Saturday, 30 November 2013

Erti usia 21

Assalamualaikum.

    Hari ni dah 30 november 2013. Mean lagi 3 hari usia aku genap 21 tahun...Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih bila kenangkan umur aku yang makin meningkat.....

   Usia 21 bermaksud aku bukan lagi di bawah tanggungan keluarga walaupun pada hakikatnya masih lagi ditanggung sepenuhnya.

   Usia 21 bermaksud aku sudah cukup dewasa untuk hidup berdikari, tak lagi susahkan hati family.

   Usia 21 bermaksud aku tak lagi lalai dalam ibadah khususnya yang wajib.

   Usia 21 bermaksud aku tak lagi mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak solehah.

   Usia 21 bermaksud aku tak sepatutnya menambahkan lagi dosa yang ada,dan tak akan membiarkan arwah abah turut menanggung dosa aku.

Mungkin fikiran aku yang agak sempit sebab takut mengenangkan usia yang meningkat.Tapi itu la hakikatnya..aku terfikir jugak, adakah aku sempat menempuh usia 21 tahun atau Allah menjemput aku terlebih dahulu. Entah kenapa emosi aku sejak kebelakangan ni rasa sedih je..Asyik terkenangkan arwah abah and arwah adik.Rasa rindu sangat dekat mereka.Aku selalu harap arwah abah and adik akan muncul dalam mimpi aku setiap malam supaya dapat lepaskan rindu. Tapi setiap kali mimpikan mereka hati aku jadi makin sedih. Kenapa ya? Kadang-kadang aku terfikir adakah aku masih tak mampu terima hakikat yang mereka dah tak ada..........

  Usia 21 ni aku berazam untuk menjadi muslimah dalam erti kata sebenar iaitu yang mampu memelihara aurat serta ibadah dengan sempurna, menjadi anak yang solehah,yang tak pernah lupa mendoakan mak dan abah.Menjadi manusia yang lebih berdikari dan berdisiplin.Menjadi insan yang lebih matang dan rasional,sentiasa mendahulukan perkara yang wajib dan penting serta mengurangkan perkara-perkara lagha.

 Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.Bagi aku usia 21 sangat besar maknanya walaupun angkanya tak sebesar mana..

Semoga kita sama-sama mampu menjadi insan yang beriman dan sentiasa menuju ke arah kebaikan.Amin.

No comments:

Post a Comment