Saturday, 7 July 2018

TRAVEL :: Bandung trip 5 days 4 nights.

(AWAS! ENTRI INI SARAT DENGAN GAMBAR!)


Alhamdulillah.

Lama sangat rasanya tak menaip blog ni. Sejak ada instagram ni kakak dah tak layan sangat blog. Maafkan daku wahai blog sepi.

Seperti tajuk yang tertera indah dengan bahasa penjajah diatas, kakak nak kongsi sedikit la pengalaman kakak masa bercuti ke Bandung Indonesia bulan April haritu. Ye kakak tahu lama dah berlalu. Eh biarlah nak update bila pon. Wekwek. Kakak pergi sana dengan 2 orang kakak sepupu yang dah selalu ke Bandung, seorang mak sedara, mak kakak and kakak. Ye kami berlima perempuan sahaja dan trip ini dipanggil 'Rombongan Makcik Bawang ke negara Cita Citata'.

So here we go!

Kami departed dari KLIA2, flight pukul 6 petang.


\Benda wajib ni, hilang ni naiya teman.

Masa pergi kami naik AirAsia. 

Dari KLIA2 ke Bandung lebih kurang tak sampai 2 jam pon. Dekat Indonesia masanya lewat sejam, tapi dari segi cuaca alamnya awal sejam dari kita. Eh paham ke ayat aku ni? 

Sampai je airport, driver kami untuk tempoh 5 hari di Bandung dah sedia menunggu. Nama dia Encik Dhani. Dhani terus bawak kami makan malam dekat Sangkuriang. One of famous restaurant jugak among Malaysian tourist. Kira wajib pergi la kalau sampai sini.


Review: Sedap tapi agak mahal. Restoran nice, view cantik. Tapi toilet teramat la kotor.

Lepas makan malam, kami terus ke hotel. Kakak sepupu dah tempah Hotel Kytos di Jalan Setiabudi. Hotel ni tak mewah mana dan tak jugak low class. Harga bilik agak murah jugak campur dengan sarapan pagi. Sangat berbaloi kalau korang yang ada bajet rendah nak ke Bandung. Cuma saiz bilik ni agak sempit and hotel takde swimming pool. Hurmmm....


Ni lobby hotel kytos. Nak tidur kat sini pon nampak macam best je...


Ni view dari Sky....apa tah nama dia. Breakfast dekat sini. Kat tingkat atas sekali hotel cafe.


Lepas breakfast kami gerak untuk keluar berjalan. Destinasi pertama ialah Kawah Putih. Dhani tunggu dari 7.30 pagi lagi. Katanya nak pergi tempat ni jauh. So memang sangat jauh. Dua jam lebih jugak dari hotel nak ke situ. Bandung ni negeri yang saaaaangat luas. Kalau nak pergi dari hujung utara Bandung sampai ke hujung selatan naik kereta, makan masa berpuluh jam jugak. Lagi luas dari Malaysia. Dan bentuk muka bumi Bandung ni macam mangkuk sebab dikelilingi dengan gunung. Dekat tengah Bandung tu suhu dia panas macam KL, tapi bila ke kawasan pergunungan ni sejuk macam Cameron Highland and ada ladang teh jugak dekat sini.

Kawah Putih ni  sebuah kawah yang terhasil dari letusan Gunung Patuha. Air dia berwarna seakan akan putih kerana bercampur dengan belerang. Kawasan sini sangat sejuk and sering berkabus. Bau belerang memang terlalu kuat. So dinasihatkan untuk pakai penutup mulut. Tapi view dia Subhanallah, sangat cantik. Rasa macam nak buat pre-wedding dekat sini nanti. Eh! :)


Risau jugak kalau terjatuh dalam air tu.

Nampak seram eh?


 Honeymoon sini syok eh?


Dah sampai sini kena la ada gambar kakak sebagai bukti. Posing kaku sebab segan ramai beratur tunggu turn nak bergambar. Hehe


Lepas tu kami bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Glamping lakeside. Sepanjang perjalanan menuju ke tempat ni boleh tengok ladang teh and kakak tak tidur sebab rugi woo...view dia cantik sangat and cuaca sejuk. Ladang teh sini sangat luas. Owner dia mesti kaya giler.

Glamping Lakeside ni specialnya ada restoran atas kapal. Tapi kapal ni tak bergerak sebab takde roda. Haha kakak kelakar (okay hambar). - -
Dekat sini jugak ada camp house untuk smenginap. Eh camp house ke nama benda alah ni? Whatever lah. Tapi yang kakak nak cakap tempat ni ya Allah cantik banget. Ya Auloh ampunkan Nabila ya Auloh. Tiberrr...

Cantikkan? Ada tasik biru and dikelilingi ladang teh yang menghijau. Subhanallah.



Ni View dari atas kapal. Ada masakan Padang dalam restoran kapal ni. Kat Bandung ada restoran kapal, kat Malaysia ada restoran jejantas. Haha taknak kalah.


Nak masuk ke dalam kapal ni kena lalu titi ganting. Siapa yang gayat tu tengok dari jauh je la. Meh meh meh.

Ladang teh sini cantik weh!Kalah Cameron.

