Monday, 10 February 2014

Guideline for new students UiTM Penang



Assalamualaikum. 

Wah! Rasa macam dah lama je tak update blog..padahal baru seminggu.
Okay, straight to the point je. Seperti tajuk yang tertera, entry kali ni aku nak bagi panduan sikit untuk bakal mahasiswa/siswi UiTM Penang. Almaklum la, hujung bulan ni diorang dah nak daftar sebagai pelajar baru kan? Teringat aku tahun lepas. Rindunyeerr~

Entry ni bukan terhad untuk bakal student UiTM Penang je, UiTM lain pun boleh.. tapi kebanyakan info yang aku nak bagi ni memang kat UiTM penang je kot.....mmm...



MDS
Okay firstly, barang-barang yang korang perlukan..macam biasa la, pakaian harian,alat mandi, alat tulis and semua yang korang rasa perlu la. Bantal memang perlu sebab kolej tak sediakan bantal. Untuk student yang akan lalui tempoh MDS (Mengubah Destini Siswa) kiranya macam orientasi la...bagi yang perempuan, korang perlu bawa kasut sarung, baju kurung, tudung putih, baju kurung putih (macam baju sekolah) and kain hitam. Baju putih and kain hitam ni korang perlu pakai time penutup MDS nanti. Kasut sarung, tudung putih and baju kurung pula untuk sepanjang tempoh MDS.
 Memang bunyinya macam skema, tapi bagi aku MDS ni best! haha! Kalau MDS diploma memang tak best sebab PM (Pembantu Mahasiswa/fasilitator) suka buli students baru. tapi untuk degree tak. Semua sporting. lagi best kalau abang abang PM tu hensem. Tapi untuk semester ni mungkin tak best kot abang PM korang sebab takde mr ZA. haha!

Tapi pengarah MDS korang best! Namanya Taufik. hehe..YDP MPP tuuuu...huhu...kalau tak aku pun mungkin salah seorang PM, tapi nak buat macam mana, aku praktikal pulak sem ni.

REGISTRATION COURSE AND VALIDATION
Lepas tamat MDS, biasanya tak sampai seminggu pun MDS ni..korang perlu alert dengan semua aktiviti or info tentang korang punya study. Kat U semua kena buat sendiri and semuanya guna online. Paling penting korang kena alert tentang tarikh untuk register course, tarikh validation course and banyak lagi la..tapi jangan risau,semua tu akan didedahkan lebih terperinci masa MDS.




KOLEJ
Yuran untuk kolej RM210 untuk satu semester. Sangat murah dan berbaloi sebab kolejnya cantik dan selesa!mmm....perempuan sahaja lah. Kolej lelaki tersangat lah buruk dan uzurnya. haha! Yuran kolej ni korang kena bayar melalui bank islam. Boleh bayar manual or autopay dekat mesin ATM. tapi resit nanti jangan buang sebab kena bagi dekat pejabat kolej sebagai bukti pembayaran.

YURAN BARANGAN ELETRIK
Okay, yang ni pulak maksundnya bayaran untuk setiap barang eletrik yang korang bawak. Terhad 3 barang je. Biasanya charger handphone, charger laptop and iron. Tapi macam aku biasanya bayar untuk 2 barang je sebab aku tak bawak iron, guna iron kawan je. hehe...by the way, satu barang RM10 je untuk tempoh 1 semester.

SAHSIAH RUPA DIRI (SRD)/ ETIKA PAKAIAN
Setiap hari isnin korang perlu pakai pakaian formal. Untuk perempuan baju kurung, jubah, dress or whatever la. Lelaki pula mesti pakai kemeja lengkap dengan tali leher. Hehe..tapi biasanya tak ramai yang ikut rule ni. Tapi aku bagitau awal awal la, kalau polis bantuan UiTM tu tahan korang nanti korang kena bayar saman RM50 untuk satu kesalahan. Paling penting, NO SELIPAR! One more, kad metrik kena pakai ye sapanjang dalam kampus. tapi kalau aku nampak korang pakai kad metrik pergi kafe aku gelakkan je.haha!

tu je la kot yang asas untuk pelajar baru. yang lain ada lagi la macam kuliah, kelab persatuan dan sebagainya.  Oh ye, dengan berbesar hatinya aku nak jemput korang join kelab SKUAD MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa). Kelab ni sangat suci murni dan diterajui oleh gadis gadis jelita seperti aku. Hekhek...

Akhir kata, selamat menjadi pelajar UiTM Penang and kalau jumpa aku sila la tegur sebab aku suka kalau orang tegur aku dulu..perasan femes plak..haha! Sekian dari aku, bubye!




Saturday, 1 February 2014

Hello February Goodbye March! :: First GA by Izni Sofea

    





Comeback with new GA..haha...kemaruk join GA pulak aku kebelakangan ni...tapi giler bapak spesial hadiah untuk GA ni..Samsung S4!!! Siapa taknak....siapa yang taknak sila angkat kening sekarang..hmmm..semua nak nampaknya.....

