Monday, 26 August 2013

CINTA EGOIS:: Chapter 2

    “Kinah!Kau kemana tadi?Bukan ke kau janji nak jumpa aku dekat kafe?”Soal Ieqwa berang.Sakinah,Zetty dan Liyana serentak memandang Ieqwa.
“Ieqwa,baju kau tu kenapa?”Soalan dijawab dengan soalan.Sakinah menunjuk kearah baju Ieqwa yang terdapat kesan teh tarik.Oleh kerana baju yang dipakainya berwarna putih,maka kesan teh tarik tersebut sangat jelas kelihatan.
    “Kau jangan tanya la pasal baju aku ni.Dah la sejak dari kafe tadi sampai ke sini semua orang usha aku semacam je.”
    “Apa hal wei?Kau buat hal lagi ke?”Soal Liyana.
    “Argghhhh!!!”Tiba-tiba sahaja Ieqwa menjerit.Tersedak Liyana yang sedang minum air.“Woi!Kau ni apasal?Kena sampuk ke apa?Tiba-tiba je menjerit.”Jerkah Zetty.
    “Aku bengang betul la.Mana je aku pergi mesti jumpa dengan tenuk tu.kalau aku jumpa je dia mesti ada masalah.Dia sengaja je cari pasal dengan aku.”
    “Tenuk?Siapa yang kau maksudkan ni?”Tanya Zetty hairan.
    “Ala…si poyoman yang hari tu la.”
    “Poyoman…..?”Zetty cuba mengingat orang yang dimaksudkan.
    “Alah,buffering la Zetty ni.Mamat lancer tu la.Ingat tak?”Sakinah pula cuba mengingatkan Zetty.
    “Tenuk..poyoman…mamat lancer?Owh,yang tu!Aku ingat dah.”Spontan Zetty memetik jari.
    “Slow la kau ni.Tu la,orang sekarang semua dah pakai 4G,kau still guna 3G.”Gurau Liyana.
    “Aku mana la ingat.Kau orang just cerita je pasal mamat tu kat aku.Macam mana rupanya pun aku tak tahu.Kau orang ye la ada tengok ‘drama live’ lagi.Kali ni drama apa pulak yang dia buat?”
    “Aksi.”Jawab Ieqwa ringkas.
    “Mesti aksi komedi lagi kan?Celah Sakinah dengan senyuman menyindir.

     Ieqwa membisu,tidak memberi sebarang respon.Matanya lurus memandang dinding.Wajahnya sugul dan tidak bermaya.Dalam hatinya ketika itu bergelodak bermacam jenis perasaan.Sakit hati!marah!Benci!Sedih!Malu!Dendam!Kenapa tidak ada satu pun perasaan yang baik?Sedangkan sebelum ini dia seorang yang pemaaf,sentiasa ceria dan tidak berdendam.Ya!Tidak berdendam.Tetapi pada saat ini otaknya sedang ligat memikirkan idea untuk membalas dendam.Siaplah kau kalau aku jumpa kau lagi!

    “Woi!Kau berangan ke?”Sergah Sakinah.Ieqwa mengurut dada kerana terkejut.
    “Ha,tu la…berangan lagi.Mesti kau tengah berangan sedang beraksi romantik dengan mamat tu kan?”Zetty sengaja mengusik.
    “Kepala hangguk mu!Aku tengah fikir macam mana nak balas dendam la.Dah dua kali dia buli aku.Kalau masuk kali ketiga memang mintak kaki la jawabnya.Dia ingat aku ni Bawang Putih ke suka-suka je dia nak buli.”
    “Ala,dia buli-buli manja je kot.Takkan la sampai berdendam?”
    “Buli-buli manja hangguk mu!”Sekali lagi Zetty di’hangguk’kan.“Itu buli selagi mahu namanya.Mamat tu kalau kau nak tahu,dia tu busuk hati sebenarnya.Hati dia tak tenang kalau tak dapat seksa hidup orang lain.Bukan setakat hati je yang busuk.Busuk perut,busuk mulut,busuk ketiak,semuanya busuklah!”
    “Sakinah dan Liyana hanya ketawa manakala Zetty pula sudah membuat muka.“Hambek kau Zetty.Dua kali kena hangguk dengan Ieqwa.Jangan sampai masuk kali ketiga sudah.”Ujar Liyana di hujung tawa.
    “Eleh!Ingat aku takut sangat ke dengan budak Ieqwa ni?Tak goyang la wei!Dia yang goyang dengan aku.”
    Serta-merta sebiji bantal melayang tepat ke muka Zetty.Nyaris terbaring Zetty yang sedang duduk bersila di atas katil.
    “Ha!Siapa yang goyang sekarang?Kau ke aku?”
    “Apa ni wei?Tak aci la main serang hendap!”Diambilnya bantal tersebut lalu dibaling semula ke arah Ieqwa.Namun Ieqwa lebih pantas mengelak.Zetty mengejar Ieqwa yang sudah lari keluar dari bilik.

