Wednesday, 23 January 2019

TRAVEL: Cameron Highland Part 1 (Attraction Place)


Assalamualaikum. Lama sungguh tinggal blog ni. Rasanya masyarakat zaman sekarang ni pon dah tak rajin nak berbelog, diorang lagi suka ber-instagram (termasuk kakak, mehmeh..) Maklumlah, sape je yang rajin nak membaca ni. Lol

Okey abaikan je tu. Yang kakak nak cerita dekat sini ialah tentang Cameron Highland. Ye, Cameron Highland. Berdasarkan pengalaman kakak berkerja di Cameron Highland, so kakak nak listkan beberapa tempat menarik di sini. Semoga boleh jadi panduan pada yang merancang nak honeymoon atau bercuti ke sini nanti.


1) Ladang Teh
Bila sebut pasal Cameron Highland ni mesti orang terbayang ladang teh punyalah. Jarang orang kaitkan Cameron dengan pantai. Lol. So dekat sini ada dua ladang teh. Ladang Teh Boh and Teh Bharat. Tapi yang paling famous of course la Ladang Teh Boh Sungei Palas.

i) Teh Boh Sungei palas.
Lokasi dia terletak dekat Sungei Palas. Ye lah, kalau tak takde lah namanya Boh Sungei Palas. Jalan nak pergi tempat ni sangatlah hanatnya. Kalau spesis yang sayang kereta atau baru dapat lesen memandu, akak nasihatkan tak payahlah pergi. Jalan dia sempit , berbukit dan berlubang. Tapi yang berbukit and berlubang ni takdelah sepanjang jalan, sikit je dekat simpat memula masuk tu. Kalau dari Kea Farm, dekat dengan Cameron Fair (Arandanova), masuk simpang belah kiri tu. Dari situ lebih kurang 2-3 KM je nak pergi ke ladang the Boh.  Kalau nak senang boleh ambik tour pakej dari mana-mana travel agent yang ada dekat situ. Nak lagi senang booking je dekat kaunter reception hotel.  Mostly hotel dekat Cameron provides service ni. Oh ye, hari Isnin kafe dan kilang dia tutup. Kalau nak tengok ladang saja adalah.


MasyaAllah. Kakak tak pernah jemu tengok view ni.


Kakak tak suka minum teh tapi kakak suka ladang teh. Aci tak?



Kek Nasi Lemak. Famous jugak kat kafe Boh ni. Tengok rupa pon dah boleh agak kot rasa dia macam mana.

Datang ladang teh takkan nak minum kopi pulak kan. 


Kakak spam gambar sendiri sampai korang muntah. 


Lagi. 


ii) Bharat Tea/Cameron Valley
Bharat tea ni lebih mudah sebab dia terletak tepi jalan je. Ada 3 ladang dan antara yang paling famous ialah di jalan Tanah Rata - Habu. Biasanya kalau yang naik dari jalan Tapah tu bolehlah singgah sini dulu minum teh. Dekat sini ada dua stesen. Tea station 1 and Tea station 2. Dua dua ni ada kafe. Bagi kakak, Tea station 1 lagi menarik. Korang boleh masuk sini tengok view ladang teh, siap ada anak sungai lagi dalam tu tau (sebenarnya longkang). Sumpah cantik. Bayar RM 2 je untuk entrance fee. Kalau naik buggy pon boleh, RM 10 je seorang. Sesiapa yang malas/tak larat berjalan tu bolehlah keluar duit lebih sikit naik buggy.


Longkang Terjun (?)


Tea time!


Kalau tea station 2 ni, best jugak. Masuk ladang teh tu free je Cuma tak secantik macam dekat te station 1. Tapi kafe di Tea Station 2 lagi luas compare dengan 1. Satu lagi Tea Station 3 dekat area Kg Raja. Ni bagi sesiapa yang naik/turun ikut jalan Simpang Pulai atau Gua Musang bolehlah singgah. Yang ni kakak tak tahu cantik or best ke tak sebab kakak tak pernah singgah.





