“Kinah!Kau kemana tadi?Bukan
ke kau janji nak jumpa aku dekat kafe?”Soal Ieqwa berang.Sakinah,Zetty dan
Liyana serentak memandang Ieqwa.
“Ieqwa,baju kau tu kenapa?”Soalan dijawab dengan soalan.Sakinah menunjuk
kearah baju Ieqwa yang terdapat kesan teh tarik.Oleh kerana baju yang
dipakainya berwarna putih,maka kesan teh tarik tersebut sangat jelas kelihatan.
“Kau jangan tanya la pasal
baju aku ni.Dah la sejak dari kafe tadi sampai ke sini semua orang usha aku
semacam je.”
“Apa hal wei?Kau buat hal lagi
ke?”Soal Liyana.
“Argghhhh!!!”Tiba-tiba sahaja
Ieqwa menjerit.Tersedak Liyana yang sedang minum air.“Woi!Kau ni apasal?Kena
sampuk ke apa?Tiba-tiba je menjerit.”Jerkah Zetty.
“Aku bengang betul la.Mana je
aku pergi mesti jumpa dengan tenuk tu.kalau aku jumpa je dia mesti ada
masalah.Dia sengaja je cari pasal dengan aku.”
“Tenuk?Siapa yang kau
maksudkan ni?”Tanya Zetty hairan.
“Ala…si poyoman yang hari tu la.”
“Poyoman…..?”Zetty cuba mengingat orang yang dimaksudkan.
“Alah,buffering la Zetty ni.Mamat lancer tu la.Ingat tak?”Sakinah pula
cuba mengingatkan Zetty.
“Tenuk..poyoman…mamat lancer?Owh,yang tu!Aku ingat
dah.”Spontan Zetty memetik jari.
“Slow la kau ni.Tu la,orang sekarang semua dah pakai 4G,kau still guna 3G.”Gurau Liyana.
“Aku mana la ingat.Kau orang just cerita je pasal mamat tu kat
aku.Macam mana rupanya pun aku tak tahu.Kau orang ye la ada tengok ‘drama live’ lagi.Kali ni drama apa pulak yang
dia buat?”
“Aksi.”Jawab Ieqwa ringkas.
“Mesti aksi komedi lagi
kan?Celah Sakinah dengan senyuman menyindir.
Ieqwa membisu,tidak memberi
sebarang respon.Matanya lurus memandang dinding.Wajahnya sugul dan tidak
bermaya.Dalam hatinya ketika itu bergelodak bermacam jenis perasaan.Sakit
hati!marah!Benci!Sedih!Malu!Dendam!Kenapa tidak ada satu pun perasaan yang
baik?Sedangkan sebelum ini dia seorang yang pemaaf,sentiasa ceria dan tidak
berdendam.Ya!Tidak berdendam.Tetapi pada saat ini otaknya sedang ligat
memikirkan idea untuk membalas dendam.Siaplah kau kalau aku jumpa kau lagi!
“Woi!Kau berangan ke?”Sergah
Sakinah.Ieqwa mengurut dada kerana terkejut.
“Ha,tu la…berangan lagi.Mesti
kau tengah berangan sedang beraksi romantik dengan mamat tu kan?”Zetty sengaja
mengusik.
“Kepala hangguk mu!Aku tengah
fikir macam mana nak balas dendam la.Dah dua kali dia buli aku.Kalau masuk kali
ketiga memang mintak kaki la jawabnya.Dia ingat aku ni Bawang Putih ke
suka-suka je dia nak buli.”
“Ala,dia buli-buli manja je
kot.Takkan la sampai berdendam?”
“Buli-buli manja hangguk
mu!”Sekali lagi Zetty di’hangguk’kan.“Itu buli selagi mahu namanya.Mamat tu
kalau kau nak tahu,dia tu busuk hati sebenarnya.Hati dia tak tenang kalau tak
dapat seksa hidup orang lain.Bukan setakat hati je yang busuk.Busuk perut,busuk
mulut,busuk ketiak,semuanya busuklah!”
“Sakinah dan Liyana hanya
ketawa manakala Zetty pula sudah membuat muka.“Hambek kau Zetty.Dua kali kena
hangguk dengan Ieqwa.Jangan sampai masuk kali ketiga sudah.”Ujar Liyana di
hujung tawa.
“Eleh!Ingat aku takut sangat
ke dengan budak Ieqwa ni?Tak goyang la wei!Dia yang goyang dengan aku.”
Serta-merta sebiji bantal
melayang tepat ke muka Zetty.Nyaris terbaring Zetty yang sedang duduk bersila
di atas katil.
“Ha!Siapa yang goyang
sekarang?Kau ke aku?”
“Apa ni wei?Tak aci la main
serang hendap!”Diambilnya bantal tersebut lalu dibaling semula ke arah
Ieqwa.Namun Ieqwa lebih pantas mengelak.Zetty mengejar Ieqwa yang sudah lari
keluar dari bilik.
Sakinah dan Liyana hanya mampu
menggelengkan kepala.Mereka sudah lali dengan situasi yang kurang matang
seperti itu.
“Umur masing-masing dah 21
tahun,tapi perangai still macam budak
12 tahun.”Rungut Liyana.
No comments:
Post a Comment