Tuesday, 6 May 2014

a day as a tourist in Penang

Yuhuuu~~
selamat tinggal mood sedih! Sekarang mood untuk bersuka ria.
Semalam aku dengan classmate, housemate, roomate and bestmate aku, Fizah pergi Pulau untuk buat research pasal group assignment kitorang.

Actually, plan asal nak pergi jauh sikit. Tapi memandangkan kesuntukan masa dan bajet...pergi Pulau je la. Our topic is Visit Malaysia Year: Impact to tourism industry after negative incident. So we ols decide nak buat research kat Kementerian Pelancongan Penang je.


Nasib tak menyebelahi. Sape suruh datang tak buat appointment. Kan dah takde pegawainya. Ada meeting kat Putrajaya la pulakkk.....

Tapi takpe..as i mention in previous entry...life must go on..muahaha! We ols pun apa lagi. Menyamar jadi tourist la..Kebetulan aku pakai jubah dengan pashmina. Agak-agak ada tak yang sangka we ols tourist dari Arab ke? Pakistan ke? hehe....

Sumpah best. aku tak pernah rasa nikmatnya jalan kaki kat tengah pekan. Ini la first time. Sebelum ni pernah jugak sekali holiday kat Penang dengan family. Tapi time tu aku drive sendiri. Berbaku bakul la carut maki dan sumpah seranah yang keluar dari mulut aku sepanjang drive tu.

Seriously, kat Pulau lagi best jalan kaki or naik public transpot je. Sebab pekannya sempit and jalan selalu jem. Lagipun kalau nak pergi 1 tempat ke 1 tempat bukannya jauh sangat pun. and one more thing, banyak benda interesting yang kita boleh jumpa kat tepi tepi jalan atau lorong lorong kalau kita jalan kaki.


sudah menjadi kemestian untuk berselfie..kenapa ye??

that's Komtar! View from the ferry.

Then we ols naik bus pergi Komtar. Saje je teringin nak masuk dalam Komtar tu. First time masuk dowh.....hidup segan mati tak mahu je rupanya kedai kedai dalam tu. Mungkin sebab dah ada Prangin Mall and Parkson kat sebelahnya. Fizah sempat siggah gunting rambut kat dalam tu. Memula aku pun ingat nak gunting rambut jugak. Tapi bila tengok makcik tu macam tengah uli doh roti canai je buat kat Fizah tak jadi la aku.

our senior. Praktikal kat Kementerian Pelancongan Penang.


Eh! ada paparazi. feeling2 retis mak nokk..

3D museum


uncle ni soooo nice!

Fizah tengah gunting rambut. Kite selfie~


Then pergi Prangin Mall. Lepas tu keluar cari bus stop. Naik bus tapi separuh jalan je. Disebabkan bosan dengan kesesakan jalan raya, aku and Fizah turun dari bus and sambung jalan kaki dekat Little India. Singgah makan ABC and roti poratta jap.

Best la jalan kaki macam tu sebab kita boleh ramah mesra dengan ramai orang. Aku rasa semua orang friendly sangat. Termasuk la foreign.

Prangin Mall

mm...apa namanya ni ye? tapi interesting.Banyak kat tepi tepi jalan

ada lagi.....

dan lagi....banyak seni kat lorong lorong Penang ni

ekk..lentok habis

bubye Island..kembali ke tanah besar


tu je daaa!

Tuesday, 29 April 2014

iols jumpa M.Nasir~~

Yuhuuuu~~

Kali ni iols nak story ala ala retis sikit uols..sebab aritu iols jumpa retis baqhang!

Oookay...akibat taksub dan bangga diri, maka pembuka cerita terus masuk isi penting tanpa perlu sebarang mukadimah yang berbunga bunga.

Let me tell u bebeh! Last week iols join program under Kelab Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) university iols. Actually iols under portfolio lakonan, tapi disebabkan takde bengkel lakonan dalam program kali ni..so iols menyelit la dalam portfolio tarian walaupun hakikatnya iols sangatlah kayu ye uols. Hanya bengkel tarian dan muzik je ada.