Salah satu syarat untuk GA ni macam biasa la, kena buat entry tentang GA ni..tapi honestly aku tak tahu nak cerita pasal apa...sebab tajuk kat banner tu pun aku kurang ngerti kok..kenapa hello february, goodbye march? Bukan goodbye january ke?? It's okay..abaikan..orang lain tak kecoh pon..aku je yang gatal jari nak persoalkannya..(^,^)

Tapi seriously,dah February rupanya ye..huhu...sekejap je masa berlalu..umur aku pun esok dah genap 21 tahun 2 bulan. rasa macam baru je lagi kena prank dengan kawan masa birthday hari tu..hihi~

Bulan march ni aku tamat LI and kehidupan sebagai mahasiswi akan diteruskan seperti biasa..next semester dah sem 3..cepatnya!!rasa macam baru je aku habis MDS bulan lepas!!

Okay.....macam banyak cakap pasal diri sendiri je..huhu...sorry Izni~ Anyway, GA Izni ni memang bapak giler gempak...so.....harap saya dapat lah ye...kalau S4 saya nak kaler pink, kalau jam nak kaler pink jugak...ye la...nama blog pun akuberjiwapink kan.....hihi~ kalau beg pula....mmm...idol kpop ke??kalau macam tu saya pilih Big Bang sebab saya VIP! hihi...tu je bye!

Friday, 31 January 2014

First Anniversary Giveaway :: by Alan





Yuhuu~my second time join giveaway. Lately ramai bloggers yang buat giveaway. Good good..teruskan....saya pun memang suka join contest ni..hihi~

Based on the title entry ni, aku takde idea yang tulis apa sebenarnya..sebab aku tak pernah buat GA. So kita proceed pada ucapan untuk Alan lah ye...

First time aku buka blog Alan ni yang paling menarik hati aku ialah header dia. Big Bang dowh!! I'm VIP too..hihi~

     Okey menyimpang sikit dari ucapan nampaknya...to Alan, bagi aku, Alan ni seorang blogger yang berjaya ..so aku bagi 4 bintang! (wah ayat aku!macam Dato' Yusof haslam dalam MLM) hihi~
Hihi...okay ni serius..bukan senang dalam masa setahun nak dapatkan followers ramai cenggitu..so syabas mr sahab! Teruskan berblogging dan menyampaikan idea, pandangan, kritikan, penceritaan dan anjurkan GA lagi. Kami bloggers yang lain pasti akan sokong Alan. (^,^)

Thursday, 30 January 2014

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku


Alhamdulillah..first time aku join giveaway di blog. Thanks to Abak yang buat aku terjumpa blog Nurina Izzati ni.




  Kepentingan hijab bagi aku sendiri yang memakai hijab sejak kecil, kerana itu merupakan salah satu tuntutan dalam islam yang telah ditetapkan kepada semua muslimah. Berhijab merupakan satu cara kita memelihara aurat daripada pandangan bukan mahram. Namun, itu terpulang pada individu sendiri bagaimana mereka aplikasikannya.

  kalau boleh nak novel single unavailable, shwal, or tudung bawal..hihi~

Wednesday, 29 January 2014

Ramaikan Follower, Raikan Ukhwah


Morning!Pepagi lagi aku dah bersosial di alam maya. Tadi aku buka FB and ternampak satu entry blog yang di post kat grup blogger. It sound interesting so aku check it out blog tersebut. Bagaikan magnet aku tertarik untuk follow segmen ni.

Tujuan aku sama dengan blogger lain yang follow segmen ni, tak lain tak bukan nak tambah kenalan. Thanks to abak, yang perkenalkan segmen ni.


So, jom ramai-ramai kita saling berkenalan dan meraikan ukhwah. Semoga dunia blog ni dapat memberikan seribu manfaat pada kita semua. (^,^)

Sunday, 26 January 2014

Shah Alam pit co!

Hujung minggu merupakan hari yang paling indah untuk off day bagi kakitangan hotel. Yes! And aku berjaya mendapatkannya..haha!Tapi mungkin sekali ni je kot…..next week aku off day hari rabu. Menurut kapten Aidi (supervisor FnB) hujung minggu jangan harap la kakitangan hotel nak dapat cuti (kecuali bahagian administration). Biasa la…hotel kan lagi busy time weekend. 

Sempena cuti yang aku dapat ni aku manfaatkannya sebaik mungkin. Memang tiada langsung niat untuk melepak je kat rumah tanpa berbuat apa-apa. TV takde, internet takde…haruskah aku duduk di rumah sahaja? Ye,jawapannya tidak!

Kebetulan Nasuha nak keluar dating dengan bf dia…..bukan niat aku nak menyebok!Tidak sama sekali…tapi dah dia ajak..aku tak sampai hati nak tolak.muahahaha! Diorang pergi Mydin USJ,aku ikut je la sambil memerhatikan kemesraan mereka dari tempat duduk belakang. Dalam hati aku tak henti-henti doa supaya selamatkan perjalanan kami. Sambil berdoa tu sempat jugak aku selang selikan dengan sumpah seranah..kalau nak bermesra pun jangan la time bawak aku! Dah la drive bukan main laju, bergurau senda tepuk tampar manja lagi.

