Sedar tak sedar dah hujung semester 2 dah aku sekarang ni.
Lepas ni masuk semester 3 pula. Rasa macam still budak sekolah lagi aku ni.
Cuti semester kali ni aku kena pergi praktikal. Tempat tak tahu
lagi.Silap-silap dekat Hotel UiTM jugak.Haha! Tapi aku tak kisah. Memang aku
harap dapat dekat UiTM Penang je. Kalau Shah Alam aku tak nak.Ada ke patut
lecturer nak hantar aku ke Shah Alam. Tak sanggup la…..Bayangkan la, aku habis
final exam 16 jan. Start praktikal 20 jan sampai 2 mac. Then 3 mac dah start klas
balik. Penat dowh nak ulang alik!
Bila nak masuk
praktikal ni aku rasa cuak pulak. Maklum la,aku mana ada pengalaman bekerja.
Setakat kerja jadi cikgu tadika, cikgu tuisyen dekat pusat tuisyen and cikgu
tuisyen kat rumah je. Mana ada bercampur masyarakat sangat kerja macam tu. Cuma
bergaul dengan kanak-kanak je. Pelajar aku yang paling tua pun umur 15 tahun.
Tapi still lagi muda dari aku. Selain dari tu, kerja aku cuma tolong mak dekat
kantin je la. Itu pun still bergaul dengan budak-budak jugak. Kalau aku
praktikal nanti aku akan bekerja dengan orang yang lebih tua dari aku and jumpa
dengan macam-macam jenis manusia.
Dengan sikap aku
yang cuai,tak pandai bergaul and clumsy ni membuatkan aku makin takut nak masuk
dalam industry. Boleh ke aku jadi pekerja yang berdedikasi? Yang tak akan buat
masalah langsung! Hehe…sedangkan dalam kelas praktikal pun 2 kali aku pecahkan
pinggan and terpotong jari. Harap-harap benda-benda macam tu tak akan terjadi
lagi la ye..Aku dah dewasa la beb! Aku dah 21 tahun. Hari tu belum 21
lagi.Sebab tu la cuai. Ngeh ngeh ngeh….
Cakap pasal cuai,
aku memang dilahirkan dengan sikap cuai tu sejak azali. Agaknya tak boleh
dipisahkan lagi kot. Mungkin boleh tapi lepas kahwin.Yeay! Maksudnya kena
kahwin cepat-cepat la!hehe…petua mana aku ambil entah le….
Sejak kecik sampai
sekarang, aku rasa masa form 6 la zaman yang paling cuai bagi aku.Sepanjang
tahun aku buat masalah. Dulu masa 6 rendah aku pergi sekolah naik bas. Tapi aku
selalu datang lambat sebab selalu tertinggal bas. Pernah sekali tu, aku berlari
kejar bas tapi terlanggar batu. Tersadong kat situ. Lutut berdarah, bas pun
blah. Kira macam sudah jatuh ditimpa tangga la…
Ada satu hari ni,
aku dah sampai kat sekolah. Baru nak turun dari bas tapi tak sempat pijak tanah
aku dah kena langgar dengan motor. And motor tu motor kawan sekelas aku
sendiri, Bieyla. Hehe…tragis kan eksiden dengan kawan sendiri. Tak pasal-pasal
aku landing atas jalanraya sambil tudung tercabut and kain terselak sampai
peha. Tapi yang tak boleh bla, aku boleh bangun betulkan tudung and kain lepas
tu cakap dekat kawan aku,Tiqah “jom la masuk klas,nanti lambat lagi.” Yang si
Tiqah ni risau ingat aku dah biul. Then ambulans datang bawak pergi hospital.Dapat
la MC 2 hari.
yang tengah tu Bieyla..
Masa form 6 dulu
aku selalu datang klas pukul 8, 8 setengah atau pukul 9. Selalunya kalau bas
yang pagi tu dah terlepas aku naik teksi. Kalau naik teksi sampai sekolah pukul
8 atau 8 setengah. Kadang-kadang teksi penuh kena tunggu next bus,so pukul 9 la
baru sampai sekolah. Bila sampai sekolah aku kena curi-curi masuk supaya cikgu
tak nampak. Lebih-lebih lagi cikgu Harun bengis tu! Pernah sekali aku kena
denda dengan dia. Hampagas….
Masa upper 6, pada
tarikh 18 ogos bersamaan dengan 18 Ramadhan, handphone aku tercicir kat pasaraya
masa nak beli barang untuk keceriaan kelas sempena bulan kemerdekaan. Aku
sayang giler handphone tu sebab itu satu-satunya handphone yang mak aku belikan
untuk aku. Handphone yang aku pakai sekarang and sebelum sebelum ni semuanya
subsidi belas ehsan abang abang aku je.
Tapi nasib baik la kelas aku menang tempat pertama dalam pertandingan
keceriaan kelas tu. Tak sia-sia la sony Ericson limited edition hello kitty aku
hilang.
logo 1 Malaysia ni yang buat kelas kitorang menang!
kat atas meja tu ada arwah handphone SE LE hello kitty aku~~
Masa STPM, first
paper aku waktu pagi. Subjek Pengajian am. Aku keluar pukul 6.45 am. Waktu tu
hujan and gelap so aku pasang lampu kereta (masa form 6 atas aku ambil lesen
kereta,lepas dapat lesen aku drive pergi sekolah). Bila dah sampai sekolah
hujan dah reda and cuaca pun dah cerah. Time tengah buat karangan tu tiba-tiba
aku teringatkan pasal lampu kereta aku. Time nak balik, tekan-tekan alarm tak
mau bunyi. Aku buka kunci manual. Melalak la kereta tu. Memang sahih bateri kereta tu dah habis. Tak
pasal pasal rabak dekat RM200.
Itu la zaman
paling cuai aku rasa. Banyak lagi sebenarnya, contohnya aku lupa bawak duit
belanja, then terpaksa mintak duit kat budak cina yang naik bas dengan aku tapi
tak sama sekolah untuk bayar tambang bas. Aku tidur kat surau lepas balik
sekolah sampai pukul 6.30 petang sampaikan mak aku susah hati cari aku. Guru
kelas aku siap hantar surat first warning lagi sebab selalu tak datang sekolah.
Eh! Kenapa aku perlu ungkit balik semua ni? Hehe….tak sangka aku budak
bermasalah masa form 6 dulu. Tapi semua tu dah jadi kenangan manis. At least
hidup ni rasa adventure sikit. Takde la straight je….
Lepas ni insyaallah
aku akan hadapi dunia pekerjaan pula.Walaupun aku baru nak masuk semester 3,
tapi nanti pejam celik pejam celik je dah 2 tahun. Sedar-sedar dah grad. Then
mesti la kena cari kerja kan? Apa apa pun aku nak enjoy je dulu apa yang aku
lalui sekarang ni. Supaya nanti bila dah kerja aku boleh kenang balik zaman
universiti ni macam mana aku kenang balik zaman sekolah. Yang pahit pun jadi
manis. ^^
hahahaha....yg x tahan tu lps eksiden ngn kwn tu tros pakai ytudung blik...itu punchline!!!!!!!!!
ReplyDeletehaha!!blurr...otak bergegar sebab baru lepas kena langgar..hihi
ReplyDelete