“Aduh! Sakit la bonda,perlahan la
sikit.” Rengek Ben.
“Padan muka Kanda. Siapa suruh sesuka hati
kata orang hodoh. Kan dah kena.” Ujar bonda sambil menyapukan ubat di muka anak
terunanya.
“Perempuan tu yang psycho! Dia memang selalu cari gaduh dengan Kanda. Mula-mula dulu dia
sepak kereta Kanda sampai calar. Lepas tu dia hempas handphone Kanda sampai rosak.Tak cukup barang Kanda dia nak
jahanamkan,muka Kanda ni pun dia nak hancurkan?! Aishhh!! Tak faham la dengan
perempuan tu!” Penuh emosi Ben menceritakan kepada bonda.
Bonda mengemaskan kotak first aid.Kemudiannya dia memandang
wajah anaknya dengan penuh kasih.Wajah kacak anaknya itu diwarisi daripada
suaminya,Tengku Arman.Namun wajah kacak itu terdapat sedikit lebam.Menurut dua
anak kembarnya,kesan lebam itu akibat ditumbuk oleh seorang perempuan yang tak
dikenali.
“Takkan la dia saja-saja nak cari gaduh
dengan Kanda.Mesti Kanda yang
mulakan dulu.”
“Bonda tak percayakan Kanda ke?”
“Bukan tak percaya,tapi bonda bertanya.”
“Tak ada maknanya Kanda yang mulakan
dulu.Perempuan tu yang sengaja cari
pasal dengan Kanda.Entah apa yang dia tak
puas hati dengan Kanda pun tak
tahu la.”Ben membelek-belek wajahnya di
cermin.
“Tapi macam kes hari ni Kanda yang
terlanggar dia dulu and Kanda juga
yang
kata dia hodoh kan?”Bonda cuba
memerangkap.
“Kenapa bonda nak backing perempuan tu sangat?Bonda bukannya kenal dia
pun.Kanda yang lebam ni bonda tak kesian
ke?”Ben cuba meminta simpati.
“Alololo…mesti lah bonda kesian.Habis muka handsome anak bonda ni.Kurang
la saham lepas ni.”Bonda sengaja menyakat.Ben
sudah menarik muka masam.Mengalahkan perempuan perangainya.“Tapi ni bonda nak
nasihat sikit.Just try to be nice to
her.Not just that girl, but with other girls or women in this world.Berlembutlah
sikit dengan perempuan.Macam mana Kanda layan adik-adik dan bonda,macam tu la
Kanda layan perempuan kat luar sana.Jangan la sombong sangat.Garang sangat pun
tak boleh.Perempuan ni kan sensitif.Kalau berterusan la perangai Kanda ni,sampai
ke sudah la bonda tak merasa menantu perempuan.”Lembut sahaja bonda
menasihatkan anaknya.Takut juga kalau anak bujangnya itu terasa hati.
Ben memandang wajah bondanya
lama.Kemudiannya dia mengangguk lemah.Adakah dia terlalu berkasar dengan
perempuan?Dia sendiri pun tidak pasti.Tetapi kalau dengan perempuan yang ‘satu’
itu memang dia tidak boleh bagi muka langsung!Yang itu dia tersangat pasti!
Ieqwa mencampakkan begnya ke atas
katil.Terkejut Zetty yang sedang menghadap laptop
ketika itu.“Kau ni dah kenapa?Asal balik je nak mengamuk.Gaduh ke?”Soal Zetty
separuh menjerit.Ieqwa tidak menjawab.Dia terus mencampakkan badannya ke atas
katil Zetty dan mengiring menghadap dinding.
“Oi!Sesuka hati je baring atas katil
orang.Katil sendiri ada tak nak baring.Dah la aku tanya kau buat tak tahu je.”Zetty
menguis badan Ieqwa namun tiada tindak balas agresif seperti selalu.
“Jangan kacau la,aku tak ada mood ni.”Ieqwa menjawab lemah.