Lepas tu kami bergerak balik ke pekan. dalam perjalan tu singgah lunch dekat...alah kakak tak ingat la namaa kedai ni. Tapi kedai ni best la ada air-cond, wifi and tempat duduk makan ada sofa. Kakak punya letih sampai rasa nak baring je buat macam rumah mak aku.

Ni otak-otak Bandung. 
Review: Otak-otak Malaysia lagi sedap.

Kakak and mak order set nasi Liwet. makan sedap. Harga not bad. Tapi ada cerita disebalik nasi ni. Sat lagi kakak cerita.

Tengah malam tu masa dah nak tidur perut kakak punyalah sakitnya. Nak kata senggugut tak..nak kata gastrik pon tak sebab sakit dia lain. Dia rasa nak muntah tapi tak lepas. Sebab sakit sangat sampai tak boleh tidur kakak pergi toilet and jolok anak tekak bagi keluar angin and muntah. Sekali dan start muntah, 2 3 kali kakak muntah. Lepas tu rasa nak tercirit pon ada. Mak and makcik kakak dan sedap tidur diorang tak sedar kakak muntah-muntah. Lepas dan rasa lega sikit tu barulah boleh tidur.

Esok pagi kakak bangun dengar makcik and mak bising-bising. Rupanya mak kakak pon muntah-muntah jugak start kena dari pukul 4 pagi. agaknya tak tahan makan nasi liwet tu kot sebab kami dua je yang kena. Hurmm.... no more nasi liwet after this.

Dalam sakit sakit perut tu kami keluar jugak berjalan. Hahaha rugilah kalau datang tempat orang duduk dalam hotel je kan? So third day tu kami just shopping je. Kakak paling tak suka benda ni. Sepanjang hari shopping wey! Aku nak pergi jalan jalan tengok view ke, sejarah ke...tapi dah ikut orang kena la menurut perintah. Hehe..kakak tak suka shopping sebab tak bawak bajet banyak pon. hurm. Tapi 2 3 baju jugak lah yang kakak beli dalam tak nak shopping tu. Haha!

Bandung ni memang syurga shopping kain baju la. Belambak factory outlet kat sini. Kedai kain memang banyak sangat selang sebuah kedai! Antara yang kami pergi, kakak tak ingat semua tapi kakak ingat keda yang femes je. Bandung Ekslusif, Pasar Baru, Toko 3, Rumah Mode, Paris Van Java (PVJ). PVJ ni shopping mall, kami pergi dah malam. Kakak pergi dengan kakak sepupu je pon. mak and makcik balik hotel dulu sebab dah tak larat ikut orang muda berjalan katanyaa.


Kakak beli kain baju raya kat Rumah Kain Purnama Azzura.

Selain kain beg beg pon banyak. kKkak beli jugak satu beg Prada (konon) kat sini. Hehe

Makanan ringan and dessert Bandung pon banyak. Boleh beli buat ole ole orang kampung.

Mak kakak beli kain untuk raya kat sini. Kedai ekslusif, tapi harga berpatutan.

Ni jangan beli. Haroomm.


Sambil-sambil tunggu kakak sepupu shopping dalam Rumah Mode, kakak beli ni.

Nice sebab banyak cheeeese ^^


Hari yang keempat ni hari last untuk kami melawat Bandung. sebab esok dan nak balik Malaysia awal pagi. Hari keempat ni kami pergi ke Grafika Cikole, FarmHouse, tempat Kopi Luwak, and The Lodge. Semua tempat ni best habaq hang!

FarmHouse ni tak sempat singgah sebab ramai sangat orang. So dapat tengok dari luar je.

Grafika Cikole Lembang

Hai awak, kita single lagi. Eh?

Polaroid picture i a must.

Kakak try Flying Fox for the first time ever. Tak tinggi sangat so okey la. Kakak ni gayat orangnya Haha. Btw gambar dah landing je ada. Hurmm.. - -


Lepas tu kitorang pergi tempat Kopi Luwak. Alah yang kopi taik musang tu. Lepas dia cerita semua pasal musang and proses jadi kopi tu, kitorang try la minum kopi secawan, and beli kopi instant bawak balik Malaysia. Kat Malaysia tak jumpa kopi ni tau.

Hai musang Pandan!

Comel kan dia tidur? Gebu gebas je.


Ni la geng Rombongan Makcik bawang.


 Last destination is The Lodge Maribaya. Tempat ni cantik. Tapi aktiviti yang disediakan memang untuk bergambar je.Tapi memang lawa la gambar sebab view gunung dia cantik sangat. Macam gambar bawah ni.


Gayat jugak naik benda alah ni tau.


Nak cakap lapan ratus kali...view sini cantik sangat tau!


Ni pintu masuk dia. Mamat kat tepi tu tunggu turn nak ambik gambar. 



Kakak naik dua benda je sebab bajet sikit. kalau banyak bajet bolehlah naik semua.

Ni barang yang kakak shopping. Belum campur makanan and ole ole lagi ni. Ni barang kakak je. Nasib baik balik naik Malindo so takde masalah la barang banyak.

Ni je balance. Tukar ringgit dapat la balik dalam RM 30 ++.


Bye bye Bandung. Ada rezeki kita ketemu lagi ya!