Seminggu sebelum cuti penggal bermula,rata-rata
jadual pelajar dipenuhi dengan kuiz dan ujian. Untuk menghadap dua perkara ini
pun sudah cukup untuk membuatkan para
pelajar bersengkang mata. Belum dicampur dengan assignment yang bertimbun. Jika tiga benda ini tidak diambil
berat, potensi untuk repeat paper pada
semester akan datang sangat cerah.
Ieqwa termenung menghadap skrin laptop sambil menongkat dagu. Fikirannya
melayang. Niat asalnya hendak menyiapkan assignment. Entah
kenapa otaknya tiba-tiba terasa kosong. Laptop
dihadapannya itu ditutup kembali. Kali ini buku teks Law pula dikeluarkan. Cadangnya mahu membuat ulangkaji. Sehelai demi
sehelai muka surat diselak.Setelah menyelak beberapa helaian, dahinya berkerut
dan helaian buku itu makin laju diselak hingga ianya tertutup kembali.
Satu keluhan berat dilepaskan. Entah kenapa
satu perkara pun tidak menjadi. Lama dia termenung sehinggalah dia tersentak
apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada orang menghubungi. Dia
tersenyum senang sebaik sahaja melihat nama pemanggil di skrin handphone.
“Hello,ma. Assalamualaikum.” Riang
Ieqwa menyapa sebaik sahaja punat hijau ditekan.
“Waalaikumsalam. Kakak sihat? Tengah buat apa
tu?” Tanya Puan Asma.
“Sihat alhamdulillah.Tak ada buat apa
pun.Dok termenung je.” Jujur Ieqwa menjawab. “Mama sihat ke?”
“Mama sihat je.Termenung? Kakak dah tak ada
benda lain lagi ke nak dibuat?”
Ieqwa ketawa mendengar soalan mamanya
itu. “Tak ada mood la mama. Satu benda
pun tak menjadi hari ni.Tak tahu la kenapa.Kakak rasa macam nak balik rumah
je.” Ieqwa cuba mengadu kepada Puan Asma.
“Kakak solat subuh tak pagi tadi?”
“Solat la mama. Tapi entah la…mungkin homesick kot. Sebab tu jadi macam ni.”Nada
Ieqwa bertukar manja.
“Emm…elok la. Jangan tinggal solat. Sentiasa
dekatkan diri dengan Allah.Selalu berdoa, Insyaallah segala urusan kakak
dipermudahkan. Mama pun sentiasa doakan kakak. Kalau kakak homesick, mai la balik. Sekarang baru pukul 10 pagi. Lagipun esok kan
ahad. Kakak tak ada apa-apa program kan?”
“Memang la tak ada program. Tapi minggu ni
banyak test and quiz. Kakak kena study. Assignment pun belambak tak siap
lagi ni. Cuti mid-sem nanti je la
kakak balik.”
“Ye la. Kakak start cuti next week
kan? Ala…bukannya lama lagi pon….sabar je la. Study
je elok-elok. Homesick tu kakak simpan
je dalam beg. Nanti balik rumah baru kakak keluarkan.”
Terburai ketawa Ieqwa. Mamanya memang
begitu. Suka bergurau dan pandai memujuk dirinya. Serba sedikit moodnya yang hilang tadi kembali datang.
“Adik tak bangun lagi ke mama?” Ieqwa
menukar topik perbualan. Adik lelakinya yang berusia 5 tahun menjadi persoalan.
“Dah bangun dah. Awal dia bangun hari
ni. Tapi dia ikut abah pergi pasar. Belum balik lagi.”
“Ooo…okey la mama. Mood kakak dah datang balik ni. Nak sambung buat kerja yang
tergendala tadi. Nanti kirim salam kat abah and
tolong cubitkan pipi adik untuk kakak ye.”Ieqwa menitipkan pesan.
“Ish! Kakak ni, tak kira jauh ke dekat ke…tak
habis-habis nak kacau adik. Kesian dia.” Sedikit tegas suara Puan Asma.
Ieqwa hanya ketawa sebelum talian
diputuskan.Dia tersenyum lebar dan kemudiannya memulakan kerja yang tidak
menjadi tadi.
“Ben,cuti nanti kau ada pergi mana-mana
tak?”Ben yang sedang membaca nota ringkas itu berfikir sejenak sebelum
menggeleng.
“Kita pergi bercuti nak tak?”Eddy
mengemukakan cadangan.
“Apa barang pergi bercuti dengan kau?Aku
bukan gay.”Selamba sahaja Ben
menjawab.Matanya dari tadi tidak berkalih daripada nota ringkas yang
dipegangnya.Sesekali dia memandang langit,cuba menghafal point penting yang mungkin akan keluar dalam test.
