Thursday, 23 January 2014

Panggil aku Anom


Hehe…terdengar sindiran halus di cuping telinga kiriku ini…apalah buat entry pasal diri sendiri..Eh!ni blog aku!sukati aku la nak citer pasal aku ke apa ke…Bak kata orang Damansara sambil petik jari dan goncang kepala....whatever~~

Ilham untuk menulis entry ni datang lepas aku jumpa 2 buah novel yang tajuk lebih kurang macam ni la..Satu tu ‘Panggil Aku Kiah.’ Satu lagi ‘Panggil Aku…….’ Aku tak ingat plak namanya apa.Tapi moden sikit la…takde la old school macam nama Kiah.

Sekarang ni aku bukan nak buat novel ‘Panggil Aku Anom’ pulak Cuma rasa tertarik untuk bercerita tentang nama sendiri. My full name is Nor Farahanom. Farah tu arwah abah yang kasi. Dia teringin nak anak nama Farah katanya. Anom pula mak yang letak. Mak ambil daripada nama kawan dia, Datin Mahanum. Wah wah! Untung-untung dapat badi jadi Datin juge…

Sejak dari baby sampai aku sekolah rendah mak panggil aku Anom and abah pula panggil aku Farah. Masa kecik dulu dah biasa so tak rasa hairan. Tapi bila dah besar rasa pelik pulak. Tak seia sekata langsung parents aku ni.  Lepas aku sekolah menengah, abah tewas. Abah pun panggil aku Anom jugak. Biasa la, lelaki mestilah mengalah dengan perempuan kan.

Masa sokolah menengah dulu aku giler sangat dengan kpop(Korea), Jpop(Jepun) and Tpop(Taiwan) ni. Memang hardcore la…Aku start layan Kpop sejak 2006.Masa tu Kpop tak famous lagi kat Malaysia. Budak budak yang fanatic Kpop sekarang ni pun tak tahu lagi kpop tu apa agaknya. Sebab kebanyakan kawan kawan aku yang minat Kpop sekarang ni start kenal Kpop pun tahun 2009. Contohnya Bieyla. Bieyla start layan Kpop pun lepas dipengaruhi aku. Haha! Bangga pulak rasa.

Masa 2007, ada sebuah drama jepun tayang kat 8tv. Tajuknya ‘One Litre of Tear’. Giler bapak sedih drama ni. Tapi takdelah sedih sangat kot. Sebab aku sorang je yang menangis layan drama ni. Kalau tak silap aku drama tu tayang pukul 6 petang hari sabtu rasanya. So, aku selalu tertonggok betul-betul depan tv waktu tu. Kena datang awal sikit kat bilik tv semata mata untuk dapatkan port selesa menonton tv (aku dok hostel time tu). Ada satu babak dalam citer tu aku rasa sedih giler, so dengan tak sengaja aku menangis. Sedar- sedar je semua mata pandang aku time tu. Dah la dok depan sekali.

Watak utama dalam drama tu Aya. So aku pun start guna nama Aya tu jadi nickname aku. Sampaikan aku guna nama tu di alam maya. Fuh, bapak ayat aku. Nama FB aku dulu pun Aya, Saranghaeyo Aya. Sampaikan ada melekat jugak la orang panggil aku Aya. Tapi sekarang aku tak pakai nama tu dah. Walaubagaimanapun, nama Aya tu dah sebati dengan jiwa aku. Dah ku anggap bagai nama sendiri.E’eh! Poyonya saya….

So, kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini ialah….aku lagi suka kalau orang panggil aku anom sebab bunyinya lebih mesra and it sound cute right? Walaupon kesimpulan aku ni tak berapa nak link dengan bebelan kat atas. Haha... Kalau tak rapat sangat biasanya panggil Farah. Tapi aku tak kisah..panggil la apa apa pun asaikan jangan ‘hoi’. Okay tu je..bubye!