Dekat Mydin takde buat apa pun. Lunch and aku beli kasut sepasang. Memang aku nak cari kasut baru sebab kasut kerja aku dah tercabut tapaknya. Blah dari Mydin kitorang pusing-pusing Shah Alam. Nasuha bagitau aku tempat-tempat yang best kat Shah Alam. Aku rasa macam foreign pulak. Bukannya aku tak pernah pergi Shah Alam, cuma tak tahu tempat yang best. Yang aku tau i-City je la..

Kitorang singgah ambik Su kejap kat Intekma sebab dia habis kerja pukul 4.Haha!Padan muka Su kena kerja hari ahad.Ahakz! Lepas ambik Su kitorang pergi tengok rumah sewa RM50 and rumah Mona Fendi yang famous sangat tu. Lepas tu kitorang pergi Tasik Shah Alam.Yes! Aku paling suka kat tempat ni. Takde la cantik sangat tapi boleh la untuk lepak petang-petang.

Kat Tasik tu kitorang main belon buih, bergambar (aktiviti wajib), and makan. Kat sini ada satu gerai ni jual keropok lekor, ABC, rojak buah and macam-macam lagi. Aku nak beli ABC tapi pakcik ni tak menang tangan nak buat sebab dia sorang yang jaga gerai tu. Dia tengah buat rojak buah time tu. Keropok lekor pulak tengah goreng atas kuali. Customer dah ramai yang menunggu. Aku pun praktikkan la pengalaman yang aku dapat dari kantin mak aku. Aku tolong pakcik tu goreng keropok lekor. Ada la 2 round aku goreng. Pakcik tu buatkan ABC spesiel untuk aku tanda terima kasih.hehe..pakcik,saya tolong ikhlas.Bukannya susah pun…..anyway, thanks pakcik!  (^,^)

saya sayang pokok~

pakcik ni ajak aku buat bubble ballon ni..cantik kan?

kesian adik tu kena buih..hihi

selfie 1..^^

posing sikit le...

selfie 2..^^

Su dengan baju housekeeping dia..hihi

Dilarang memancing hokay!

meh nak promote sikit.

kami tak gaduh ye..

Nasuha, Su and aku

bertapa!

selfie 3..^^




haha gaduh! (-,-)



okay tu je..bubye!




Saturday, 25 January 2014

Praktikal @ Intekma Resort Convention Centre Shah Alam

testing,testing....

Seperti yang pernah dimaklumkan dalam entry lepas, cuti semester kali ni aku kena buat praktikal and tempat yang aku dapat untuk LI ni ialah di Intekma Resort Convention Centre. Intekma ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Dekat je dengan pintu masuk UiTM Shah Alam yang dekat seksyen 2 tu.

Aku dapat masuk department FnB. Ye...jodoh saya dengan makanan and pinggan mangkuk memang kuat. Benda yang aku taknak la yang aku dapat.Kalau boleh aku nak depatrment housekeeping. Aku memang suka kerja kemas mengemas ni walaupun time tadika dulu tak masuk tadika kemas.

Aku, Su and Faiz yang dapat buat LI kat sini. Tapi si Faiz tu berulang je dari rumah sebab rumah dia dekat Ampang. Aku and Su yang dari Perak ni terpaksa la cari rumah sewa. Nasib baik la aku ni spesies yang ramai kawan, dapat la menumpang kat rumah kawan aku, Bieyla and Suha. Diorang ni student UiTM Shah Alam. Kitorang kawan sejak sekolah menengah. Diorang siap bagi pakej lagi.Tumpang rumah dapat motor.Wuahahaha!! Senang nak berulang gi kerja.

Masa baru 2 3 hari kerja hari tu memang bosan tahap gaban kuasa lapan!! Mulut and pipi aku rasa lenguh sebab asyik senyum je and dalam tempoh 8 jam kerja tu tak sampai 10 ayat yang aku keluarkan. Aku ni dah la spesies yang boleh berbuih mulut kalau tak dapat bercakap. Ye....saya suka bercakap.Muahaha!

Tapi lepas 4 5 hari rasa okay la...kat sini ramai budak Indonesia buat praktikal. Diorang semua muda lagi. Still sekolah. Diorang semua baik baik and ramah kecuali sorang budak ni.Namanya Maria. Kurang mesra sikit ngan aku. Dengan staff lain kamcing giler minah ni. Dia tak mesra dengan staff baru je kot.

Setakat ni overall okay. Aku decide untuk buat part time. At least takde la kosong je poket aku time LI ni. Elaun untuk LI berapa sangat la yang diorang bagi.....kawan aku pernah tanya aku, "tak penat ke?Kerja dah 8 jam, part time lagi. off day pun buat part time jugak." my answer is simple..aku lagi rela penat daripada bosan. Kalau kat rumah bukannya buat apa pun. Bosan je..baik aku kerja.

So...tu je la setakat ni. meh kita tengok gambar kat bawah ni pulak.

macam pengawas sekolah pun ada...

sebelum gi kerja selfie dulu.

lepas balik kerja pun selfie...

selfie sampai bosan..........

yah!!gaban and otomen datang!!!

Shah Alam..pit co! (peace yo)