    Sakinah dan Liyana hanya mampu menggelengkan kepala.Mereka sudah lali dengan situasi yang kurang matang seperti itu.

    “Umur masing-masing dah 21 tahun,tapi perangai still macam budak 12 tahun.”Rungut Liyana.

Sunday, 4 August 2013

CINTA EGOIS :: Chapter 1

  
 Gedebuk!Bagaikan buah nangka,Ieqwa jatuh tertiarap di atas lantai.'Kurang ajar betul!Kaki siapa la yang bersepah tengah jalan ni?'Dalam hatinya tak henti-henti menyumpah seranah tuan punya kaki yang menghalang laluannya sekaligus menjadikan dirinya tumpuan awam ketika itu.'Glamour la aku lepas ni.'

     Dengan hidung yang kembang kempis menahan marah dia memalingkan kepala.Matanya melilau mencari pesalah.Ada dua orang suspek disitu tetapi hanya seorang sahaja yang disyakinya.Tak lain tak bukan....

    “Woi tenuk!Kau punya kaki ke ni?”Lantang suara Ieqwa bertanya kepada ‘tenuk’ yang dimaksudkan itu.Ben memandang sekeliling.Riak wajahnya langsung tiada tanda-tanda rasa bersalah.Sebaliknya wajah poyo yang dipamerkan.
    “Kau ada nampak tenuk ke kat sini?”Ben bertanya kepada Eddy yang duduk dihadapannya.“Aku tak nampak la pulak.Tapi kalau harimau jadian tu ada la aku nampak.”Eddy hanya ketawa mendengar kata-kata Ben.

     Harimau jadian?Kenapa aku terasa ye?Dia maksudkan aku ke?Ye la!Takkan makcik cleaner yang tengah mop lantai tu pulak kot.Bagaikan orang tak betul Ieqwa dibuatnya.Dia sendiri yang tanya,dia sendiri yang jawab.Nasib baik dia hanya bermonolog.Jika tidak mungkin orang lain akan sangka dia ada tekanan jiwa.
    “Wei,makcik!Seronok sangat ke dok berposing kat atas lantai tu?Mesti kau tengah bajet posing kat swimming pool sekarang kan?”
    “Huh!Makcik?”Ieqwa meniup rambutnya yang terjurai di muka.Kemudian dia bangun sambil menepuk-nepuk bajunya yang sedikit kotor.
    “Tadi kau kata aku harimau,sekarang kau kata aku makcik pulak?Kau ni dah kenapa?Sengaja nak cari pasal dengan aku.”
    “kau kata aku tenuk tadi boleh pulak?”Soal Ben kembali.
    “Ha!”Jerit Ieqwa sambil menepuk tangan.“maksudnya kau mengaku la yang kau ni tenuk?”Bulat mata Ben memandang Ieqwa.Bukan main sakit hatinya melihat Ieqwa yang sedang mengilai seperti hantu lampir.Dicapainya cawan teh tarik milik Eddy,lalu…..
    “Arghhhh!!!!”Serta merta ngilai hantu lampir bertukar menjadi jeritan polong.Bagaikan halilintar suara Ieqwa.Nyaris tidak terbelah dua bangunan kafeteria itu.Jika tidak pasti masuk surat khabar muka hadapan esok.