Thursday, 9 January 2014

Flashback:: pahit jadi manis

Sedar tak sedar dah hujung semester 2 dah aku sekarang ni. Lepas ni masuk semester 3 pula. Rasa macam still budak sekolah lagi aku ni. Cuti semester kali ni aku kena pergi praktikal. Tempat tak tahu lagi.Silap-silap dekat Hotel UiTM jugak.Haha! Tapi aku tak kisah. Memang aku harap dapat dekat UiTM Penang je. Kalau Shah Alam aku tak nak.Ada ke patut lecturer nak hantar aku ke Shah Alam. Tak sanggup la…..Bayangkan la, aku habis final exam 16 jan. Start praktikal 20 jan sampai 2 mac. Then 3 mac dah start klas balik. Penat dowh nak ulang alik!

    Bila nak masuk praktikal ni aku rasa cuak pulak. Maklum la,aku mana ada pengalaman bekerja. Setakat kerja jadi cikgu tadika, cikgu tuisyen dekat pusat tuisyen and cikgu tuisyen kat rumah je. Mana ada bercampur masyarakat sangat kerja macam tu. Cuma bergaul dengan kanak-kanak je. Pelajar aku yang paling tua pun umur 15 tahun. Tapi still lagi muda dari aku. Selain dari tu, kerja aku cuma tolong mak dekat kantin je la. Itu pun still bergaul dengan budak-budak jugak. Kalau aku praktikal nanti aku akan bekerja dengan orang yang lebih tua dari aku and jumpa dengan macam-macam jenis manusia.

    Dengan sikap aku yang cuai,tak pandai bergaul and clumsy ni membuatkan aku makin takut nak masuk dalam industry. Boleh ke aku jadi pekerja yang berdedikasi? Yang tak akan buat masalah langsung! Hehe…sedangkan dalam kelas praktikal pun 2 kali aku pecahkan pinggan and terpotong jari. Harap-harap benda-benda macam tu tak akan terjadi lagi la ye..Aku dah dewasa la beb! Aku dah 21 tahun. Hari tu belum 21 lagi.Sebab tu la cuai. Ngeh ngeh ngeh….

    Cakap pasal cuai, aku memang dilahirkan dengan sikap cuai tu sejak azali. Agaknya tak boleh dipisahkan lagi kot. Mungkin boleh tapi lepas kahwin.Yeay! Maksudnya kena kahwin cepat-cepat la!hehe…petua mana aku ambil entah le….

    Sejak kecik sampai sekarang, aku rasa masa form 6 la zaman yang paling cuai bagi aku.Sepanjang tahun aku buat masalah. Dulu masa 6 rendah aku pergi sekolah naik bas. Tapi aku selalu datang lambat sebab selalu tertinggal bas. Pernah sekali tu, aku berlari kejar bas tapi terlanggar batu. Tersadong kat situ. Lutut berdarah, bas pun blah. Kira macam sudah jatuh ditimpa tangga la…

    Ada satu hari ni, aku dah sampai kat sekolah. Baru nak turun dari bas tapi tak sempat pijak tanah aku dah kena langgar dengan motor. And motor tu motor kawan sekelas aku sendiri, Bieyla. Hehe…tragis kan eksiden dengan kawan sendiri. Tak pasal-pasal aku landing atas jalanraya sambil tudung tercabut and kain terselak sampai peha. Tapi yang tak boleh bla, aku boleh bangun betulkan tudung and kain lepas tu cakap dekat kawan aku,Tiqah “jom la masuk klas,nanti lambat lagi.” Yang si Tiqah ni risau ingat aku dah biul. Then ambulans datang bawak pergi hospital.Dapat la MC 2 hari.
                                      yang tengah tu Bieyla..

    Masa form 6 dulu aku selalu datang klas pukul 8, 8 setengah atau pukul 9. Selalunya kalau bas yang pagi tu dah terlepas aku naik teksi. Kalau naik teksi sampai sekolah pukul 8 atau 8 setengah. Kadang-kadang teksi penuh kena tunggu next bus,so pukul 9 la baru sampai sekolah. Bila sampai sekolah aku kena curi-curi masuk supaya cikgu tak nampak. Lebih-lebih lagi cikgu Harun bengis tu! Pernah sekali aku kena denda dengan dia. Hampagas….

