Assalamualaikum.
Hari ni dah 30 november 2013. Mean lagi 3 hari usia aku genap 21 tahun...Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih bila kenangkan umur aku yang makin meningkat.....
Usia 21 bermaksud aku bukan lagi di bawah tanggungan keluarga walaupun pada hakikatnya masih lagi ditanggung sepenuhnya.
Usia 21 bermaksud aku sudah cukup dewasa untuk hidup berdikari, tak lagi susahkan hati family.
Usia 21 bermaksud aku tak lagi lalai dalam ibadah khususnya yang wajib.
Usia 21 bermaksud aku tak lagi mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak solehah.
Usia 21 bermaksud aku tak sepatutnya menambahkan lagi dosa yang ada,dan tak akan membiarkan arwah abah turut menanggung dosa aku.
Mungkin fikiran aku yang agak sempit sebab takut mengenangkan usia yang meningkat.Tapi itu la hakikatnya..aku terfikir jugak, adakah aku sempat menempuh usia 21 tahun atau Allah menjemput aku terlebih dahulu. Entah kenapa emosi aku sejak kebelakangan ni rasa sedih je..Asyik terkenangkan arwah abah and arwah adik.Rasa rindu sangat dekat mereka.Aku selalu harap arwah abah and adik akan muncul dalam mimpi aku setiap malam supaya dapat lepaskan rindu. Tapi setiap kali mimpikan mereka hati aku jadi makin sedih. Kenapa ya? Kadang-kadang aku terfikir adakah aku masih tak mampu terima hakikat yang mereka dah tak ada..........
Usia 21 ni aku berazam untuk menjadi muslimah dalam erti kata sebenar iaitu yang mampu memelihara aurat serta ibadah dengan sempurna, menjadi anak yang solehah,yang tak pernah lupa mendoakan mak dan abah.Menjadi manusia yang lebih berdikari dan berdisiplin.Menjadi insan yang lebih matang dan rasional,sentiasa mendahulukan perkara yang wajib dan penting serta mengurangkan perkara-perkara lagha.
Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.Bagi aku usia 21 sangat besar maknanya walaupun angkanya tak sebesar mana..
Semoga kita sama-sama mampu menjadi insan yang beriman dan sentiasa menuju ke arah kebaikan.Amin.
Saturday, 30 November 2013
Thursday, 21 November 2013
CINTA EGOIS :: Chapter 4
“Esok Kanda ada kelas ke?”Ben yang sedang hendak
menyuap nasi itu memandang Dania yang duduk di hadapannya.
“Ada.Pagi je.Kenapa?”Jawab Ben sambil
mengunyah nasi yang disuap tadi.
“Ha!Boleh la Kanda temankan Nia and Mia pergi shopping esok!”Ujar Nia sambil tersenyum teruja memandang
kembarnya,Mia.Tengku Hannis Dania dan Tengku Hanna Damia adalah sepasang kembar
seiras yang juga merupakan adik kepada Ben.Hubungan mereka bertiga sangat
akrab.
“Ala….Kanda baru ingat nak main game je kat rumah lepas habis kelas
esok.”Tutur Ben sambil mencapai gelas untuk diminum.
“Hish!Tak best
la Kanda ni…jom la temankan kita orang esok.Nia nak beli buku.Mia pun
sama.”Dania menguis-nguis nasi di pinggannya dengan sudu.Mukanya sudah monyok
seakan-akan merajuk.
Ben memandang wajah adik bongsunya
itu.Dania memang kuat merajuk.Sikapnya lebih keanak-anakkan berbanding Damia.Namun
kedua-duanya sama sahaja manjanya.Lebih-lebih lagi dengan dia.
“Okay
la….”akhirnya Ben bersetuju.Bukan main lebar senyuman Dania dan Damia.
“You guys can check kat i-learn. I dah post kan your assignment
kat situ. Due date
to submit assignment is one day before mid-term break.
Jangan lupa buat revision sekali untuk quiz
and test next week.Tolong jangan ambil remeh ye.Even you guys baru part one,jangan
ingat you guys boleh enjoy or ber‘honey moon’ pulak ye.Kalau part one ni pun you guys tak boleh score, part
two, three and above conform akan
jadi lagi susah.Silap-silap ada yang kena tendang.So…belajarlah anda sebelum anda jadi kurang ajar.”
Bergema kelas itu dengan gelak tawa
pelajar.Encik Zamri yang merupakan pensyarah untuk subjek Law itu memang suka berjenaka.Mungkin dia tidak mahu terlalu serius
kerana tidak mahu pelajar-pelajar rasa tertekan.Lebih-lebih lagi subjek Law itu sering dianggap susah oleh
kebanyakan pelajar.
Para pelajar membontoti Encik Zamri untuk
keluar dari kelas itu.Kelas mereka untuk hari ini telah selesai.Sepatutnya
mereka ada kelas Akaun dengan Puan Hayati,tetapi pensyarah muda itu telah
membatalkannya kerana ada urusan lain.
