Assalamualaikum and salam 1 Malaysia!
Alhamdulillah,hari ni dah 7 Julai....3 hari je lagi nak puasa...yey yey!!Rindunyer bulan ramadhan...
Tahun ni aku azam nak puasa penuh!eh!.............................................................boleh ke?Oooh silap..aku azam nak sahur penuh...haha!!Aku ni memang liat sangat nak bangun sahur.Kalau sebelum ni kat rumah takpe la ada mummy.Mummy terpaksa masak nasi goreng and telur goreng hari hari sebab nak suruh aku makan sahur..2 menu tu je yang mampu merangsang perut aku untuk makan pepagi buta..ngeh ngeh ngeh..nampak tak kasih sayang seorang ibu di situ...
Berubah dari segi apa??Ha..korang tau tak sekarang ni...time aku tengah menaip ni...saat aku sedang menekan nekan keyboard ni....pukul berapa??Jam kat dashboard lappy aku ni sekarang dah pukul 3.53 pagi.Tapi aku rasa macam baru pukul 9 malam..Kepala hangguk sungguh kan.....Entah sejak bila la aku jadi songsang ni entah le..tapi bukan aku sorang,housemate aku pun sama...housemate aku semua belum tidur lagi sekarang ni.....
Kitorang selalunya lepas subuh baru tidur..Kalau dah lepas subuh tu baru nak tidur....paham paham je la bangunnya pukul berapa........Dah terbiasa pulak macam ni..Selalunya time time macam ni kitorang study,tu kalau mood tengah rajin la...Kalau tak main game...takpun tengok movie..Kalau jahat sikit mengumpat...Kalau gedik sikit menari...kalau jongket sikit sembang pasal jantan..haha!!!
Bila cara hidup ni dah berubah..pola pemakanan pun berubah la jugak..Aisey,dah macam buat inferense subjek sains la pulak..semakin rendah satah condong,semakin mudah beban untuk dialihkan..wah wah wah!!Mentang mentang la aku pernah jadi cikgu sains!haha
Contohnya macam sekarang ni,sambil aku menaip entry ni aku tengah melantak biskut oreo cicah nescafe mild 3 in 1..sedap baq hang!!haha..So,tak usah risau la aku tak bangun sahur puasa tahun ni...ngeeeee~~
Ape ape pun..aktiviti paranormal kami ni tetap tak bagus untuk kesihatan.Gejala tak sihat seperti ini harus dibendung dengan segera agar ianya tidak berleluasa.E'eh!Dah macam karangan Bahasa Melayu la pulak.Mentang mentang la pernah jadi cikgu bahasa melayu and ada dapat anugerah STPM bahasa Melayu terbaik..haha!!Poyo pulak aku pepagi buta ni...
Nasib baik la seminggu lagi dah nak cuti semester,so boleh la aku nak meneutral kan balik cara hidup aku ni.Biar senonoh sikit.hoho!By the way,aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat..especially kawan aku Aishah kavita yang tahun ni first year sambut puasa as a mulimah.yeay!!nanti kita beraya sama sama ye!!hihihi~~
time celebrate birthday sue..abaikan tudung and spek aku yang huduh tu...
belakang dari kiri: Mira a.k.a mek,Fazzy,aku and Adda
depan dari kiri: Sue,Cuna and Imah......hihiii..tema hijau!
tu je...daaaaaa!!!!!
anom memang kalau bab nak meyongket...serah :)
ReplyDeleteZA satu :P
hahaha!!hobi masa lapang~~tapi selalunya kalau takde masa lapang pon tetap menjongket jugak...!huhuuu~
ReplyDelete