    Masa upper 6, pada tarikh 18 ogos bersamaan dengan 18 Ramadhan, handphone aku tercicir kat pasaraya masa nak beli barang untuk keceriaan kelas sempena bulan kemerdekaan. Aku sayang giler handphone tu sebab itu satu-satunya handphone yang mak aku belikan untuk aku. Handphone yang aku pakai sekarang and sebelum sebelum ni semuanya subsidi belas ehsan abang abang aku je.  Tapi nasib baik la kelas aku menang tempat pertama dalam pertandingan keceriaan kelas tu. Tak sia-sia la sony Ericson limited edition hello kitty aku hilang.

logo 1 Malaysia ni yang buat kelas kitorang menang!

kat atas meja tu ada arwah handphone SE LE hello kitty aku~~

    Masa STPM, first paper aku waktu pagi. Subjek Pengajian am. Aku keluar pukul 6.45 am. Waktu tu hujan and gelap so aku pasang lampu kereta (masa form 6 atas aku ambil lesen kereta,lepas dapat lesen aku drive pergi sekolah). Bila dah sampai sekolah hujan dah reda and cuaca pun dah cerah. Time tengah buat karangan tu tiba-tiba aku teringatkan pasal lampu kereta aku. Time nak balik, tekan-tekan alarm tak mau bunyi. Aku buka kunci manual. Melalak la kereta tu.  Memang sahih bateri kereta tu dah habis. Tak pasal pasal rabak dekat RM200.

    Itu la zaman paling cuai aku rasa. Banyak lagi sebenarnya, contohnya aku lupa bawak duit belanja, then terpaksa mintak duit kat budak cina yang naik bas dengan aku tapi tak sama sekolah untuk bayar tambang bas. Aku tidur kat surau lepas balik sekolah sampai pukul 6.30 petang sampaikan mak aku susah hati cari aku. Guru kelas aku siap hantar surat first warning lagi sebab selalu tak datang sekolah. Eh! Kenapa aku perlu ungkit balik semua ni? Hehe….tak sangka aku budak bermasalah masa form 6 dulu. Tapi semua tu dah jadi kenangan manis. At least hidup ni rasa adventure sikit. Takde la straight je….


   Lepas ni insyaallah aku akan hadapi dunia pekerjaan pula.Walaupun aku baru nak masuk semester 3, tapi nanti pejam celik pejam celik je dah 2 tahun. Sedar-sedar dah grad. Then mesti la kena cari kerja kan? Apa apa pun aku nak enjoy je dulu apa yang aku lalui sekarang ni. Supaya nanti bila dah kerja aku boleh kenang balik zaman universiti ni macam mana aku kenang balik zaman sekolah. Yang pahit pun jadi manis. ^^