2) Ladang Strawberry
One of signature in Cameron Highland. Sebab dalam Malaysia ni tak semua tempat ada strawberry dan salah satunya yang ada hanyalah di Cameron Highland. Jadi kalau mai Cameron rugilah kalau tak singgah ladang strawberry kan? Selalu guest hotel akak tanya dekat mana ladang strawberry yang diorang boleh pergi. Sebenarnya dalam Cameron ni berlambak ladang strawberry. Semua lain lain owner la. So kalau kakak suka suggest strawberry dekat Taman Sedia. Sebab dekat sini owner dia Melayu dan dekat dengan hotel tempat kakak kerja. And personally pon akak rasa tempat tu best. Kalau korang rasa tak best sukati la. Hahaha. Selain tu, boleh jugak pergi Big Red Strawberry farm dekat Brinchang. Tempat ni ya ampun besar. Lokasi dia tersembunyi sikit, tapi luas. So kalau nak cari ni pandai pandai la waze atau tengok sign board ye.


3) Butterfly Garden.
Terletak di Brinchang, berdekatan dengan Arandanova. Entrance fee Cuma RM 7.00 dan korang boleh fefeeling romantic sangat bermain main dengan rama-rama yang berterbangan. Tapi dekat sini bukan ada rama-rama je, kumbang, bunga, katak, kala jengking ular pun ada. Sesuai la kalau nak bawak partner atau family jalan jalan sini.



 

4) Lavender Garden
Ini satu lagi tempat yang wajib pergi.  Entrance fee RM 7.00 dan korang boleh rasai suasana macam dekat luar Negara gittueww~. Bestlah. Kalau yang datang honeymoon tu memang wajib datang sini untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri dan memberikan mood romantic untuk korang menambah keturunan. Eh? Tiberrr…


5) Mossy Forest.
One of my favourite place. Bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh try naik Mossy Forest. Tapi sebenarnya tak lasak mana pun nak naik sini. Janji kau cukup sifat dan tak berkerusi roda. Guna laluan yang sama untuk naik ke Ladang The Boh Sungei Palas, tapi nanti ada satu simpang yang memisahkan untuk ke Mossy Forest dan Ke Ladang Teh Boh. Dan dari situ bermulalah jalan yang akan membuatkan korang maki hamun kalau datang  naik kereta sendiri. Nak nak lagi kereta baru. Hahahaha! Kakak gelakkan korang dulu. Dinasihatkan untuk naik kereta pacuan 4 roda ye kawan-kawan untuk datang ke sini, sebab jalan dia memang teruk sikit. Pernah kakak jumpa satu family ni naik kereta Saga FLX naik Mossy Forest, tersadai tengah jalan sebab pecah 2 tayar depan. Kakak selalu naik ke sini dengan tour je. Kakak suggest korang untuk ambil tour daripada CS Travel ataupun HillTop. Terbaik!
View dekat sini memang cantik. Ramai jugak yang ambil gambar kahwin dekat sini. Korang kalau nak try datang pakai baju ropol ropol untuk photoshoot pun apa salahnya.

Trek sini tangga je. Nak datang pakai kebaya pon takde masalah.



View point. Boleh nampak pekan Gopeng katanya. Tapi kakak tak nampak pon pasai rabun.

Tempat ni dah takde sebab diorang dah buat menara tinjau kat sini. 

I'm Perakian.


Eh baju lain. Pasal ni pergi time lain. Peace satu kali!


6) Hiking
Bagi penggemar sukan lasak, hiking adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan di Cameron Highland. Dekat sini ada banyak gunung yang boleh didaki, tapi yang paling famous dan yang paling tinggi di Cameron ialah Gunung Irau dan Gunung Brinchang. Tapi Gunung Brinchang dah tak dibuka untuk pengunjung lagi atas faktor keselamatan. Ni yang kakak tahu daripada guide CS Travel. Bab hiking ni kakak tak tahu sangat sebab kakak tak pernah try dekat sini. Yang kakak tahu, kalau nak hiking kena dapatkan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Pahang (kot), dan dinasihatkan untuk menggunakan khidmat guide yang berpengalaman. Jangan pandai pandai sendiri walaupun kau dah biasa hiking. Sebab banyak dah kes orang sesat time hiking. Kakak sendiri pernah ada pengalaman, guest hotel kami dua orang mamat Perancis  pergi hiking sendiri, diorang start hiking pagi, dalam pukul 3.30 petang tu dia call hotel mintak tolong sebab tak jumpa jalan keluar. Nasib baiklah dapat jugak line telefon dalam hutan tu. Tapi jenuh jugak lah polis, JPAM and Bomba cari. Esok paginya baru jumpa. Jadi, please ye adik adik, jangan pandai-pandai nak hiking sendiri. Dan lagi satu, jangan cakap besar dalam hutan tau! Pantang atuk nenek. Kencing pon kena mintak izin tau!

Laluan yang sama dengan Mossy Forest untuk ke Gunung Irau.