Bengkel ni sebenarnya dekat Melaka, tapi sebelum sampai Melaka we olls ada 1 lagi misi iaitu singgah di Sg. Buloh untuk berjumba dengan sifu M.Nasir!!! (big clap)

Honestly, iols takdela minat sangat dengan M.Nasir. Iols lagi minat Jamal Abdillah. Tapi masa kecik kecik dulu iols suka tengok cerita Hang Tuah yang M.Nasir belakon. hihi...

dalam studio recording

depan Luncai Emas dengan M.Nasir

iols pun nak menyelit jugak....

Lepas settle sesi dengan M.Nasir dekat Luncai Emas, we ols teruskan perjalanan sampai ke Melaka. We ols stay kat kolej Uitm Bandaraya Melaka. Dekat tengah malam jugak la baru sampai. Esoknya awal pagi lagi dah pergi ke UTC untuk bengkel. What can i say untuk bengkel ni ialah.........azabnya!!!!!! sampai sakit badan badan we ols!!Sangat tough latihannya. We ols belajar tarian kotemperori silat. Dari pagi sampai ke petang latihan..badan rasa dah lunyai takde tenaga. kau hado??

semua pakat letih terbongkang

tapi iols sempat selfie uols!

Diana siap tido lagi....

iols maintain bertenaga..bhahaha!

chika pun tido belakang meja

2 orang ni jurutari we ols

akhirnya tamat jugak......

pose!


Malamnya aktiviti bebas. Sukati korang la nak terbalik ke terbongkang ke kat tengah tengah jalan. Tak pun nak menari samba dekat Mahkota parade atau joget lambak dekat Menara taming sari. tapi iols seorang yang bijak. Oleh itu iols and the gang jalan jalan sambil menikmati keindahan bandar Melaka dan bershopping. Bijakkan?
ni apa ek?kincir angin ye...?


beca hello kitty~ nak naik tapi mahal sangat

Esoknya we ols bertolak awal pagi sebab jauh kan....dari Selatan nak balik ke utara. Kalau lewat nanti letih pulak. Sebelum balik iols sempat jumpa bestfriend iols, Yang Sazliza yang dah final semester kat Uitm Melaka tu. makin Cantik dia tau. jeles iols..okay tu je..bubye Melaka!
iols pakai baju melaka baru beli tuuueew~

ni Yang and iols

Fazzy and me

iols and...Messi! muahaha!


ok daaaa!!

Monday, 21 April 2014

entry posing posing

testing...

hei readers out there!  Tadaima~ 
after long long time no see, now i'm back with new story.

Puih!

intro yang bajet hot..kau ingat kau Puteri Awani?

Okay. Setelah menginsafi diri selang beberapa saat, gua kini menjadi diri sendiri. Blog yang makin dipandang sepi oleh masyarakat termasuk tuannya sendiri ini kini menjadi tempat gua mencurahkan seni lagi.

Tapi gua mintak maaf sebab gua malas sangat nak menaip der. Dengan skrip drama KEKWA plus manuskrip novel yang still in progress yang gua sendiri tak tahu bila nak siapnya, ditambah pula dengan assignment yang perlukan kerja-kerja menaip juga, gua kini malas nak main taip taip lagi. Kan best kalau boleh record je apa kita cakap lepas tu otometik taip sendiri. Mohon ada engineer yang sudi laksanakan permintaan beta ni. eh? kerja engineer ke yang cipta cipta alat ni??

Apa apa je lah labu~

back to the point, gua ni nak tepek lagi gambar-gambar gua yang gua rasa habis cun dah. Ya. gua tau ramai yang jaki malah berbulu je bila tengok gambar gua ni. Tapi takpe. Gua kalis maki. Dalam erti kata lain gua dah lali kena maki. Setakat ayat yang menyakitkan hati tu apa lah sangat. Gua pun boleh hamburkan balik malah lebih nista dan keji. Tapi sebagai manusia yang bertamadun gua sarankan janganlah ada yang berniat atau melakukannya tanpa niat. Apalah yang dapat main maki maki ni. Kan lebih best main konda kondi.

ini Fazzy..dia stay kat rumah gua cuti midsem. so gua angkut dia bawak g Cameron sekali


gua yang ayu 


kami yang sopan..


serta santun...




sopannya gua...rasa nak sepak diri sendiri 3 kali








kat dinding CIMB Teluk Intan pun jadi......


feeling Yuna jap..


tasik Bandar Baru Kampar..serius best..feeling2 cam kat Jepun


tengok cantik kan? gua dah cakap kan....