Thursday, 2 January 2014

~S.H.I.R.O~

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru..Rasanya baru beberapa bulan lepas aku sambut tahun baru 2013 kat i-City...Tup-tup dah masuk 2014 and for this new year, cara aku celebrate lain sikit. Aku pergi Sembang Ambang bersama Ustaz Azhar Idrus dekat Butterworth. Actually, every year aku tak sambut pun new year. Cuma kebetulan tahun lepas my family pergi i-City sempena Karnival Sayang Selangor.
    Tahun ni aku pergi dengar ceramah UAI dengan classmates. Bunyi macam nak mendekati majlis ilmu dan menjauhi perkara lagha. Tapi hakikatnya aku pergi sana dengan harapan menggunung tinggi untuk berjumpa dengan SHIRO sebab dalam banner kata ada Shiro as artis jemputan. Selain tu ada Syamsul Yusof, Pierre Andre, Saujana, Imam Muda Asyraf and of course la UAI.
    Tapi kecewa...Shiro takde sebab diorang jadi pengacara untuk rancangan kat RTM. Sedih....tapi tak menyesal pergi sebab UAI memang best! Cuma..jujur la cakap, sedih and kecewa tu tetap ada sebab aku memang excited giler pergi semata-mata nak tengok Shiro! mmm...tapi takpe..kalau ada rezeki mungkin lain kali kat tempat lain pula.
    Sempena 2014 ni aku buat akaun Twitter semata-mata sebab nak follow Shiro especially Shahrol! Oh yeah! Biarlah aku berterus terang disini..Sebenarnya..............aku.................dah.....................jatuh......................tettttt......pada Shahrol!hahaha....minat giler dowh! Mamat muka kena makan anai-anai tu jugak yang aku minat...pelik jugak..tapi betul la kata orang, cinta tak kenal siapa..tapi aku kenal dia! hehe..punchline Sepahtu ^^
    Sejak bila minat aku minat dia? Mmm...entah..tapi yang pasti bukan sejak Raja Lawak sebab aku tak follow Raja lawak. Aku start follow masa Maharaja Lawak Mega 2013. Lepas tu baru aku cari and download semua video diorang since Raja Lawak dulu. Rasanya aku suka Shiro sejak filem Ustaz mu tunggu aku datang. First, aku suka jalan cerita tu. Second, aku suka watak diorang yang lost, innocent and setiakawan tu. Sangat sweet! Credit plus thumbs up la untuk Pierre Andre and semua team UMTAD.


my birthday gift! I name it SHIRO! ^^


bosan-bosan saya mewarna.........yeay!!





okay tu je bubye!

Tuesday, 3 December 2013

POSITIVE THINKING

Alhamdulillah…

Today I’m officially 21!! !Yeay! Happy happy~
Syukur sebab masih hidup bahagia dan selesa hingga ke hari ini.Walaupun  kedatangan usia 21 ni diraikan dengan ‘kesihatan’ tubuh badan yang teramat sangat!Sangat amat!Ya ALLAH!Amat amat sangat!Haha..

Dalam 2 minggu kebelakangan ni rasanya hampir setiap hari ada je yang tegur pasal badan aku yang makin ehem ehem ni…excuse me..ehem ehem tu bukan refer kepada badan ala ala che ta ye,tapi ala ala enot.

Tapi bila difikirkan balik memang badan aku dah makin naik pun.Berat badan pun dah naik 6 kg daripada awal-awal masuk UiTM.Alasan yang dapat diberikan disini ialah semester 2 ni aku masuk kitchen.So asyik makan je……….walaupun kelas tu hanya seminggu sekali.Tak kisah la!Tolong la terima alasan aku ni!Tak tau dah nak cakap apa bila orang tegur pasal badan aku ni.

Sebab tu aku decide nak join kelab taekwondo budak diploma.Dulu masa sekolah aku memang aktif taekwondo (Walaupun selalu ponteng latihan).Tapi sejak form 6 dah stop sebab tak de kelab taekwondo kat sekolah tu.Berat aku memang naik mendadak jugak la sejak stop taekwondo.Naik 6 kg.Eh!apasal asyik naik 6 kg je berat aku ni..naiknya tak agak agak.Nak turunnya punya la payah.Sekilo pun jenuh!

Tapi sempena usia aku 21 tahun ni aku bukan nak berazam kuruskan badan ke apa ke..tapi aku nak buat eksperimen.kalau aku teruskan gaya hidup aku yang sekarang ni apakah yang bakal terjadi pada diri aku?Adakah mak aku berpeluang mendapat menantu bongsu dalam masa 10 tahun ni atau aku terpaksa ke London Weight Management dan seterusnya ke agensi mencari jodoh demi menunaikan hasrat sebagai seorang gadis yang ingin hidup berumahtangga.

Okey aku dah melalut nampaknya.

