Saturday, 25 January 2014

Praktikal @ Intekma Resort Convention Centre Shah Alam

testing,testing....

Seperti yang pernah dimaklumkan dalam entry lepas, cuti semester kali ni aku kena buat praktikal and tempat yang aku dapat untuk LI ni ialah di Intekma Resort Convention Centre. Intekma ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Dekat je dengan pintu masuk UiTM Shah Alam yang dekat seksyen 2 tu.

Aku dapat masuk department FnB. Ye...jodoh saya dengan makanan and pinggan mangkuk memang kuat. Benda yang aku taknak la yang aku dapat.Kalau boleh aku nak depatrment housekeeping. Aku memang suka kerja kemas mengemas ni walaupun time tadika dulu tak masuk tadika kemas.

Aku, Su and Faiz yang dapat buat LI kat sini. Tapi si Faiz tu berulang je dari rumah sebab rumah dia dekat Ampang. Aku and Su yang dari Perak ni terpaksa la cari rumah sewa. Nasib baik la aku ni spesies yang ramai kawan, dapat la menumpang kat rumah kawan aku, Bieyla and Suha. Diorang ni student UiTM Shah Alam. Kitorang kawan sejak sekolah menengah. Diorang siap bagi pakej lagi.Tumpang rumah dapat motor.Wuahahaha!! Senang nak berulang gi kerja.

Masa baru 2 3 hari kerja hari tu memang bosan tahap gaban kuasa lapan!! Mulut and pipi aku rasa lenguh sebab asyik senyum je and dalam tempoh 8 jam kerja tu tak sampai 10 ayat yang aku keluarkan. Aku ni dah la spesies yang boleh berbuih mulut kalau tak dapat bercakap. Ye....saya suka bercakap.Muahaha!

Tapi lepas 4 5 hari rasa okay la...kat sini ramai budak Indonesia buat praktikal. Diorang semua muda lagi. Still sekolah. Diorang semua baik baik and ramah kecuali sorang budak ni.Namanya Maria. Kurang mesra sikit ngan aku. Dengan staff lain kamcing giler minah ni. Dia tak mesra dengan staff baru je kot.

Setakat ni overall okay. Aku decide untuk buat part time. At least takde la kosong je poket aku time LI ni. Elaun untuk LI berapa sangat la yang diorang bagi.....kawan aku pernah tanya aku, "tak penat ke?Kerja dah 8 jam, part time lagi. off day pun buat part time jugak." my answer is simple..aku lagi rela penat daripada bosan. Kalau kat rumah bukannya buat apa pun. Bosan je..baik aku kerja.

So...tu je la setakat ni. meh kita tengok gambar kat bawah ni pulak.

macam pengawas sekolah pun ada...

sebelum gi kerja selfie dulu.

lepas balik kerja pun selfie...

selfie sampai bosan..........

yah!!gaban and otomen datang!!!

Shah Alam..pit co! (peace yo)

No comments:

Post a Comment