Friday 4 April 2014

Sehari Bersama Skuad 1.0

Kembang kempis hidung gua saat menaip entry ni. Bukan kerana mengah tapi kerana hidung gua memang kembang der..nak buat gu ane..hishh!


  Sejak dua menjak ni gua malas sangat nak taip entry sebab gua getik tengok font entry gua yang besar and huduh ni. Gua ni dah la rabun IT, tak reti gua nak godek godek benda alah ni nak cek cemana nak normalkan balik font ni macam entry sebelum sebelum ni. Gua ni rabun ayam je belum rabun dekat jauh lagi nak baca tulisan yang besar and bold mengalahkan topik utama kat akhbar Metro. Tengok! Gua kalau marah memang bahasa skema yang keluar.

  Memandangkan gua caring kat followers gua yang 'suka' baca entry gua yang gua sendiri taktahu apa genrenya, maka gua update la jugak supaya blog gua tak dipandang sepi dan sunyi tanpa views.

    Hokay..alkisah bermula pada minggu lepas bersamaan 30 mac 2014, kelab Skuad MDAB dengan jayanya laksanakan program sulung untuk semester ni iaitu program yang diberi nama Sehari Bersama Skuad 1.0

   So, gua sebagai setiausaha tanpa gaji ni terpanggil untuk membuat laporan secara dalam talian walhal laporan yang sepatutnya dihantar ke HEP belum gua setelkan. 

  Program yang menyajikan permainan bowling sebagai tarikan memang berjaya mencapai matlamatnya. Walaupun nampak macam takde kena mengena malah telah menyimpang siur daripada visi dan misi MDAB yang sebenar namun gua rasa terpanggil untuk menjelaskan hal yang sebenar.

   Sehari Bersama Skuad ni tujuannya nak merapatkan ukhwah dan saling berkenalan antara ahli lama dan baru. Boleh terima tak alasan gua ni? Tapi ni bukan alasan, ni jawapan. Kami memilih sukan bowling sebagai medium kerana ianya sesai dengan jiwa remaja kini yang urban...kecuali gua. Gua tak minat bowling. Gua lagi suka main ting ting, penggal kasut, batu seremban, polis sentri, kawin kawin,....................

   Tapi haruskah gua berbangga kerana mendapat markah yang tertinggi diantara ahli grup gua tu. Walhal gua bukannya reti main. Gua main campak je bola tu sampai nak retak lantai tu gua punya angkara.

   Disebabkan grup gua tak menang pun masa game tu so gua batalkan niat nak berlagak tu. kalau menang bolehla jugak gua bangga sebab jadi penyumbang markah tertinggi.
   Gua malas dah nak taip memandangkan esaimen gua tak siap lagi. Jepun and Eco pun tak study lagi padahal gua ada test rabu ni. Haish..bestnya time sekolah rendah dulu. Gua mana penah study bila nak exam.Waima UPSR sekalipun.Kalau kat U ni gua aplikasikan cara tu balik agak-agak gua kena maki tak?

   Tak lengkap rasanya kalau laporan dalam talian gua ni tak diserikan dengan gambar. Jadi sebagai penutup gua dengan bangga nak persembahkan hasil seni gua yang telah diabadikan menggunakan kamera digital Olympus hadiah dari mama gua. Ohsem daebak kamera ni tau! credit to my mom. Pit co!


kenapa gua rasa gua comel?


Taufiq aka YDP MPP

Ajie, pengasas Skuad MDAB



ni gua..gaya macam nak kejar bangla jual eskrem je..



nama gua yang bawah sekali tu.gua nak kena bangga ke?

bestnya dapat makan megi kat tempat awam...

   

No comments:

Post a Comment