Pon!Pon!Pon!Ben menekan hon
keretanya berkali-kali.Ieqwa,Liyana dan Sakinah serentak menoleh.Mata mereka
terpaku pada kereta Mitsubishi Lancer yang mengehon tadi.
Mereka tertanya-tanya tujuan
pemilik kereta tersebut membunyikan hon.Adakah mahu mengorat atau sekadar
hendak menunjuk-nunjuk kereta?Mentang-mentanglah mereka hanya berjalan kaki.Cermin
kereta yang gelap menyukarkan mereka melihat makhluk yang berada dalam kereta
tersebut.
Ben menurunkan cermin tingkap
di sebelah pemandu.Dengan wajah yang angkuh dia mengarahkan agar ketiga-tiga
gadis tersebut ketepi melalui isyarat tangan.Walaupun terbit rasa tidak puas
hati,namun mereka terpaksa akur dengan arahan ‘bisu’ tersebut kerana malas mahu
mencari masalah.Sedangkan jalan tersebut masih terbentang luas dan muat untuk
dilalui lori kontena 24 tayar walaupun mereka tidak perlu ke tepi.
Ben memberhentikan kereta
apabila berselisihan dengan ketiga-tiga gadis tersebut.“Wahai makcik-makcik
sekalian,lain kali jangan nak berlenggang kangkung di tengah jalan.Kalau nak
praktis catwalk pun tolong jangan di
sini ye.Menyusahkan orang je.”Tuturnya lembut tapi penuh sinis.Dia kemudiannya
memecut kereta sambil diperhatikan sepasang renungan tajam.
“Eee…poyo betul.Siapa mamat
tu?Bukan lecturer kan?”Soal
Liyana.Sakinah hanya mengangkat bahu sambil mencebik bibir.
“Dah la,jom blah.Nanti lambat
pulak.”Liyana menarik tangan Ieqwa.
“Kita halang laluan dia ke
tadi?”Ieqwa masih tidak berpuas hati.
“Ala,biarlah dia.Kau anggap je
dia tak pandai bawak kereta,habis cerita.”Sakinah hanya mengangguk-angguk tanda
bersetuju dengan kata-kata Liyana.Ieqwa tidak berkata apa-apa.Namun wajahnya
yang berkerut-kerut itu katara menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Selepas habis
kuliah,Ieqwa,Liyana dan Sakinah berjalan pulang ke kolej bersama.Sewaktu
melalui kawasan parkir,Ieqwa terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya.“BEN
90.”Plat kereta itu dibaca perlahan.“Ini kereta mamat poyo pagi tadi
kan?”Liyana dan Sakinah serentak memandang Ieqwa sebelum mengalihkan pandangan
ke arah kereta yang dimaksudkan.
“Entah la.Ye kot.Nampak macam
sama je.”Ujar Sakinah tidak pasti.
“Mmm…parking dekat tempat student.Maksudnya
dia ni student la.”Kata Ieqwa
seolah-olah bermonolog,namun jelas didengari dua sahabatnya.
“Kalau student pun kenapa?Kau nak ngorat ke?”
“Muka aku ni nampak macam desperate sangat ke?”Soal Ieqwa kembali
dengan wajah yang tiada perasaan.
“Ada la sikit.”Jawab Liyana
selamba.
“Eee…kau ni!Tak guna punya
kawan!”Kaki Ieqwa mengacah untuk menyepak Liyana.
“Ooooiii!!”Tidak semena-mena
satu suara menegur dengan kasar.Mereka bertiga serentak memandang ke arah si
empunya suara garau tersebut.
“Kau buat apa dengan kereta
aku ni?Nak sepak ye?Kalau calar ke remuk ke kau mampu ganti ke?!”
Ieqwa memandang lelaki
dihadapannya itu dengan wajah hairan.‘Mamat ni dah salah faham kot.’Desis
hatinya.“Sorry la bro.Aku bukan nak sepak kereta kau
ni.Aku nak sepak kawan aku.Itu pun bukannya nak sepak betul-betul,acah
je.”Ieqwa cuba menerangkan situasi sebenar.Sakinah dan Liyana pula hanya
menjadi pemerhati.
“Eleh!Nak cover la tu.Ingat aku nak percaya?”Sindir lelaki tersebut.
“Ek eleh mamat ni…”gumam
Ieqwa.Matanya memandang lelaki dihadapannya itu dari atas ke bawah.“Lantak kau
la nak percaya ke tak.Ada aku kisah?”Ieqwa menjeling dan terus berlalu tanpa
pedulikan lelaki itu.Sakinah dan Liyana hanya menurut.
“Woi!Nak pergi mana tu?Dah
buat salah main blah macam tu je.Cikgu kat sekolah kau dulu ajar macam tu ke?”Ieqwa
memberhentikan langkah.Dia melepaskan keluhan berat.Berdesing telinganya
mendengar kata-kata lelaki itu.Dengan lagak ala-ala gangster dia berpusing dan
perlahan-lahan melangkah ke arah lelaki tersebut.