7. Pasar Malam Brinchang @ Golden Hill
Pasar malam memang dekat mana-mana tempat pun ada. Tapi kalau dah sampai Cameron sekali sekala merasa singgah ke Pasar Malam Brinchang apa salahnya. Ni memang salah satu tempat favourite pelancong kesini.  Beroperasi di Golden Hill pada setiap Jumaat dan Sabtu . Kalau waktu cuti sekolah dia ada setiap hari. Contoh time cuti sekolah yang seminggu tu, seminggu la pasar malam. Kalau cuti hujung tahun yang sebulan tu, sebulan la ada pasar malam. Selagi ada pelancong selagi tu dorang bukak. Tapi orang memang ramai ya ampun. Kakak kalau nak pergi pasar malam ni naik motor je. Kalau naik kereta pusing-pusing cari parking pun jenuh. Kakak pergi pasar malam ni selalu cari Kimcam goreng dengan Bakso. Terbaikk dari ladang!


8. Kea Farm
Dekat sini memang feveret acik acik la sebab syok nak shopping sayur, bunga, buah and macam macam lagi. Terletak dekat puncak Cameron Highland, berdekatan dengan Copthorne Hotel, memang jadi punca kesesakan lalu lintas setiap hujung minggu dan ketika cuti umum.


9. Cactus Point
Ni kedai jual bunga-bungaan dan pelbagai jenis kaktus. Kalau acik-acik yang suka bunga tu bolehlah datang singgah tengok-tengok cuti mata sambil berbelanja. Masuk free je.


10. Rose Garden
Yang ni dia jauh kedalam sikit. Korang kena lalu celah-celah pasar Kea Farm tu lepas tu straight je dalam 1 km kot, nanti jumpa la Rose garden.  Dulu kakak masuk entrance fee RM 5.00. Sekarang maybe RM 7.00 or lebih kot. Dekat area Terla - Kg Raja pun ada je banyak kat tepi-tepi jalan tu. Peminat bunga bolehlah datang sini cuci mata.





11. Taman Agroteknologi MARDI
Mardi ni antara attraction place yang famous jugak dekat Cameron. Tapi sebenarnya takde apa sangat pun. Kat sini pun ada bunga, pokok-pokok, buah, rama-rama. Pokok teh pun ada tapi sikit je la. Tak luas macam ladang. Entrance fee RM2.00 kot. Entah kakak tak tahu sebab kakak masuk free je for local people. Terletak dekat Tanah Rata jalan nak ke hospital, sebelah dengan SMK Sultan Ahmad Shah. Oh ye, dalam ni ada kafe nama Aisyah Cafe, sini ada jual kek, dessert, laksam and lain-lain. Ni kedai sepupu kakak, hehe. Jemput la singgah!

Ni je yang kakak nak highlight dalam entry kali ni. Next entry kakak update Part 2, makanan best di Cameron pulak. Cameron ni kecil je, tapi banyak tempat boleh teroka. Apa lagi? Jom lah Cuti – Cuti Malaysia! (ajet iklan jerr) Muahahahahaha

Babai!


















Saturday, 7 July 2018

TRAVEL :: Bandung trip 5 days 4 nights.

(AWAS! ENTRI INI SARAT DENGAN GAMBAR!)


Alhamdulillah.

Lama sangat rasanya tak menaip blog ni. Sejak ada instagram ni kakak dah tak layan sangat blog. Maafkan daku wahai blog sepi.

Seperti tajuk yang tertera indah dengan bahasa penjajah diatas, kakak nak kongsi sedikit la pengalaman kakak masa bercuti ke Bandung Indonesia bulan April haritu. Ye kakak tahu lama dah berlalu. Eh biarlah nak update bila pon. Wekwek. Kakak pergi sana dengan 2 orang kakak sepupu yang dah selalu ke Bandung, seorang mak sedara, mak kakak and kakak. Ye kami berlima perempuan sahaja dan trip ini dipanggil 'Rombongan Makcik Bawang ke negara Cita Citata'.

So here we go!

Kami departed dari KLIA2, flight pukul 6 petang.


\Benda wajib ni, hilang ni naiya teman.

Masa pergi kami naik AirAsia. 

Dari KLIA2 ke Bandung lebih kurang tak sampai 2 jam pon. Dekat Indonesia masanya lewat sejam, tapi dari segi cuaca alamnya awal sejam dari kita. Eh paham ke ayat aku ni? 