Ieqwa kelihatan tergesa-gesa untuk
pulang.Liyana dan Sakinah berlari-lari anak mengejar Ieqwa yang seperti lipas
kudung itu.Entah apa yang si Ieqwa tu kejarkan pun entah la,bukannya ada laki
di rumah pun yang hendak cepat sangat.
“Ieqwa!”Laung Sakinah.Ieqwa yang sedang
menuruni anak tangga itu mendongak ke atas.“Apa?”
“Tunggu la wei,kau nak kemana cepat-cepat
ni?”
“Aku nak balik la.Nak tidur ni,ngantuk.”
“Ek eleh..ingatkan apa la yang nak rushing sangat.Tak payah balik la
wei,keluar nak?Boring la duduk dalam bilik.Awal lagi ni,jom la keluar.”Pujuk
sakinah sambil menggoyang-goyangkan tangan Ieqwa.
“Iiiiishhh!!Mengarut la kau ni.Aku
mengantuk la.Aku tak tidur tau malam tadi!”Separuh menjerit suara Ieqwa. Orang
yang lalu lalang di situ memandang mereka.
“Memang la malam tadi kau tak tidur sebab
petang semalam kau dah puas tidur kan?!”Bidas Sakinah.Ieqwa mati akal untuk
bersuara.Dia memandang Sakinah dengan wajah tidak puas hati.Eee…kecik besar
kecik besar je aku tengok kau ni!
“Dah dah dah….tak payah nak buat muka
mintak kaki tu kat sini.Kau tunggu sini,tunggu si Yana tu.Dia pergi toilet tadi.Entah apa yang dibuatnya kat
jamban tu lama sangat pun entah la.Sembelit kot.Aku nak pergi ATM jap.Tunggu
tau!Jangan balik pulak!”Pesan Sakinah sambil dia berjalan meninggalkan Ieqwa di
tepi tangga itu.
“Tahu lah!”Jawab Ieqwa seakan-akan
marah.“Membebel macam mak nenek je la makcik ni……aku nak tidur tak dapat.kalau
nak keluar,keluar je la.Buat apa ajak aku sekali?Macam la aku ni bodyguard kau orang.”
Habis setiap kedai dilawati Dania dan
Damia.Kononnya dari rumah tadi hendak membeli buku.Tapi apabila tiba di situ kedai
pakaian dan kasut yang menjadi tumpuan mereka.Ben dari tadi menjadi pengikut
setia.Apa sahaja yang hendak mereka beli diturutinya.Dia memang jenis yang
tidak berkira dengan adik-adiknya.
“Bukan ke semalam Nia and Mia kata nak beli buku?Dari tadi Kanda tengok beli baju je…Mana
bukunya?”Sindir Ben.Dania yang sedang membelek baju itu tersengih manja.“Lepas
ni kita pergi la beli buku.Kita kan tak lalu kedai buku lagi….dah lalu nanti
singgah la.”Lambat-lambat Dania menghabiskan ayat.
“Ha’ah la Kanda.Mmm…Kanda pun beli baju
sekali nak tak?Baju ni nampak sesuai sangat dengan Kanda.Mesti handsome kalau Kanda pakai baju ni!”
“Eleh..nak bodek la tu.Kanda kalau pakai
apa-apa pun tetap handsome la.Tak
pakai baju lagi handsome.”Ben
menjentik dahi Damia.
“Auchh!Sakit la…..”
“Padan muka!Dah la,jom pergi kedai
buku.Lepas tu boleh makan,Kanda dah lapar ni.Lepas tu kita balik ye.Bonda pesan
balik sebelum maghrib kan tadi.”
Restoran makanan segera KFC menjadi
pilihan tiga beradik itu menjamu selera.Ben beratur untuk membuat pesanan
manakala Dania dan Damia pula menunggu di meja kosong yang tersedia.Selepas
membuat bayaran,Ben mengangkat dulang untuk dibawa ke meja.Sewaktu
berpusing,dia terlanggar seseorang.
“Adoi!!”Jerit orang yang
dilanggarnya.Akibat kurang kestabilan,habis air yang dipesannya tadi tumpah ke
lantai.Nasib baik snack plate dan dua
ketul burger tidak turut jatuh ke
lantai.
“Sorry
cik saya tak sengaja.”Ucap Ben dengan penuh rasa bersalah.Gadis yang
dilanggarnya itu sedang tunduk mengelap bajunya yang basah.Sebaik sahaja dia
mendongak…
“Kau!”Serentak mereka bersuara.Masing-masing
dengan mata terbeliak bagai mahu menelan orang.
“Kau memang sengaja kenakan aku kan?”Tengking
Ieqwa.
“Hah!”Ben melepaskan keluhan berat.“Kau
yang main langgar je,nak salahkan
orang lain pulak?”
“Kau yang jalan tak pakai mata.Hei!kau
jalan mata tu letak mana ha?Buta
ye?Tak Nampak orang?”
“Maaf la ye.Mata aku ni hanya nampak orang
yang cantik je.Kalau perempuan hodoh memang susah nak nampak!”