Belakang batu ni ada air terjun~~




e eh..gua nampak tinggi!




waiting for you.............Zzzzz....


Friday, 4 April 2014

Sehari Bersama Skuad 1.0

Kembang kempis hidung gua saat menaip entry ni. Bukan kerana mengah tapi kerana hidung gua memang kembang der..nak buat gu ane..hishh!


  Sejak dua menjak ni gua malas sangat nak taip entry sebab gua getik tengok font entry gua yang besar and huduh ni. Gua ni dah la rabun IT, tak reti gua nak godek godek benda alah ni nak cek cemana nak normalkan balik font ni macam entry sebelum sebelum ni. Gua ni rabun ayam je belum rabun dekat jauh lagi nak baca tulisan yang besar and bold mengalahkan topik utama kat akhbar Metro. Tengok! Gua kalau marah memang bahasa skema yang keluar.

  Memandangkan gua caring kat followers gua yang 'suka' baca entry gua yang gua sendiri taktahu apa genrenya, maka gua update la jugak supaya blog gua tak dipandang sepi dan sunyi tanpa views.

    Hokay..alkisah bermula pada minggu lepas bersamaan 30 mac 2014, kelab Skuad MDAB dengan jayanya laksanakan program sulung untuk semester ni iaitu program yang diberi nama Sehari Bersama Skuad 1.0

   So, gua sebagai setiausaha tanpa gaji ni terpanggil untuk membuat laporan secara dalam talian walhal laporan yang sepatutnya dihantar ke HEP belum gua setelkan. 

  Program yang menyajikan permainan bowling sebagai tarikan memang berjaya mencapai matlamatnya. Walaupun nampak macam takde kena mengena malah telah menyimpang siur daripada visi dan misi MDAB yang sebenar namun gua rasa terpanggil untuk menjelaskan hal yang sebenar.

   Sehari Bersama Skuad ni tujuannya nak merapatkan ukhwah dan saling berkenalan antara ahli lama dan baru. Boleh terima tak alasan gua ni? Tapi ni bukan alasan, ni jawapan. Kami memilih sukan bowling sebagai medium kerana ianya sesai dengan jiwa remaja kini yang urban...kecuali gua. Gua tak minat bowling. Gua lagi suka main ting ting, penggal kasut, batu seremban, polis sentri, kawin kawin,....................

   Tapi haruskah gua berbangga kerana mendapat markah yang tertinggi diantara ahli grup gua tu. Walhal gua bukannya reti main. Gua main campak je bola tu sampai nak retak lantai tu gua punya angkara.

   Disebabkan grup gua tak menang pun masa game tu so gua batalkan niat nak berlagak tu. kalau menang bolehla jugak gua bangga sebab jadi penyumbang markah tertinggi.
   Gua malas dah nak taip memandangkan esaimen gua tak siap lagi. Jepun and Eco pun tak study lagi padahal gua ada test rabu ni. Haish..bestnya time sekolah rendah dulu. Gua mana penah study bila nak exam.Waima UPSR sekalipun.Kalau kat U ni gua aplikasikan cara tu balik agak-agak gua kena maki tak?

   Tak lengkap rasanya kalau laporan dalam talian gua ni tak diserikan dengan gambar. Jadi sebagai penutup gua dengan bangga nak persembahkan hasil seni gua yang telah diabadikan menggunakan kamera digital Olympus hadiah dari mama gua. Ohsem daebak kamera ni tau! credit to my mom. Pit co!


kenapa gua rasa gua comel?


Taufiq aka YDP MPP

Ajie, pengasas Skuad MDAB



ni gua..gaya macam nak kejar bangla jual eskrem je..



nama gua yang bawah sekali tu.gua nak kena bangga ke?

bestnya dapat makan megi kat tempat awam...