     Puas hati Ben melihat Ieqwa yang sudah bermandikan teh tarik di tempat awam itu.Eddy kelihatan serba salah.Tidak tahu harus berpihak kepada siapa.Dia kasihan melihat Ieqwa diperlakukan sebegitu.Sudahlah teh tarik miliknya pula yang menjadi mangsa.Padahal teh tarik itu baru diminumnya seteguk sahaja.Hampeh punya kawan.

     Ben tersengih seperti kerang busuk.Wajahnya cukup membuatkan sesiapa sahaja rasa menyampah memandangnya.Merah padam muka Ieqwa.Kali ini dia tidak dapat menahan marah.rasa marah itu harus dilepaskan agar tidak menjadi beban dirinya.Dengan sekuat hati kaki Ben disepaknya,kemudian telefon bimbit milik Ben yang berada di atas meja dicampaknya ke lantai.

    “NO!!!!!”Hanya itu yang terpacul dari mulut Ben dengan tindakan drastik Ieqwa.Sepantas kilat Ieqwa melarikan diri dari tempat kejadian.“Oh my iphone……”sayu wajah Ben memandang telefon bimbit yang sudah retak skrinnya itu.Eddy pula sudah ketawa terbahak-bahak sambil menampar-nampar meja.
    “Woi!Apasal kau ketawa?Aku tengah bengang ni kau boleh seronok-seronok ketawa pulak.”
    “Entah la,aku pun tak tahu kenapa.Tapi aku rasa kelakar,so aku gelak la.”Jawab Eddy dengan tawa yang masih bersisa.
    “Tak guna punya kawan.”Ben mengambil iphonenya kemudian dibelek-beleknya alat tersebut.“Rosak!Tak guna punya perempuan!Ed,kau tahu tak minah tadi budak fakulti mana?”

     Eddy berfikir seketika.“Entah la,aku pun tak tahu.Tapi aku rasa dia budak mass com kot.Sebab aku pernah ternampak dia lepak dengan Ajie and budak-budak Mass com yang lain.”
    “Mass com?Huh!No wonder la pandai menjawab.Kau memang suka cari pasal dengan aku kan?Siap la kalau aku jumpa kau……….”

Monday, 29 July 2013

Cameron With Buddy!!

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia....!

hari ni dah puasa yang ke-20..lebih kurang 9 hari lagi nak raya...Exitednya!!
  baju raya aku tahun ni ada 6 pasang kau!!Haha!!meriahnya raya aku tahun ni....tah macam mana boleh terlajak beli pulak...ngeh ngeh ngeh...Bukannya apa,saja beli lebih sebab raya 3 and 4 ni kawan aku nak kawen....so beli la lebih nak pakai pergi kenduri~~Mmmmm....boleh diterima tak alasan ni???hekhekhek....

   Haritu balik dari cuti semester aku bawak balik kawan aku..namaya Fazzy..Fazzy ni asal dari Sabah.Dia tinggal kat rumah aku 4 hari sebab flight dia lambat.So,aku bawak la si Fazzy ni jalan jalan..Takkan nak biar je dia dok kat rumah tu tercongok tak buat apa...ataupun paksa dia buat kerja rumah pulak...mmmm....kenapa tak terfikir pun haritu ye??haha!!Aku bawak Fazzy pergi Teluk Intan,tengok menara Condong...walaupun takde apa yang menarik kat situ...hihiii~

  Lepas tu akau bawak Fazzy pergi Cameron Highland!Yeah!!!aku suka lepak kat Cameron!!!Cameron is 1 of my favourite place....Walaupun dah beratus kali ke sana tapi aku tak perbah jemu....sebab dia best!!!haha

   Maklum la,merayap time bulan puasa,so tak dapat la nak makan Strawberry coklat..huhu~~dah la perut kosong,jalan pulak macam....#@$%^&*...!!Faham faham sendiri je la jalan Cameron kalau ikut dari Tapah tu...Biasanya kalau aku yang drive aku tak pening,tapi haritu sebab puasa kot,perut kosong..so aku sendiri drive,aku sendiri yang pening...yang peliknya si Fazzy dengan mummy aku ni tak pening pulak!!haishhh!!buat malu je.........