Tapi dalam situasi ni aku nak berfikiran positif.Jika orang tegur badan aku gemuk dan ada jugak mulut-mulut yang gatal tegur aku pendek (Kuang ajo!)…so formulanya di sini ialah :

            Gemuk + pendek = comel

Jadi kesimpulannya ialah saya seorang yang comel!hehe….Bukti formula di atas ialah doraemon.Doraemon tu kan gemuk and pendek.Tapi comel..Kalau anjing and kucing pun orang akan kata yang gemuk,fluffy,gebu and katek tu comel.Mana ada kucing yang kurus pastu kaki panjang orang kata comel..Kan?


Maka disini saya ingin berterima kasih kepada semua yang menegur saya ‘comel’ walaupun secara kiasan.hehehe….aku dah 21 la wei!So always think positive.Yeay!!Gambate!Omedeto tanjobi to myself~~~  ^^

gemuk ke??

Saturday, 30 November 2013

Erti usia 21

Assalamualaikum.

    Hari ni dah 30 november 2013. Mean lagi 3 hari usia aku genap 21 tahun...Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sedih bila kenangkan umur aku yang makin meningkat.....

   Usia 21 bermaksud aku bukan lagi di bawah tanggungan keluarga walaupun pada hakikatnya masih lagi ditanggung sepenuhnya.

   Usia 21 bermaksud aku sudah cukup dewasa untuk hidup berdikari, tak lagi susahkan hati family.

   Usia 21 bermaksud aku tak lagi lalai dalam ibadah khususnya yang wajib.

   Usia 21 bermaksud aku tak lagi mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak solehah.

   Usia 21 bermaksud aku tak sepatutnya menambahkan lagi dosa yang ada,dan tak akan membiarkan arwah abah turut menanggung dosa aku.

Mungkin fikiran aku yang agak sempit sebab takut mengenangkan usia yang meningkat.Tapi itu la hakikatnya..aku terfikir jugak, adakah aku sempat menempuh usia 21 tahun atau Allah menjemput aku terlebih dahulu. Entah kenapa emosi aku sejak kebelakangan ni rasa sedih je..Asyik terkenangkan arwah abah and arwah adik.Rasa rindu sangat dekat mereka.Aku selalu harap arwah abah and adik akan muncul dalam mimpi aku setiap malam supaya dapat lepaskan rindu. Tapi setiap kali mimpikan mereka hati aku jadi makin sedih. Kenapa ya? Kadang-kadang aku terfikir adakah aku masih tak mampu terima hakikat yang mereka dah tak ada..........

  Usia 21 ni aku berazam untuk menjadi muslimah dalam erti kata sebenar iaitu yang mampu memelihara aurat serta ibadah dengan sempurna, menjadi anak yang solehah,yang tak pernah lupa mendoakan mak dan abah.Menjadi manusia yang lebih berdikari dan berdisiplin.Menjadi insan yang lebih matang dan rasional,sentiasa mendahulukan perkara yang wajib dan penting serta mengurangkan perkara-perkara lagha.

 Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.Bagi aku usia 21 sangat besar maknanya walaupun angkanya tak sebesar mana..

Semoga kita sama-sama mampu menjadi insan yang beriman dan sentiasa menuju ke arah kebaikan.Amin.

Thursday, 21 November 2013

CINTA EGOIS :: Chapter 4

   

    “Esok Kanda ada kelas ke?”Ben yang sedang hendak menyuap nasi itu memandang Dania yang duduk di hadapannya.
    “Ada.Pagi je.Kenapa?”Jawab Ben sambil mengunyah nasi yang disuap tadi.
    “Ha!Boleh la Kanda temankan Nia and Mia pergi shopping esok!”Ujar Nia sambil tersenyum teruja memandang kembarnya,Mia.Tengku Hannis Dania dan Tengku Hanna Damia adalah sepasang kembar seiras yang juga merupakan adik kepada Ben.Hubungan mereka bertiga sangat akrab.
    “Ala….Kanda baru ingat nak main game je kat rumah lepas habis kelas esok.”Tutur Ben sambil mencapai gelas untuk diminum.
    “Hish!Tak best la Kanda ni…jom la temankan kita orang esok.Nia nak beli buku.Mia pun sama.”Dania menguis-nguis nasi di pinggannya dengan sudu.Mukanya sudah monyok seakan-akan merajuk.
     Ben memandang wajah adik bongsunya itu.Dania memang kuat merajuk.Sikapnya lebih keanak-anakkan berbanding Damia.Namun kedua-duanya sama sahaja manjanya.Lebih-lebih lagi dengan dia.
    “Okay la….”akhirnya Ben bersetuju.Bukan main lebar senyuman Dania dan Damia.