Sampai je airport, driver kami untuk tempoh 5 hari di Bandung dah sedia menunggu. Nama dia Encik Dhani. Dhani terus bawak kami makan malam dekat Sangkuriang. One of famous restaurant jugak among Malaysian tourist. Kira wajib pergi la kalau sampai sini.


Review: Sedap tapi agak mahal. Restoran nice, view cantik. Tapi toilet teramat la kotor.

Lepas makan malam, kami terus ke hotel. Kakak sepupu dah tempah Hotel Kytos di Jalan Setiabudi. Hotel ni tak mewah mana dan tak jugak low class. Harga bilik agak murah jugak campur dengan sarapan pagi. Sangat berbaloi kalau korang yang ada bajet rendah nak ke Bandung. Cuma saiz bilik ni agak sempit and hotel takde swimming pool. Hurmmm....


Ni lobby hotel kytos. Nak tidur kat sini pon nampak macam best je...


Ni view dari Sky....apa tah nama dia. Breakfast dekat sini. Kat tingkat atas sekali hotel cafe.


Lepas breakfast kami gerak untuk keluar berjalan. Destinasi pertama ialah Kawah Putih. Dhani tunggu dari 7.30 pagi lagi. Katanya nak pergi tempat ni jauh. So memang sangat jauh. Dua jam lebih jugak dari hotel nak ke situ. Bandung ni negeri yang saaaaangat luas. Kalau nak pergi dari hujung utara Bandung sampai ke hujung selatan naik kereta, makan masa berpuluh jam jugak. Lagi luas dari Malaysia. Dan bentuk muka bumi Bandung ni macam mangkuk sebab dikelilingi dengan gunung. Dekat tengah Bandung tu suhu dia panas macam KL, tapi bila ke kawasan pergunungan ni sejuk macam Cameron Highland and ada ladang teh jugak dekat sini.

Kawah Putih ni  sebuah kawah yang terhasil dari letusan Gunung Patuha. Air dia berwarna seakan akan putih kerana bercampur dengan belerang. Kawasan sini sangat sejuk and sering berkabus. Bau belerang memang terlalu kuat. So dinasihatkan untuk pakai penutup mulut. Tapi view dia Subhanallah, sangat cantik. Rasa macam nak buat pre-wedding dekat sini nanti. Eh! :)


Risau jugak kalau terjatuh dalam air tu.

Nampak seram eh?


 Honeymoon sini syok eh?


Dah sampai sini kena la ada gambar kakak sebagai bukti. Posing kaku sebab segan ramai beratur tunggu turn nak bergambar. Hehe


Lepas tu kami bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Glamping lakeside. Sepanjang perjalanan menuju ke tempat ni boleh tengok ladang teh and kakak tak tidur sebab rugi woo...view dia cantik sangat and cuaca sejuk. Ladang teh sini sangat luas. Owner dia mesti kaya giler.

Glamping Lakeside ni specialnya ada restoran atas kapal. Tapi kapal ni tak bergerak sebab takde roda. Haha kakak kelakar (okay hambar). - -
Dekat sini jugak ada camp house untuk smenginap. Eh camp house ke nama benda alah ni? Whatever lah. Tapi yang kakak nak cakap tempat ni ya Allah cantik banget. Ya Auloh ampunkan Nabila ya Auloh. Tiberrr...

Cantikkan? Ada tasik biru and dikelilingi ladang teh yang menghijau. Subhanallah.



Ni View dari atas kapal. Ada masakan Padang dalam restoran kapal ni. Kat Bandung ada restoran kapal, kat Malaysia ada restoran jejantas. Haha taknak kalah.


Nak masuk ke dalam kapal ni kena lalu titi ganting. Siapa yang gayat tu tengok dari jauh je la. Meh meh meh.

Ladang teh sini cantik weh!Kalah Cameron.

Lepas tu kami bergerak balik ke pekan. dalam perjalan tu singgah lunch dekat...alah kakak tak ingat la namaa kedai ni. Tapi kedai ni best la ada air-cond, wifi and tempat duduk makan ada sofa. Kakak punya letih sampai rasa nak baring je buat macam rumah mak aku.

Ni otak-otak Bandung. 
Review: Otak-otak Malaysia lagi sedap.

Kakak and mak order set nasi Liwet. makan sedap. Harga not bad. Tapi ada cerita disebalik nasi ni. Sat lagi kakak cerita.

