okay..tarik nafas dalam dalam dan sediakan baldi sebelum baca. Sebagai persediaan kalau korang nak muntah ke apa ke..masih mengekalkan entry emosi tapi kali ni version happy tahap riak sikit.ngeh ngeh ngeh~
Hari ni 14 feb result exam student degree uitm keluar...aku yang kononnya daripada hari first exam cakap kat kengkawan and diri sendiri "result keluar nanti aku tak nak cek, kompom hampeh punyer"
Tup tup..pepagi buta kau dah cek kat student portal..haha!malam tadi tunggu emel masuk takde plak..orang lain boleh cek result kat emel je kenapa aku punya tak boleh??hmmm...biaq pi la asalkan aku happy...
Sumpah aku menangis bila tengok result. Macam berpinar-pinar mata. Bukannya apa, memang aku target hampeh result aku sem ni. Housemates aku pun tahu aku macam mana time study week and sepanjang exam haritu. Aktiviti aku tengok drama, mendowload, baca novel, tengok maharaja lawak mega, tengok betul ke bohong, maharaja lawak mega lagi, lagi dan lagi, seterusnya betul ke bohong, Shahrol, shiro, Shahrol lagi dan hasilnya aku berjaya hafal semua dialog video yang aku tengok berpuluh kali tu!
Sampai kengkawan aku menyalahkan Shahrol sebab aku tak study time exam haritu. Oh tidak wahai sahabat! Jangan sesekali kau menyalahkan Shahrol kerana dia langsung tidak bersalah. Aku menyalahkan diriku sendiri atas kelalaianku..hehehe....ayat pun banyak pengaruh drama der...
Apa-apa pun aku bersyukur sebab result sem ni lagi baik dari sem lepas. Eventhough aku busy dengan kelab MDAB and aktiviti luar serta busy melayan semua aktiviti lagha yang menjadi kewajipan aku setiap hari. So, for next sem aku dah buat slogan sesiap..'pelajaran didahulukan, Shahrol diutamakan.' hekhekhek...gediks sungguh daku. Mesti shahrolians kat luar sana tu menyampah kat aku. choii! ada daku kesah? Aku dah lali dimenyampahi...(^,^)
Akhir kata dari aku, berusaha la untuk mencapai kejayaan. jangan jadi macam aku yang hanya mengharapkan kejaiaban. Wah! sejak tulis novel ni ayat aku makin berpuisi. Kengkawan aku pun dah cair taik telinga dengar madah puitis yang keluar dari mulut aku. Walaupun dekat UiTM takde subjek Bahasa Melayu, jiwa aku tetap sastera and cita-cita nak jadi penulis tetap terpahat di hati. Doakan daku ye sahabat!
Nah hadiah..muka happy posing depan Intekma.
p/s : choi betul subjek cost control,buat cacat result aku je....
salam jumaat :) syira singgah sini :)
ReplyDeletethanks syira..salam jumaat ^^
ReplyDelete