   Memang best pergi time bulan puasa,nak nak lagi haritu hari rabu,memang lengang je la Cameron tu...kalau tak asyik jem je...nak nak lagi kat Kea Farm and kat area Equatorial tu....Kitorang banyak berposing je...takde beli apa sangat...hehe..nah aku kasi hadiah gambar aku ngan Fazzy...malas nak taip dah........hekhekhek...

kat Lata Iskandar


nak mandi tapi tak bawak baju pulak...







bajet ayu la tueww~~


i kiss the flower!


kat Cactus Point

kaktus ni lagi tinggi daripada aku.......



                                                             okey...itu je...bubye!!

Thursday, 11 July 2013

UiTM Pulau Pinang Di Hatiku

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia!

Alhamdulillah hari ni dah 2 Ramadhan.Aku pun dah 2 kali pergi tarawikh kat UiTM ni.Hari first tarawikh tak dapat pergi sebab........................................................................biarlah ayat tu tergantung kat situ ye.....

Makin hari aku makin suka dengan UiTM Pulau Pinang ni...Kiranya jatuh cinta la..haha!!Memang benar aku sudah jatuh cinta~~Ops!Sebelum aku terpesong lebih jauh,baik aku straight to the point je la ye..

   Masa aku form 5,aku ada join 1 program motivasi anjuran kelab IKRAM UiTM PP.Nama program ni PSK 13.PSK stand for Program Semarak Kasih.13 tu pulak bilangan sekolah yang diorang dah pergi.Kelab IKRAM ni datang kat sekolah aku,SMK Air Kuning.Masa memula dapat tau pasal benda alah ni aku punya la malas nak join.Aku ni memang tak suka sangat program program motivasi bagai ni.Diri aku ni dah terlebih motivasi dah,tak payah nak join program lagi.huhu~~

   Tapi bila ada suara suara sumbang yang kata benda ni wajib join,aku pun join la...nak nak lagi member aku semuanya join jugak....

   Sumpah cakap!!PSK ni gila bapak best!!!Mungkin sebab budak budak U yang handle program ni,so takde la boring.Selalunya orang tua yang dah tunggu masa nak pencen je buat program motivasi ni.Ups!hihi~
Setiap slot best!Kitorang dibahagikan dalam kumpulan.Setiap kumpulan ada 2 orang fasilitator.Tapi malangnya aku dah lupa nama diorang.haha!!Maaf maaf!

    Aku cuma ingat 3 orang je dalam ramai ramai fasilitator PSK ni.Abang Firdaus,abang Kam and abang Tuan.Yang lain semua dah reput dalam memory aku.Abang Tuan ni pun aku ingat sebab jumpa dia kat UiTM ni,kebetulan dia jadi PM time aku MDS.Kalau tak dia pun aku tak ingat.Aku ni memang mudah lupa kenangan manis.ngeh ngeh ngeh

   Lepas habis program tu aku pun ada la simpan azam yang berbunyi begini.."aku nak sambung belajar kat UiTM Penang la"

haha!!macam la aku boleh request sesuka hati nak masuk U mana.Kau ingat  kau anak Menteri ke??!Tapi alhamdulillah,dapat jugak aku masuk sini...........lepas aku dapat masuk UiTM PP ni,aku ada chat dengan abang Firdaus,bagitau yang aku dapat masuk sini.Dia kata...

                            "untungla,tapi kenapa baru masuk?sebelum ni dimana?"
                               "sebelum ni STPM,lepas STPM aritu dapat UiTM Sabah,tak pergi sebab jauh."
                             "gedix.pegi je la.merantau."
                                 "takpe la,dapat kat sini lagi best"
                             "best ke?p la join IKRAM tu"
                                 "Insyaallah."
                              "eh!takyah la,bukannya best pon IKRAM tu.."
                                   "ye ke?apa yang tak bestnya?"
                                 "sebab abang dah takde kat situ,tu yang tak bestnye..."
                                       "?>&*%#$@?....."