“Ek eleh kau ni…agak-agak la sikit.Aku pun
tak ada nafsu dengan kau la!”Eddy menolak tubuh Ben sedikit kasar.“Aku just teringin nak pergi bercuti,tapi tak
tahu nak pergi dengan siapa.”Kali ini nadanya bertukar sedih.
“Ajak la family kau.”
“Kau macam tak tahu family aku tu.Masing-masing busy
24 jam.Aku ni dah macam anak terbuang dibuatnya.”Sedikit emosi nada Eddy. Ben
pula ketawa mendengar ayat Eddy.
“Kiranya kau ni kurang kasih sayang la….Nak
menumpang kasih sayang dari aku la ni?”Ben sengaja memain-mainkan Eddy.Eddy
pula sudah menjeling tajam.Malas dia mahu melayan,akhirnya dia pun mengambil
langkah untuk berdiam diri.Nota dihadapannya dicapai lalu dibaca.
“Alolo..merajuk ke?Aku main-main je la
wei!Tak kan sentap kot?”Ben menyiku lengan Eddy.
“Aku niat baik nak ajak kau pergi
bercuti,kalau kau tak nak cakap je la tak nak.Tak payah la nak main-mainkan
emosi aku.”Jelas nada rajuk dalam pertuturan Eddy.
“Ye la ye la!Aku ikut kau la.Nak pergi
bercuti kat mana,kau arrange je
la.Dalam negara?Luar negara?Sampai ke hujung dunia pun aku ikut.”Akhirnya Ben
mengalah.
Eddy memandang Ben dengan sengihan yang
sukar ditafsir.“Betul ni?Nanti aku plan
nak pergi mana.Tapi kita share la
belanja.Okey?”
“La…ingatkan kau yang nak sponsor.Beria-ia ajak aku macam nak
belanja aku je.”Eddy tidak menjawab.Sengihannya masih tidak lekang di
bibir.Perbualan mereka mati di situ apabila Puan Nora masuk dan mengedarkan
kertas ujian bagi subjek perniagaan.
“Ieqwa!”Ieqmal melaung nama Ieqwa sebaik
sahaja terpandang kelibat kakaknya itu.Dia melompat-lompat keriangan.Mungkin
kerana terlalu rindukan kakaknya.
“Haip!Ieqwa menunjukkan tapak tangan dengan
mata yang dijegilkan.Sebelah lagi tangannya menjinjing beg.“Penampo nak?Biasa
sangat panggil nama je ye?Makin nakal dia ni!”Ieqwa bersuara garang.
Ieqmal menjelirkan lidah.“Adik,berapa kali
mama nak pesan jangan panggil kakak macam tu.”Puan Asma menegur lembut.
“Entah adik ni.Lepas tu main jelir-jelir
lidah pulak.Potong lidah tu nanti padan muka.”Ieqwa menambah.Begnya yang berisi
baju dimasukkan kedalam boot kereta.Kemudiannya dia mencubit pipi adiknya.
“Aww!Sakit la!”Ieqmal mengusap-usap pipi
kanannya.
“Padan muka!”Kali ini Ieqwa pula yang
menjelirkan lidah.Puan Asma menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah
anak-anaknya.
“Kakak ni tak habis-habis nak buli
adik.Adik tu rindu dekat kakak tau!Tak baik buat adik macam tu.”Puan Asma
menasihatkan Ieqwa.Huluran salam Ieqwa disambutnya.Lalu kedua-dua belah pipi
Ieqwa dicium penuh kasih.Ieqwa membalas perbuatan yang sama pada mamanya.
Ieqwa menoleh ke arah Ieqmal.Adiknya itu
sedang memuncung tanda merajuk.
“Eit
budak kecik!Merajuk ke……?”Sengaja dileretkan ayatnya itu.Ieqmal diam tidak
berkutik.Kali ini Ieqwa meggeletek adiknya.Akhirnya si kecil itu ketawa
kegelian.Ieqmal Fahmi,anak kecil yang sangat mudah dipujuk namun sedikit
nakal.Mulutnya suka berceloteh tidak kira dengan siapa pun.Ieqwa sendiri tidak
terlayankan celoteh adiknya itu.Lebih-lebih lagi apabila soalan pelik-pelik
yang ditanya.
“Rindu kat kakak ye?”Ieqwa menyoal
adiknya.Ieqmal mengangguk berkali-kali.
“kalau macam tu sayang kakak sikit.”Ieqwa
membongkokkan badan.Pipinya disuakan ke adiknya.Sebuah ciuman dihadiahkan
kepada Ieqwa.Kemudiannya dua beradik itu masuk ke dalam kereta untuk pulang.
No comments:
Post a Comment