    “You guys can check kat i-learn. I dah post kan your assignment kat situ. Due  date to submit assignment is one day before mid-term break. Jangan lupa buat revision sekali  untuk quiz and test next week.Tolong jangan ambil remeh ye.Even you guys baru part one,jangan ingat you guys boleh enjoy or ber‘honey moon’ pulak ye.Kalau part  one ni pun you guys tak boleh score, part two, three and above conform akan  jadi lagi susah.Silap-silap ada yang kena tendang.So…belajarlah anda sebelum anda jadi kurang ajar.”
   
    Bergema kelas itu dengan gelak tawa pelajar.Encik Zamri yang merupakan pensyarah untuk subjek Law itu memang suka berjenaka.Mungkin dia tidak mahu terlalu serius kerana tidak mahu pelajar-pelajar rasa tertekan.Lebih-lebih lagi subjek Law itu sering dianggap susah oleh kebanyakan pelajar.
     Para pelajar membontoti Encik Zamri untuk keluar dari kelas itu.Kelas mereka untuk hari ini telah selesai.Sepatutnya mereka ada kelas Akaun dengan Puan Hayati,tetapi pensyarah muda itu telah membatalkannya kerana ada urusan lain.
     Ieqwa kelihatan tergesa-gesa untuk pulang.Liyana dan Sakinah berlari-lari anak mengejar Ieqwa yang seperti lipas kudung itu.Entah apa yang si Ieqwa tu kejarkan pun entah la,bukannya ada laki di rumah pun yang hendak cepat sangat.
   
    “Ieqwa!”Laung Sakinah.Ieqwa yang sedang menuruni anak tangga itu mendongak ke atas.“Apa?”
    “Tunggu la wei,kau nak kemana cepat-cepat ni?”
    “Aku nak balik la.Nak tidur ni,ngantuk.”
    “Ek eleh..ingatkan apa la yang nak rushing sangat.Tak payah balik la wei,keluar nak?Boring la duduk dalam bilik.Awal lagi ni,jom la keluar.”Pujuk sakinah sambil menggoyang-goyangkan tangan Ieqwa.
    “Iiiiishhh!!Mengarut la kau ni.Aku mengantuk la.Aku tak tidur tau malam tadi!”Separuh menjerit suara Ieqwa. Orang yang lalu lalang di situ memandang mereka.
    “Memang la malam tadi kau tak tidur sebab petang semalam kau dah puas tidur kan?!”Bidas Sakinah.Ieqwa mati akal untuk bersuara.Dia memandang Sakinah dengan wajah tidak puas hati.Eee…kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni!
    “Dah dah dah….tak payah nak buat muka mintak kaki tu kat sini.Kau tunggu sini,tunggu si Yana tu.Dia pergi toilet tadi.Entah apa yang dibuatnya kat jamban tu lama sangat pun entah la.Sembelit kot.Aku nak pergi ATM jap.Tunggu tau!Jangan balik pulak!”Pesan Sakinah sambil dia berjalan meninggalkan Ieqwa di tepi tangga itu.
    “Tahu lah!”Jawab Ieqwa seakan-akan marah.“Membebel macam mak nenek je la makcik ni……aku nak tidur tak dapat.kalau nak keluar,keluar je la.Buat apa ajak aku sekali?Macam la aku ni bodyguard kau orang.”
 