Tengah malam tu masa dah nak tidur perut kakak punyalah sakitnya. Nak kata senggugut tak..nak kata gastrik pon tak sebab sakit dia lain. Dia rasa nak muntah tapi tak lepas. Sebab sakit sangat sampai tak boleh tidur kakak pergi toilet and jolok anak tekak bagi keluar angin and muntah. Sekali dan start muntah, 2 3 kali kakak muntah. Lepas tu rasa nak tercirit pon ada. Mak and makcik kakak dan sedap tidur diorang tak sedar kakak muntah-muntah. Lepas dan rasa lega sikit tu barulah boleh tidur.

Esok pagi kakak bangun dengar makcik and mak bising-bising. Rupanya mak kakak pon muntah-muntah jugak start kena dari pukul 4 pagi. agaknya tak tahan makan nasi liwet tu kot sebab kami dua je yang kena. Hurmm.... no more nasi liwet after this.

Dalam sakit sakit perut tu kami keluar jugak berjalan. Hahaha rugilah kalau datang tempat orang duduk dalam hotel je kan? So third day tu kami just shopping je. Kakak paling tak suka benda ni. Sepanjang hari shopping wey! Aku nak pergi jalan jalan tengok view ke, sejarah ke...tapi dah ikut orang kena la menurut perintah. Hehe..kakak tak suka shopping sebab tak bawak bajet banyak pon. hurm. Tapi 2 3 baju jugak lah yang kakak beli dalam tak nak shopping tu. Haha!

Bandung ni memang syurga shopping kain baju la. Belambak factory outlet kat sini. Kedai kain memang banyak sangat selang sebuah kedai! Antara yang kami pergi, kakak tak ingat semua tapi kakak ingat keda yang femes je. Bandung Ekslusif, Pasar Baru, Toko 3, Rumah Mode, Paris Van Java (PVJ). PVJ ni shopping mall, kami pergi dah malam. Kakak pergi dengan kakak sepupu je pon. mak and makcik balik hotel dulu sebab dah tak larat ikut orang muda berjalan katanyaa.


Kakak beli kain baju raya kat Rumah Kain Purnama Azzura.

Selain kain beg beg pon banyak. kKkak beli jugak satu beg Prada (konon) kat sini. Hehe

Makanan ringan and dessert Bandung pon banyak. Boleh beli buat ole ole orang kampung.

Mak kakak beli kain untuk raya kat sini. Kedai ekslusif, tapi harga berpatutan.

Ni jangan beli. Haroomm.


Sambil-sambil tunggu kakak sepupu shopping dalam Rumah Mode, kakak beli ni.

Nice sebab banyak cheeeese ^^


Hari yang keempat ni hari last untuk kami melawat Bandung. sebab esok dan nak balik Malaysia awal pagi. Hari keempat ni kami pergi ke Grafika Cikole, FarmHouse, tempat Kopi Luwak, and The Lodge. Semua tempat ni best habaq hang!

FarmHouse ni tak sempat singgah sebab ramai sangat orang. So dapat tengok dari luar je.

Grafika Cikole Lembang

Hai awak, kita single lagi. Eh?

Polaroid picture i a must.

Kakak try Flying Fox for the first time ever. Tak tinggi sangat so okey la. Kakak ni gayat orangnya Haha. Btw gambar dah landing je ada. Hurmm.. - -


Lepas tu kitorang pergi tempat Kopi Luwak. Alah yang kopi taik musang tu. Lepas dia cerita semua pasal musang and proses jadi kopi tu, kitorang try la minum kopi secawan, and beli kopi instant bawak balik Malaysia. Kat Malaysia tak jumpa kopi ni tau.

Hai musang Pandan!

Comel kan dia tidur? Gebu gebas je.


Ni la geng Rombongan Makcik bawang.


 Last destination is The Lodge Maribaya. Tempat ni cantik. Tapi aktiviti yang disediakan memang untuk bergambar je.Tapi memang lawa la gambar sebab view gunung dia cantik sangat. Macam gambar bawah ni.


Gayat jugak naik benda alah ni tau.


Nak cakap lapan ratus kali...view sini cantik sangat tau!


Ni pintu masuk dia. Mamat kat tepi tu tunggu turn nak ambik gambar. 



Kakak naik dua benda je sebab bajet sikit. kalau banyak bajet bolehlah naik semua.

Ni barang yang kakak shopping. Belum campur makanan and ole ole lagi ni. Ni barang kakak je. Nasib baik balik naik Malindo so takde masalah la barang banyak.

Ni je balance. Tukar ringgit dapat la balik dalam RM 30 ++.


Bye bye Bandung. Ada rezeki kita ketemu lagi ya!