Ieqwa kehilangan kata-kata untuk
membidas.Bengkaknya hati dia ketika itu.Sudahlah bajunya basah,dikata hodoh
pula.Dia menggigit bibir sambil merenung tajam lelaki dihadapannya.
“Hei
poyoman,kau dah buat silap besar
sebab cari pasal dengan aku.”Lemah sahaja Ieqwa bersuara….
Wednesday, 6 November 2013
Malang atau cuai?
Assalamualaikum...
sambil berbaring malas kerana mengantuk dan kekenyangan aku taip entry ni..sebenarnya macam malas nak buat apa apa..tapi rasa macam malas pulak kalau tak buat apa apa..jadi apa yang aku harus buat sebenarnya?mmm...i have no idea..jadi aku putuskan untuk berblogging..yeay!!!saya suka saya suka!
Semester 2 ni aku banyak kelas praktikal.kalau nak diikutkan takde la banyak pon..ada 2 je..cuma kerana tempoh kelas yang terlalu lama (8 pagi - 2 petang ) aku rasa macam banyak la..
Hari isnin aku ada kelas serving.Waktu kelas serving ni kami kena buat mock restaurant la supaya dapat feel macam real je..So dalam mock restaurant ni kena la ada supervisor (SOD),waiter,runner and steward.
Supervisor tu supervisor la..takkan tak tahu kot?Waiter pun.....takkan tak tahu kot?Ala...yang tukang ambil order,serve guest kat meja tu...tu waiter la tu.Runner ni pulak kejanya tukang ambil makanan kat kitchen.Kiranya runner ni pembantu waiter la,waiter suruh ambil itu ini,diorang pun pegi la ambil.Best tau jadi runner,rasa macam tengah shooting Running Man....Sparta!haha!!
Okey maaf..pengaruh Running Man agak kuat merebak dalam diri,maka begini la jadinya..Berbalik pada mock restaurant aku tadi..the last one is steward.Steward ni bukan adik beradik Kristen Steward atau Martha Stewart ye..tapi si pencuci pinggan kat hotel atau restoran..nama glamournya steward la.Takkan nak panggil budak pencuci pinggan je kot.Nama jawatan tu kena la seiring dengan harga sepinggan salad.Eh!apa yang aku lalutkan ni...?
Okey,setakat ni semua tu aku dah pernah jadi dah..SOD,waitress,runner and steward....and setakat ini juga dah 2 kali aku pecahkan pinggan!!!yeay!!Tahniah....!Orang lain tak berani buat aku je yang buat!huuuuuuuuu....
Pertama masa aku jadi runner.Waktu tu dah nak abis klas dah..nak simpan balik semua pinggan.Sambil aku tatang pinggan tu bagai minyak yang penuh..entah macam mana dia jatuh.Mungkin sengaja nak bagi aku glamour kot sebab kejadian tersebut berlaku kat lobby hotel UiTM yang dipenuhi dengan pelajar sem 1 yang tengah ada klas Front Office (FO) and pekerja pekerja hotel tu la.Dah la Lantai Lobby tu mosaic,can u imagine macam mana bunyinya kalau 7 8 biji pinggan kaca jatuh ke atas lantai mosaic???Kalah bunyi bunga api time deepavali!Kalau tak percaya try la kat rumah.
Second time waktu aku jadi steward.Oleh kerana hubungan aku dengan mesin memang agak tak baik..maka mesin pencuci pinggan tu pun boikot aku.habis satu rack pinggan jatuh!Kecangg!!Sedap sangat bunyinya.Macam bunyi duit siling dalam tabung burger kita..hewhewhew~~
Kan aku dah cakap aku tak percaya kat mesin!!!!
Okey,settle kelas serving..Kita pergi ke kelas kitchen pulak.Kelas kitchen kami hari khamis.Waktu kelas kitchen ni kami main masak masak..Yeay!!Aku paling tak suka memasak!! (sigh)
Setakat ni jugak dah 2 kali aku terpotong jari!yuhuuuu~Bravo bravo!!Orang lain tak berani potong jari sendiri aku je yang buat!!
Hubungan aku dengan bab bab dapur ni memang tak baik.Lebih lebih lagi minyak.Aku tak suka main goreng goreng sebab aku tak suka minyak and minyak tu pun tak suka aku.Sebab tu dia suka percik percik kat aku..grrrrrrrr!!!!
Tapi lecturer aku selalu pesan.Try to love what you are doing now because it will be your future career.Emm..lecturer mana yang cakap tu ek?entah le..eh silap!Tu mak aku yang pesan!hehe...jadi aku edang cuba untuk suka bidang yang aku ceburi ni..Kata nak pakai kereta mini cooper,kena la blaja rerajin kan?!hihiii
ni masa aku jadi SOD..so diorang ni staff aku la
ni waktu first klass kitorang..sebab tu eksited kemain nak bergambar
ni pon first klass untuk kitchen..sebelum g klass snap pic dulu ^^
okey itu je..bubye!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)