   Nampak tak nada nada perahsaan yang menggunung dalam dialog beliau diatas ni??!tapi memang aku taknak join pon IKRAM tu sebab tu kelab student diploma.Apa apa pun aku memang enjoy time PSK 13 tu.Kenangan tu akan aku berusaha sedaya upaya simpan elok elok supaya tak reput....walaupun aku ni mudah lupa kenangan manis...haha!!



           and the most important is....................................aku dah berjaya jadi student UiTM Pulau Pinang sekarang!!!!!!!!!!!!Yeayyy!!!UiTM Pulau Pinang di hatiku!!!mmmuah!!


yang botak tu la abang Firdaus..tapi kitorang panggil dia abang alamak!!

posing maut!!

abang fasi and student Air Kuning.dah macam sebaya je...

kakak fasilitator.....tak kenal sangat ngan dorang...

yang pegang mikrofon tu la abang Kam.macam Zizan sikit..haha!




k la....itu je,nak g sahur ni bubye!!

Saturday, 6 July 2013

Kami Si Burung Hantu~


Assalamualaikum and salam 1 Malaysia!

Alhamdulillah,hari ni dah 7 Julai....3 hari je lagi nak puasa...yey yey!!Rindunyer bulan ramadhan...
Tahun ni aku azam nak puasa penuh!eh!.............................................................boleh ke?Oooh silap..aku azam nak sahur penuh...haha!!Aku ni memang liat sangat nak bangun sahur.Kalau sebelum ni kat rumah takpe la ada mummy.Mummy terpaksa masak nasi goreng and telur goreng hari hari sebab nak suruh aku makan sahur..2 menu tu je yang mampu merangsang perut aku untuk makan pepagi buta..ngeh ngeh ngeh..nampak tak kasih sayang seorang ibu di situ...

Tahun ni 5 hari aku akan berpuasa kat UiTM..Kalau sebelum ni memang la aku rasa aku takkan bangun sahur sebab takde orang nak masakkan nasi goreng and telur untuk aku,tapi kini persepsi tu dah berubah kerana cara hidup aku pun dah berubah 360 darjah!

Berubah dari segi apa??Ha..korang tau tak sekarang ni...time aku tengah menaip ni...saat aku sedang menekan nekan keyboard ni....pukul berapa??Jam kat dashboard lappy aku ni sekarang dah pukul 3.53 pagi.Tapi aku rasa macam baru pukul 9 malam..Kepala hangguk sungguh kan.....Entah sejak bila la aku jadi songsang ni entah le..tapi bukan aku sorang,housemate aku pun sama...housemate aku semua belum tidur lagi sekarang ni.....

Kitorang selalunya lepas subuh baru tidur..Kalau dah lepas subuh tu baru nak tidur....paham paham je la bangunnya pukul berapa........Dah terbiasa pulak macam ni..Selalunya time time macam ni kitorang study,tu kalau mood tengah rajin la...Kalau tak main game...takpun tengok movie..Kalau jahat sikit mengumpat...Kalau gedik sikit menari...kalau jongket sikit sembang pasal jantan..haha!!!

Bila cara hidup ni dah berubah..pola pemakanan pun berubah la jugak..Aisey,dah macam buat inferense subjek sains la pulak..semakin rendah satah condong,semakin mudah beban untuk dialihkan..wah wah wah!!Mentang mentang la aku pernah jadi cikgu sains!haha

Contohnya macam sekarang ni,sambil aku menaip entry ni aku tengah melantak biskut oreo cicah nescafe mild 3 in 1..sedap baq hang!!haha..So,tak usah risau la aku tak bangun sahur puasa tahun ni...ngeeeee~~

Ape ape pun..aktiviti paranormal kami ni tetap tak bagus untuk kesihatan.Gejala tak sihat seperti ini harus dibendung dengan segera agar ianya tidak berleluasa.E'eh!Dah macam karangan Bahasa Melayu la pulak.Mentang mentang la pernah jadi cikgu bahasa melayu and ada dapat anugerah STPM bahasa Melayu terbaik..haha!!Poyo pulak aku pepagi buta ni...

Nasib baik la seminggu lagi dah nak cuti semester,so boleh la aku nak meneutral kan balik cara hidup aku ni.Biar senonoh sikit.hoho!By the way,aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat..especially kawan aku Aishah kavita yang tahun ni first year sambut puasa as a mulimah.yeay!!nanti kita beraya sama sama ye!!hihihi~~

time celebrate birthday sue..abaikan tudung and spek aku yang huduh tu...


belakang dari kiri: Mira a.k.a mek,Fazzy,aku and Adda
depan dari kiri: Sue,Cuna and Imah......hihiii..tema hijau!



