Sunday 26 January 2014

Shah Alam pit co!

Hujung minggu merupakan hari yang paling indah untuk off day bagi kakitangan hotel. Yes! And aku berjaya mendapatkannya..haha!Tapi mungkin sekali ni je kot…..next week aku off day hari rabu. Menurut kapten Aidi (supervisor FnB) hujung minggu jangan harap la kakitangan hotel nak dapat cuti (kecuali bahagian administration). Biasa la…hotel kan lagi busy time weekend. 

Sempena cuti yang aku dapat ni aku manfaatkannya sebaik mungkin. Memang tiada langsung niat untuk melepak je kat rumah tanpa berbuat apa-apa. TV takde, internet takde…haruskah aku duduk di rumah sahaja? Ye,jawapannya tidak!

Kebetulan Nasuha nak keluar dating dengan bf dia…..bukan niat aku nak menyebok!Tidak sama sekali…tapi dah dia ajak..aku tak sampai hati nak tolak.muahahaha! Diorang pergi Mydin USJ,aku ikut je la sambil memerhatikan kemesraan mereka dari tempat duduk belakang. Dalam hati aku tak henti-henti doa supaya selamatkan perjalanan kami. Sambil berdoa tu sempat jugak aku selang selikan dengan sumpah seranah..kalau nak bermesra pun jangan la time bawak aku! Dah la drive bukan main laju, bergurau senda tepuk tampar manja lagi.

Dekat Mydin takde buat apa pun. Lunch and aku beli kasut sepasang. Memang aku nak cari kasut baru sebab kasut kerja aku dah tercabut tapaknya. Blah dari Mydin kitorang pusing-pusing Shah Alam. Nasuha bagitau aku tempat-tempat yang best kat Shah Alam. Aku rasa macam foreign pulak. Bukannya aku tak pernah pergi Shah Alam, cuma tak tahu tempat yang best. Yang aku tau i-City je la..

Kitorang singgah ambik Su kejap kat Intekma sebab dia habis kerja pukul 4.Haha!Padan muka Su kena kerja hari ahad.Ahakz! Lepas ambik Su kitorang pergi tengok rumah sewa RM50 and rumah Mona Fendi yang famous sangat tu. Lepas tu kitorang pergi Tasik Shah Alam.Yes! Aku paling suka kat tempat ni. Takde la cantik sangat tapi boleh la untuk lepak petang-petang.

Kat Tasik tu kitorang main belon buih, bergambar (aktiviti wajib), and makan. Kat sini ada satu gerai ni jual keropok lekor, ABC, rojak buah and macam-macam lagi. Aku nak beli ABC tapi pakcik ni tak menang tangan nak buat sebab dia sorang yang jaga gerai tu. Dia tengah buat rojak buah time tu. Keropok lekor pulak tengah goreng atas kuali. Customer dah ramai yang menunggu. Aku pun praktikkan la pengalaman yang aku dapat dari kantin mak aku. Aku tolong pakcik tu goreng keropok lekor. Ada la 2 round aku goreng. Pakcik tu buatkan ABC spesiel untuk aku tanda terima kasih.hehe..pakcik,saya tolong ikhlas.Bukannya susah pun…..anyway, thanks pakcik!  (^,^)

saya sayang pokok~

pakcik ni ajak aku buat bubble ballon ni..cantik kan?

kesian adik tu kena buih..hihi

selfie 1..^^

posing sikit le...

selfie 2..^^

Su dengan baju housekeeping dia..hihi

Dilarang memancing hokay!

meh nak promote sikit.

kami tak gaduh ye..

Nasuha, Su and aku

bertapa!

selfie 3..^^




haha gaduh! (-,-)



okay tu je..bubye!




No comments:

Post a Comment