“Macam mana kau boleh tahu
cikgu sekolah aku dulu ajar macam tu?Memang pun.Pandai kau teka.”Perlahan-lahan
Ieqwa menghabiskan ayat.“Lagi satu kan,cikgu aku ajar…kalau jumpa orang biadap
macam kau ni….patut buat macam ni je!”Tanpa teragak-agak Ieqwa menendang kereta
lelaki itu.“Daripada aku tak buat,kau tuduh aku buat.So baik aku buat betul-betul je kan?”Ieqwa mempamerkan wajah
selamba.
Tergamam lelaki tersebut.Saat
itu egonya rasa bagai dipijak-pijak.Minah ni memang nak kena!Tangannya sudah
diangkat.Bersedia untuk menghayunkan penampar sulung kepada perempuan yang tak
serupa perempuan baginya itu.
“Ben!”Satu suara memanggil
dari jauh.Penampar tidak jadi dihayunkan.Lelaki yang bernama Ben itu memandang
ke arah suara yang memanggilnya tadi.Tercungap-cungap Eddy berlari untuk
meleraikan keadaan.Dia yang sedang menapak untuk ke kereta ternampak Ben
hampir-hampir menampar seorang perempuan.Mamat ni bukan boleh percaya.Kalau tak
dihalang silap haribulan masuk ICU perempuan tersebut.
Ieqwa mengambil peluang ini
untuk melarikan diri.Sekuat hati dia berlari dengan langkah yang sebesar
mungkin.Liyana dan Sakinah berpandangan sesama sendiri sebelum menuruti langkah
Ieqwa.Gila ke nak tunggu kat situ!Silap-silap mereka pula yang kena penampar.
“Woi!Kurang ajar punya
perempuan…….”Ben hanya mampu memandang mereka yang sudah jauh melarikan
diri.Pantas sungguh!Kalau masuk marathon conform
top 3.Si perempuan yang menendang keretanya itu sudah tentulah juaranya.Ben
menjeling Eddy yang sudah berada di sisinya.
“Apasal?”Berkerut dahi eddy
menyoal.
“Sebab kau la perempuan tu
lari.Kalau tak dia dah kena ajar dengan aku dah.”
“kau gila ke nak tampar
perempuan.Dia buat apa sampai kau nak tampar dia?”
“Tu…”Panjang muncung Ben
menunjukkan bekas tapak kasut Ieqwa di pintu keretanya.
“Apasal tu?”Soal Eddy lagi
yang masih tidak mengerti.
“Apasal apanya lagi!Perempuan
tu sepak la!Kali ini suara Ben mula meninggi.
“Perempuan tu sepak?Apasal dia
tiba-tiba sepak pulak?Kau cari pasal dengan dia
ke?Kalau tak takkan dia
tiba-tiba sepak kot.”Eddy seolah-olah tidak percaya.
“Minah tu psycho
kot…hish!habis kotor kereta aku….”Ben mencangkung di sisi keretanya.
“Ala..sikit je tu.Tak calar
pun kan?Basuh nanti elok la.Takkan itu pun sampai
nak tampar.”
“Sikit apanya?Entah apa yang
dipijaknya kat kasut dia tu.Taik ayam ke?Taik
kucing ke?Mana kita tahu.Dah
la kereta aku ni warna putih.”Ben masih tidak berpuas hati.
Eddy ketawa.Cerewet sungguh
sahabatnya itu.“Takde taik pun kan?Aku tengok tu kesan tanah dengan pasir je.Kecoh je la kau
ni.Tu pun nasib baik dia tak pakai heel.
Kalau tak comform calar.”Eddy memandang Ben yang langsung tak berkutik.
“Dah dah dah….jom balik!Kau pandang benda alah tu lama-lama pun bukannya
boleh bersih.Balik nanti kau
basuh la.”Eddy menekan alarm
keretanya.Ben malas mahu bersuara.Mereka masuk ke kereta dan berpisah untuk
pulang ke rumah masing-masing.
“Kanda!”Panggilan daripada
Tengku Hanna Damia mematikan lamunan Ben tentang pergaduhan pertamanya dengan
perempuan yang dibencinya itu..“Mia panggil Kanda ke?”Soal Ben.
“Ye la.Banyak kali Mia
panggil,Kanda tak dengar ke?”
“Aaa…mmm..tak berapa nak dengar.Mia
nak apa panggil Kanda?”
“Bonda suruh turun makan.”
“Oo..okay!Mia turun dulu.Nanti
Kanda turun ye.”Tutur Ben lembut.
okay2... ada peningkatan. cewahh~ aku suka gak love hate story ni... keep it up the good work cik anom
ReplyDeleteaku soda...
ReplyDelete