                              tu je...daaaaaa!!!!!

Sunday, 30 June 2013

Doa Agar Lelaki Idaman Menyukai Anda


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

ALLAAHUMMA SALLI SALATAAN KAAMILATAN WA SALLIM SALAAMAN TAAAMMAN 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADINILLAZIL TANHALLU BIHIL 'UQAD. WA TANFARIJU BIHIL KURAB. WA TUQDHA BIHIL HAWAA-IJU WA TUNAALU BIHIR RAGHAA-IB. WA HUSNUL KHAWAATIMU WA YUSTASQAL GHAMAMU BIWAJHIHIL KARIIM WA 'AALA AALIHI WA SAHBIHI FII KULLI LAMHATIN WA NAFASIM BI' ADABI KULLI MA'LUUMIN LAK.

"Ya ALLAH berikanlah selawat dengan selawat yang sempurna dan berilah salam dengan salam yang sempurna atas junjungan kami Muhammad yang dengannya terlepas segala ikatan,lenyap segala kesedihan,terpenuhi segala keperluan,tercapai segala kesenangan,semua diakhiri dengan kebaikan,hujan diturunkan,berkat dirinya yang pemurah,juga atas keluarga dan sahabat-sahabatnya dalam setiap kerdipan mata dan hembusan nafas sebanyak hitungan segala yang ada dalam pengetahuan-Mu"

Friday, 28 June 2013

housekeeping!

Assalamualaikum!
Today i'm so happy.........taktau kenapa happy semacam...ngeh ngeh ngeh
Harini dah 29 hb...so maknanya esok 30 hb la....hehe....my first paper,subjek Management.Sekejap je dah nak final exam.Rasa macam baru je habis minggu MDS.Tup tup dah nak final.That mean perjalanan aku untuk semester satu ni pun dah nak tamat.hurmmmm.........
   Dalam banyak banyak subjek yang aku ambik untuk semester ni aku paling suka subjek housekeeping!hihi~taktau kenapa aku suka subjek ni...mungkin sebab kena dengan minat aku kot...aku ni kan suka mengemas...hhahaaa!!
    Lagi satu faktor aku suka subjek ni ialah....sir Zamri tu my favourite lecturer dalam UiTM ni...hihi...Siapa Sir Zamri??Sir Zamri tu lecturer Housekeeping la..Aku suka sir Zamri ni sebab orangnya very loving,soft spoken and best!!haha...lecturer yang lain pun best gak tapi aku more prefer Sir Zamri la....^_^
    Dah hujung hujung Sem ni rasa rindu pulak dengan kelas praktikal housekeeping...walaupun aku tak suka baju housekeeping..haha!Seriously aku tak suka pakai baju housekeeping!T-Shirt putih,tudung and seluar hitam.....macam taik cicak...tak colourful~
    Tapi kelas dia best!!Enjoy je....Rindunyer bila ingat balik...Belajar bed making,cleaning,masuk linen room,main mop mop lantai kat lobby,cuci tandas hotel,sapu lantai,cuci cermin and banyak lagi la!Semua tu pengalaman yang tersangat la berharga and berguna.
    Walaupun aku ambik degree ni bukan la sebab nak apply jadi housekeeper,tapi sekurang kurangnya pengalaman ni boleh membantu bila dah kerja nanti and secara tak langsung boleh praktikkan kat rumah..hihi
    Nah,bagi hadiah sikit..tengok la gambar gambar time aku kelas praktikal housekeeping.Siapa kata time kelas tak boleh berposing?haha!
Sebelum kelas praktikal kena buat warm up dulu..


okey cover cover..ada orang snap gambar tu....


Katil yang dah siap di make up..hehe


Cuci bath tub


Lap almari...tak bagi habuk....


lap fridge...supaya sentiasa bebas dari habuk..kata hotel..mesti la kena bersih sentiasa


posing dulu!!abaikan baju yang huduh tu....


abaikan kaki seluar yang senteng tu......


saya bukan makcik cleaner ye....walaupun nampak mirip..haha!



Itu je....bubye!!Jumpa lagi next semester...eh!!Jumpa lagi next entry!!^_^