di muka.Kemudian dia bangun sambil menepuk-nepuk bajunya yang sedikit kotor.
    “Tadi kau kata aku harimau,sekarang kau kata aku makcik pulak?Kau ni dah kenapa?Sengaja nak cari pasal dengan aku.”
    “kau kata aku tenuk tadi boleh pulak?”Soal Ben kembali.
    “Ha!”Jerit Ieqwa sambil menepuk tangan.“maksudnya kau mengaku la yang kau ni tenuk?”Bulat mata Ben memandang Ieqwa.Bukan main sakit hatinya melihat Ieqwa yang sedang mengilai seperti hantu lampir.Dicapainya cawan teh tarik milik Eddy,lalu…..
    “Arghhhh!!!!”Serta merta ngilai hantu lampir bertukar menjadi jeritan polong.Bagaikan halilintar suara Ieqwa.Nyaris tidak terbelah dua bangunan kafeteria itu.Jika tidak pasti masuk surat khabar muka hadapan esok.

     Puas hati Ben melihat Ieqwa yang sudah bermandikan teh tarik di tempat awam itu.Eddy kelihatan serba salah.Tidak tahu harus berpihak kepada siapa.Dia kasihan melihat Ieqwa diperlakukan sebegitu.Sudahlah teh tarik miliknya pula yang menjadi mangsa.Padahal teh tarik itu baru diminumnya seteguk sahaja.Hampeh punya kawan.

     Ben tersengih seperti kerang busuk.Wajahnya cukup membuatkan sesiapa sahaja rasa menyampah memandangnya.Merah padam muka Ieqwa.Kali ini dia tidak dapat menahan marah.rasa marah itu harus dilepaskan agar tidak menjadi beban dirinya.Dengan sekuat hati kaki Ben disepaknya,kemudian telefon bimbit milik Ben yang berada di atas meja dicampaknya ke lantai.

    “NO!!!!!”Hanya itu yang terpacul dari mulut Ben dengan tindakan drastik Ieqwa.Sepantas kilat Ieqwa melarikan diri dari tempat kejadian.“Oh my iphone……”sayu wajah Ben memandang telefon bimbit yang sudah retak skrinnya itu.Eddy pula sudah ketawa terbahak-bahak sambil menampar-nampar meja.
    “Woi!Apasal kau ketawa?Aku tengah bengang ni kau boleh seronok-seronok ketawa pulak.”
    “Entah la,aku pun tak tahu kenapa.Tapi aku rasa kelakar,so aku gelak la.”Jawab Eddy dengan tawa yang masih bersisa.
    “Tak guna punya kawan.”Ben mengambil iphonenya kemudian dibelek-beleknya alat tersebut.“Rosak!Tak guna punya perempuan!Ed,kau tahu tak minah tadi budak fakulti mana?”

     Eddy berfikir seketika.“Entah la,aku pun tak tahu.Tapi aku rasa dia budak mass com kot.Sebab aku pernah ternampak dia lepak dengan Ajie and budak-budak Mass com yang lain.”
    “Mass com?Huh!No wonder la pandai menjawab.Kau memang suka cari pasal dengan aku kan?Siap la kalau aku jumpa kau……….”