     Habis setiap kedai dilawati Dania dan Damia.Kononnya dari rumah tadi hendak membeli buku.Tapi apabila tiba di situ kedai pakaian dan kasut yang menjadi tumpuan mereka.Ben dari tadi menjadi pengikut setia.Apa sahaja yang hendak mereka beli diturutinya.Dia memang jenis yang tidak berkira dengan adik-adiknya.
    “Bukan ke semalam Nia and Mia kata nak beli buku?Dari tadi Kanda tengok beli baju je…Mana bukunya?”Sindir Ben.Dania yang sedang membelek baju itu tersengih manja.“Lepas ni kita pergi la beli buku.Kita kan tak lalu kedai buku lagi….dah lalu nanti singgah la.”Lambat-lambat Dania menghabiskan ayat.
    “Ha’ah la Kanda.Mmm…Kanda pun beli baju sekali nak tak?Baju ni nampak sesuai sangat dengan Kanda.Mesti handsome kalau Kanda pakai baju ni!”
    “Eleh..nak bodek la tu.Kanda kalau pakai apa-apa pun tetap handsome la.Tak pakai baju lagi handsome.”Ben menjentik dahi Damia.
    “Auchh!Sakit la…..”
    “Padan muka!Dah la,jom pergi kedai buku.Lepas tu boleh makan,Kanda dah lapar ni.Lepas tu kita balik ye.Bonda pesan balik sebelum maghrib kan tadi.”


     Restoran makanan segera KFC menjadi pilihan tiga beradik itu menjamu selera.Ben beratur untuk membuat pesanan manakala Dania dan Damia pula menunggu di meja kosong yang tersedia.Selepas membuat bayaran,Ben mengangkat dulang untuk dibawa ke meja.Sewaktu berpusing,dia terlanggar seseorang.
    “Adoi!!”Jerit orang yang dilanggarnya.Akibat kurang kestabilan,habis air yang dipesannya tadi tumpah ke lantai.Nasib baik snack plate dan dua ketul burger tidak turut jatuh ke lantai.
    “Sorry cik saya tak sengaja.”Ucap Ben dengan penuh rasa bersalah.Gadis yang dilanggarnya itu sedang tunduk mengelap bajunya yang basah.Sebaik sahaja dia mendongak…
    “Kau!”Serentak mereka bersuara.Masing-masing dengan mata terbeliak bagai mahu menelan orang.
    “Kau memang sengaja kenakan aku kan?”Tengking Ieqwa.
    “Hah!”Ben melepaskan keluhan berat.“Kau yang main langgar je,nak salahkan
     orang lain pulak?”
    “Kau yang jalan tak pakai mata.Hei!kau jalan mata tu letak mana ha?Buta
     ye?Tak Nampak orang?”
    “Maaf la ye.Mata aku ni hanya nampak orang yang cantik je.Kalau perempuan hodoh memang susah nak nampak!”
     Ieqwa kehilangan kata-kata untuk membidas.Bengkaknya hati dia ketika itu.Sudahlah bajunya basah,dikata hodoh pula.Dia menggigit bibir sambil merenung tajam lelaki dihadapannya.
    “Hei poyoman,kau dah buat silap besar sebab cari pasal dengan aku.”Lemah sahaja Ieqwa bersuara….



Wednesday, 6 November 2013

Malang atau cuai?

Assalamualaikum...

sambil berbaring malas kerana mengantuk dan kekenyangan aku taip entry ni..sebenarnya macam malas nak buat apa apa..tapi rasa macam malas pulak kalau tak buat apa apa..jadi apa yang aku harus buat sebenarnya?mmm...i have no idea..jadi aku putuskan untuk berblogging..yeay!!!saya suka saya suka!

Semester 2 ni aku banyak kelas praktikal.kalau nak diikutkan takde la banyak pon..ada 2 je..cuma kerana tempoh kelas yang terlalu lama (8 pagi - 2 petang ) aku rasa macam banyak la..