“Kau ni dah kenapa?Gaduh dengan Kinah
ke?Ataupun gaduh dengan Yana?Ke…kau gaduh dengan lecturer?”Zetty menduga.Tiba-tiba terdengar esakan daripada
Ieqwa.Cuak Zetty ketika itu.Ieqwa menangis?Ini penemuan terbaru!Sepanjang dia
mengenali Ieqwa sejak dari Asasi,inilah pertama kali dia melihat Ieqwa
menangis.
“Aku ni ada macam kaki gaduh ke?”Tersedu
sedan Ieqwa bertanya sambil membenamkan muka ke bantal.Terlopong Zetty sekejap
sebelum dia berlari ke bilik sebelah untuk menyiasat pokok pangkal cerita sebenar.Ieqwa
berpusing mencari kelibat Zetty.Tiada‘.Ciss!Bukannya nak pujuk aku.’
Tanpa mengetuk pintu,Zetty terus meluru
masuk ke dalam bilik Sakinah dan Liyana.Kedua-duanya sedang santai berbaring di
atas katil masing-masing.
“Kawan kau orang sebelah sana tu dah
kenapa? Moody je.”Zetty menunjuk ke
bilik sebelah melalui isyarat kepala.Sakinah dan Liyana berpandangan sesama
sendiri.“Hmm…apa lagi.Entah macam mana boleh terjumpa dengan si poyoman tu kat shopping complex tadi.Dan macam biasa mereka pun bergaduh.Yang
paling dahsyatnya Ieqwa tumbuk mamat tu.”Lambat-lambat Liyana bercerita.
“Ha!Ieqwa tumbuk mamat tu?Habis tu kenapa
dia pulak yang menangis?”Soal Zetty terperanjat.“Ha?!Ieqwa menangis?”Serentak Sakinah
dan Liyana menyoal.Zetty yang tidak hilang lagi terkejut dengan khabar yang
baru didengarnya,bertambah terkejut dengan paduan suara Sakinah dan Liyana.
“La..kau orang tak tahu ke?”
“Tadi mana ada dia menangis.Dari shopping complex tadi sampai ke sini
elok je
pok
pek pok pek mulut dia caci maki mamat tu.Apa hal pula tiba-tiba je
menangis?”Tanya Sakinah hairan.
“Tanya aku pulak.Mana la aku tahu.Yang dia
pergi tumbuk mamat tu kenapa?”
Liyana melepaskan keluhan sebelum
memulakan cerita.“Tadi kita orang singgah KFC.Macam biasa si Ieqwa tu pun volunteer pergi queue nak order menu.Nak
dijadikan cerita si poyoman tu pun
nak makan kat situ rupanya.Dalam setiap cerita pasti ada kebetulan,dan
kebetulannya dalam cerita ni ialah si Ieqwa tu boleh pulak ‘ter’queue belakang si poyoman tu.Ala-ala drama melayu,dia orang
pun terlanggar.Habis la tertumpah air poyoman
tu kat baju Ieqwa.”
Zetty mengangkat kening.“Itu je?Takkan
sebab air tertumpah pun dia sampai nak tumbuk orang?”
“Dia tumbuk sebab poyoman tu kata dia hodoh.”Tambah Liyana.
“Mamat tu kata dia hodoh?Kurang ajarnya
dia.Macam mana ayat dia?Dia cakap
direct
ke?”Ala-ala Mami Jarum Zetty bertanya.
“Eeee…malas la aku nak cerita satu per satu.Tahu
itu je sudah la.”Liyana sudah menggaru-garu kepala tanda rimas diasak dengan
pelbagai soalan.Sakinah pula hanya mendiamkan diri mengingatkan kembali
peristiwa di shopping complex
tadi.Betapa nekadnya Ieqwa menumbuk si poyoman
itu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling dan akibat daripada perbuatannya itu..
Mana tahu kalau-kalau si poyoman itu
menyamannya.Tapi kelakar juga dia apabila teringatkan si poyoman yang pucat lesi dan terkesima
selepas ditumbuk.Itulah panahan penumbuk Ieqwa.Dahsyat juga si Ieqwa ni.Tak
berani la aku nak cari pasal dengan dia lepas ni.
No comments:
Post a Comment