Monday 21 April 2014

entry posing posing

testing...

hei readers out there!  Tadaima~ 
after long long time no see, now i'm back with new story.

Puih!

intro yang bajet hot..kau ingat kau Puteri Awani?

Okay. Setelah menginsafi diri selang beberapa saat, gua kini menjadi diri sendiri. Blog yang makin dipandang sepi oleh masyarakat termasuk tuannya sendiri ini kini menjadi tempat gua mencurahkan seni lagi.

Tapi gua mintak maaf sebab gua malas sangat nak menaip der. Dengan skrip drama KEKWA plus manuskrip novel yang still in progress yang gua sendiri tak tahu bila nak siapnya, ditambah pula dengan assignment yang perlukan kerja-kerja menaip juga, gua kini malas nak main taip taip lagi. Kan best kalau boleh record je apa kita cakap lepas tu otometik taip sendiri. Mohon ada engineer yang sudi laksanakan permintaan beta ni. eh? kerja engineer ke yang cipta cipta alat ni??

Apa apa je lah labu~

back to the point, gua ni nak tepek lagi gambar-gambar gua yang gua rasa habis cun dah. Ya. gua tau ramai yang jaki malah berbulu je bila tengok gambar gua ni. Tapi takpe. Gua kalis maki. Dalam erti kata lain gua dah lali kena maki. Setakat ayat yang menyakitkan hati tu apa lah sangat. Gua pun boleh hamburkan balik malah lebih nista dan keji. Tapi sebagai manusia yang bertamadun gua sarankan janganlah ada yang berniat atau melakukannya tanpa niat. Apalah yang dapat main maki maki ni. Kan lebih best main konda kondi.

ini Fazzy..dia stay kat rumah gua cuti midsem. so gua angkut dia bawak g Cameron sekali


gua yang ayu 


kami yang sopan..


serta santun...




sopannya gua...rasa nak sepak diri sendiri 3 kali








kat dinding CIMB Teluk Intan pun jadi......


feeling Yuna jap..


tasik Bandar Baru Kampar..serius best..feeling2 cam kat Jepun


tengok cantik kan? gua dah cakap kan....







Belakang batu ni ada air terjun~~




e eh..gua nampak tinggi!




waiting for you.............Zzzzz....


1 comment:

  1. nice sharing. blogwalking here. done follow your blog. come visit n follow my blog too at http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    :-)

    ReplyDelete