Friday 14 March 2014

Entry serius :: Setia


Setia. Apa itu setia? Semua orang boleh kata mereka setia pada pasangan masing-masing. Tapi adakah mereka betul-betul setia? Topik aku kali ni aku fokuskan pada hubungan antara pasangan kekasih atau suami isteri setelah lama memerhatikan ragam manusia sekeliling termasuk sahabat sendiri.

Sebanyak mana kita meletakkan kepercayaan pada pasangan sepatutnya begitu juga kita berikan pada pasangan kita. Sejauh mana kita berharap mereka setia, begitu juga la yang sepatutnya kita lakukan terhadap mereka. Kalau kita tahu rasa marah sekiranya dapat tahu pasangan kita curang, adakah pasangan kita boleh tersenyum atau ketawa gembira jika dapat tahu kita menduakan mereka?

Cermin diri dan dalami dahulu makna setia sebelum mengaku anda setia. Setia bukan setakat menjalinkan hubungan bertahun tahun lamanya dengan kekasih tetapi dalam masa yang sama keluar secara senyap-senyap dengan lelaki/perempuan lain. Lebih curang lagi, ada yang menjalinkan hubungan dengan 2 3 orang dalam masa yang sama. Tiada istilah 'spare part' atau 'skandal' dalam perhubungan. Fikirkan dahulu perasaan orang lain sebelum mementingkan perasaan sendiri yang hanya mahu mencari keseronokan atau kesenangan dengan mendua atau mentiga empatkan pasangan anda.

Isu ni timbul bukan sebab kes Hanez Suraya mahupun Aidil Zafuan dan Zarema semata-mata. Tapi aku ambil contoh dari kawan-kawan sekeliling aku jugak. Masing-masing nak kan pasangan yang terbaik. Tapi diri sendiri masih melakukan kesalahan yang secara terang mereka tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Ya, memang tak salah berkawan. Tapi bukan berkawan rapat dengan suami orang ataupun kekasih orang. Bukan juga berkawan rapat dengan orang lain sedangkan kita tahu status kita yang sudah ada kekasih.

Jangan jadi perampas jika kita tak mahu dirampas. jangan suka berselingkuh jika kita tak suka diselingkuh. Jangan jadi pengacau jika kita tak nak dikacau. Jangan pernah berbohong jika kita tak sanggup dibohongi. Jangan pernah menyakiti jika tak mahu disakiti dan jangan pernah mengecewakan jika kita tak mahu dikecewakan. 

What you give you get back. Allah itu maha adil kan? Tak guna juga kalau bercinta bertahun tahun tapi tiada kejujuran dalam perhubungan. Apa gunanya perhubungan tanpa kasih sayang. Apa gunanya kasih sayang tanpa rasa cinta. Apa gunanya cinta tanpa kejujuran. Apa gunanya kejujuran tanpa keihlasan. 

Berbaliklah pada yang esa. Jangan pernah berhenti berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik. Aku teringatkan nasihat seorang kawan kepada aku. "Tak payahlah bercinta, buat susah and pening kepala je."
Ye. Aku memang tak bercinta dan tak pernah bercinta. Bukan sebab aku ikut nasihat dia tapi sebab memang itu prinsip aku sendiri.'Aku tak suka hubungan yang tak pasti'. Tapi orang yang memberi nasihat itu sendiri yang tidak mempraktikkan nasihatnya pada diri sendiri. Berkali-kali putus cinta dan kecewa tapi masih mengharap cinta dari manusia. Memang itu fitrah manusia. tapi carilah cinta yang sejati yang mampu bawa kita ke syurga. Bukan hanyut dengan ragam dunia.

Beristikharahlah dahulu sebelum memilih pasangan. Jangan memberi harapan jika tidak bersedia untuk memberi komitmen dalam perhubungan. Apa-apa pun, bercinta selepas bernikah itu pastinya lebih indah. ^^



No comments:

Post a Comment