Hari isnin aku ada kelas serving.Waktu kelas serving ni kami kena buat mock restaurant la supaya dapat feel macam real je..So dalam mock restaurant ni kena la ada supervisor (SOD),waiter,runner and steward.

Supervisor tu supervisor la..takkan tak tahu kot?Waiter pun.....takkan tak tahu kot?Ala...yang tukang ambil order,serve guest kat meja tu...tu waiter la tu.Runner ni pulak kejanya tukang ambil makanan kat kitchen.Kiranya runner ni pembantu waiter la,waiter suruh ambil itu ini,diorang pun pegi la ambil.Best tau jadi runner,rasa macam tengah shooting Running Man....Sparta!haha!!

Okey maaf..pengaruh Running Man agak kuat merebak dalam diri,maka begini la jadinya..Berbalik pada mock restaurant aku tadi..the last one is steward.Steward ni bukan adik beradik Kristen Steward atau Martha Stewart ye..tapi si pencuci pinggan kat hotel atau restoran..nama glamournya steward la.Takkan nak panggil budak pencuci pinggan je kot.Nama jawatan tu kena la seiring dengan harga sepinggan salad.Eh!apa yang aku lalutkan ni...?

Okey,setakat ni semua tu aku dah pernah jadi dah..SOD,waitress,runner and steward....and setakat ini juga dah 2 kali aku pecahkan pinggan!!!yeay!!Tahniah....!Orang lain tak berani buat aku je yang buat!huuuuuuuuu....

Pertama masa aku jadi runner.Waktu tu dah nak abis klas dah..nak simpan balik semua pinggan.Sambil aku tatang pinggan tu bagai minyak yang penuh..entah macam mana dia jatuh.Mungkin sengaja nak bagi aku glamour kot sebab kejadian tersebut berlaku kat lobby hotel UiTM yang dipenuhi dengan pelajar sem 1 yang tengah ada klas Front Office (FO) and pekerja pekerja hotel tu la.Dah la Lantai Lobby tu mosaic,can u imagine macam mana bunyinya kalau 7 8 biji pinggan kaca jatuh ke atas lantai mosaic???Kalah bunyi bunga api time deepavali!Kalau tak percaya try la kat rumah.

Second time waktu aku jadi steward.Oleh kerana hubungan aku dengan mesin memang agak tak baik..maka mesin pencuci pinggan tu pun boikot aku.habis satu rack pinggan jatuh!Kecangg!!Sedap sangat bunyinya.Macam bunyi duit siling dalam tabung burger kita..hewhewhew~~
Kan aku dah cakap aku tak percaya kat mesin!!!!

Okey,settle kelas serving..Kita pergi ke kelas kitchen pulak.Kelas kitchen kami hari khamis.Waktu kelas kitchen ni kami main masak masak..Yeay!!Aku paling tak suka memasak!! (sigh)
Setakat ni jugak dah 2 kali aku terpotong jari!yuhuuuu~Bravo bravo!!Orang lain tak berani potong jari sendiri aku je yang buat!!

Hubungan aku dengan bab bab dapur ni memang tak baik.Lebih lebih lagi minyak.Aku tak suka main goreng goreng sebab aku tak suka minyak and minyak tu pun tak suka aku.Sebab tu dia suka percik percik kat aku..grrrrrrrr!!!!

Tapi lecturer aku selalu pesan.Try to love what you are doing now because it will be your future career.Emm..lecturer mana yang cakap tu ek?entah le..eh silap!Tu mak aku yang pesan!hehe...jadi aku edang cuba untuk suka bidang yang aku ceburi ni..Kata nak pakai kereta mini cooper,kena la blaja rerajin kan?!hihiii

ni masa aku jadi SOD..so diorang ni staff aku la

ni waktu first klass kitorang..sebab tu eksited kemain nak bergambar

ni pon first klass untuk kitchen..sebelum g klass snap pic dulu ^^




okey itu je..bubye!!!